Tips Elak Kulit Muka Dari Jerawat – Sal rajin gak baca artikel macam mana nak bagi kulit muka kita sentiasa sihat selain menggunakan produk penjagaan muka atau skincare . Biasa la , pompuan kan mana nak lari dari kecantikan . Tumbuh jerawat sebijik kat muka pun dah mula gelisah . Betul tak ?
Kena Ambil Tahu Tips Elak Kulit Muka Dari Jerawat

So , Sal nak share cara untuk kita dapatkan kulit muka atau wajah yang sihat selain dari menggunakan produk . Bukan semua dari kita ni sesuai sangat dengan produk penjagaan muka yang terdapat di pasaran. Adakalanya penjagaan yang asli tu lebih penting tapi ada yang sering mengabaikan tanpa disedari .
Kalau korang perasan la , kecantikan masa kini dah mula ikut trend . Ramai yang mula sedar betapa pentingnya penjagaan kulit muka . Yang baru nak beli produk penjagaan muka di pasaran mula memahami kandungan bahan yang ada dalam produk . Pada Sal sebelum kita nak pakai sesuatu produk , kita kena ambil tahu bahan yang terkandung supaya tak tersalah pilih dan bersesuaian dengan kulit muka .
Bayangkan bila sehari kita tak cuci muka , mesti rasa macam kekurangan ‘sesuatu’ kan ? Atau kita biarkan kulit muka tanpa sebarang calitan serum atau nite cream . Sal memang takleh la . Tapi sebenarnyakan , boleh je sebab selain produk penjagaan muka kita boleh biasakan diri melalui rutin penjagaan yang lain . Ada beberapa langkah penjagaan yang lain yang mampu menyumbang kepada kecantikan kulit muka .
Betapa Pentingnya Jaga Kebersihan Tips Elak Kulit Muka Dari Jerawat
Kadang korang mesti musykil kan sebab dah guna skincare atau produk penjagaan kulit yang mahal tapi muka still tumbuh jerawat ! Cuba korang tengok berus alat solek . Bila kali terakhir korang basuh ? Cara penyimpanan macam mana ? Betul atau main buh je dalam beg make up ?
Penjagaan berus alat soleh terutamanya untuk kulit muka penting tau . Jangan pandang ringan sebab berus tu jugak punca kulit muka bermasalah . Kena ada rutin pembersihan yang berganda sebab kita kerap gunakan berus untuk solekan setiap hari . Bila jarang dibersihkan atau tak pernah basuh tak kira la span foundation ke .. tu la antara punca jerawat muncul di muka .
Lepas ni korang jangan lupa basuh berus muka tu secara mingguan tau . Untuk foundation , concealer , berus blender ke please la kena cuci setiap kali penggunaan . Bila kita gunakan berus dengan produk yang mempunyai tekstur cecair dan ditambah dengan penggunaan berus lembap.. ia lebih terdedah kepada bakteria . Untuk langkah selamat , kita mesti cuci setiap kali kita menggunakannya.
Bukan setakat berus make up je tau .. benda yang dekat dengan kulit wajah pun kena hati hati dari segi kebersihan . Contoh macam tangan , sarung bantal, rambut , skrin handphone . Mesti korang tak terfikir kan ? So mulai dari sekarang sila bawa tisu basah ke mana saja korang pegi . Pastikan dalam handbeg ada tau ! Bukan mahal sangat pun wet tisu tu kan .. hehehe .
BACA JUGA: Rahsia Kecantikan Semulajadi
Korang perasan dah kan yang produk tak semestinya berupaya mencantikkan muka . Yang paling penting kebersihan . So tak kira di mana kita berada .. apa yang kita buat , kebersihan tu kena utama . Dan Sal pun sedang berusaha ke arah tu sebab tak guna gak share Tips Elak Kulit Muka Dari Jerawat seandainya diri sendiri tak amalkan !


sekarang ni muka min kering sampai mengelupas. tak tahu sebab cream muka ke apa. pelik. kering dan gatal
Thanks Salina… Bagus perkongsian ni…
Betul tu Sal.. memang kena titikberatkan bab kebersihan ni. Tq for reminding us 😊
Pengaruh hormon juga bisa jadi penyebab, maka harus juga diketahui penyebabnya