| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sahabat |
Bila bulan puasa ni , macam biasa penuh entri dengan menu . Sal macam biasa la suka try and error . Contoh baru ni , Sal try buat seri muka tapi sayangnya tak berapa menjadi tapi takpe Sal akan buat jugak lain hari . Tak puas hati rasa bila tak menjadi . Biasala orang pompuan ni , mana nak mengalah . So Sal nak try buat talam gula merah sedap loyang kecil .
Kita Cuba Talam Gula Merah Sedap Loyang Kecil
Dan untuk kesekian kalinya Sal try buat Talam Gula Merah , buat dalam loyang kecik je sebab takut tak menjadikkkkk heheheh . Memula tu berat jugak hati nak buat yelah , ingatkan susah benor .
Rupanya mudah sangat dan serba ringkas bahan bahannyer . Semalam kebetulan balik opis lewat so tabahkan hati jugakla buat . Ingatkan tak sempat dah , dan masa mula mula nak kukus tu risau gak takut bahagian atas merekah .
Talam ni sebenarnya agak sensitif kalau tak kena caranya dan Alhamdulillah , akhirnya jadi jugak . Meh nak share sikit pic .
Sal sertakan resepi sekali untuk korang try jugak:
Lapisan Bawah:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air gula merah
(1 1/2 cwn gula merah+1/2 cawan gula pasir+1cawan air) dimasak dan sejukkan
2 cawan santan cair
Lapisan Atas:
1/2 cawan tepung beras
3 cawan santan
4 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil garam
Campur semua bahan dan panaskan sebentar.. sentiasa dikacau… sekadar panaskan sahaja dan diingatkan jangan sampai adunan bergentel
Cara cara:
Sapu sedikit minyak ke atas loyang dan masukkan lapisan bawah dulu
Kukus 10-15 minit
Lepas lapisan bawah masak dan agar keras sedikit…gunakan garfu dan lorekkan sedikit atas permukaan lapisan gula merah tu
Kemudian tuangkan adunan lapisan atas dan kukus hingga masak , Sal kukus dalam 20 minit .
BACA JUGA: Talam Gula Merah Sedap
*Untuk menghasilkan permukaan yg cantik dan rata, penutup kukusan dibungkus dengan kain. Setelah betul betul sejuk baru boleh dipotong.
Mudahkan ??




Bila apa yg kita buat menjadi puas rasa hati kan:)