Assalamualaikum dan Salam Syawal 1442H . Rasanya masih belum terlewat nak story pasal sambutan Aidilfitri bagi tahun 2021 . Tahun yang sangat mencabar dan takde bezanya sambutan pada tahun ini jika dibandingkan dengan last year 2020 – Salam Syawal 1442H Raya Pandemik 2021

Raya tetap diraikan cuma suasana sambutan tu agak berbeza sikit .. tiada lagi salam tanda bermaafan dan aktiviti kunjung mengunjung . Siapa tak sedih kan ?
Sambutan Raya Raya Pandemik 2021, Salam Syawal 1442H
Bila normal baharu , nak tak nak kita kena hadap dan kita pun dah jadi terbiasa jika nak dibandingkan dengan tahun lalu . Penuh dengan kejutan … perkara yang paling menggemparkan perasaan bilamana virus COVID-19 menyerang seluruh dunia . Mesti korang ingat lagikan detik bila dapat perkhabaran virus COVID-19 mula ‘bertapak’ dalam kehidupan dan kita perlu tempuhi .
Cuma sayangnya amalan yang masa kita mula mula tahu tentang kedatangan pandemik tu dah tak terkesan di hati setiap individu di Negara ini . Ada yang tak amik kisah dek sebab kelangsungan hidup . Ambil ringan la senang cakap .
Bermula dengan kedatangan Aidilfitri .. SOP Raya telah dikeluarkan , tiada aktiviti ziarah . Tapi ada je cubaan balik kampung kan .. hurrmmm . Sebab tu la peningkatan kes berlaku . Wujud kluster “raya” . Bak kata pepatah .. dah terhantuk baru nak tengadah . Tak guna dah dan sepatutnya kita ‘cegah sebelum rawat’.
SOP pun bukan baru pertama kali dilaksanakan . Semua tu patut dah sebati dalam diri cuma dek kealpaan tu yang menguasai menyebabkan ada nyawa yang tak dapat diselamatkan . Masa tu kalau menangis air mata darah sekalipun tiada gunanya.
Nak salahkan sape tu ? So sebab tu kerajaan laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 . Kerajaan cuba yang terbaik dan para frontliners berusaha sehabis daya dalam memberikan khidmat bakti . Bangkitla wahai rakyat Malaysia . Kenangkan parents dan anak anak kita .. mereka tidak ‘sekebal’ mana untuk menangkis serangan virus !!
Sambutan Raya Dengan Penuh Kesederhanaan
Untuk Sal dan family tahun ni … sambutan raya keluarga kecil kami macam biasa . Tak dapat balik kampung bukan menjadi penghalang untuk tidak meraikan kedatangan Aidilfitri .
Penyediaan menu macam biasa . Mr Hubby anyam ketupat yang sememangnya dia lagi expert ! Sal bukan tak tahu tapi tak reti je .. huhuhu . Part Sal buat menu lain macam rendang . Tapi kebiasaannya menu pagi raya kami adalah menu Raya Johor . Semestinya ayam masak kicap , sayur goreng jawa .

Syukur sangat masa Hari Raya pertama tempoh hari belum lagi diumumkan PKP . Tapi bila difikirkan balik , patutnya awal lagi SOP untuk mengekang penularan wabak diumumkan . Mungkin ada hikmat di sebalik apa yang berlaku . Walau apa sekalipun dugaan yang dihadapi , nostalgia sambutan Aidilfitri yang dianggap sebagai hari kemenangan harus diteruskan.
BACA JUGA: Nikmati Kemeriahan Sambutan Raya Bersama Insan Tersayang
Semangat sambutan tu jangan ‘dilenyapkan’ sebab Aidilfitri merupakan perayaan paling dinantikan setiap tahun . Anak anak Sal tetap happy dan baju Raya tetap ada walaupun selai . Nanti nak abadikan kenagan raya dalam gambar kan ?! hehehe
Dan untuk mengeratkan lagi tali persaudaraan khususnya pada keluarga yang berjauhan … kitaa gunakan teknologi terkini . So terubat rasa kerinduan pada sanak saudara . Alhamdulillah sebab anak anak pun ok . Sedih tetap ada sebab kemeriahan akan lebih terasa bila bersua . Insya Allah dengan adanya semangat kesepaduan , Kita Pasti Menang !!

Suka atau tidak , raya tetap raya dan suasana itu harus diwujudkan . Nostagia itu tetap ada walaupun dalam tempoh pandemik COVID-19


Raya tahun ni macam tahun lepas juga. Duduk rumah. Whatsapp dengan adik beradik wish selamat hari raya. Moga tahun depan boleh beraya bersama. Insya Allah.
Hopefully raya next year will be better for everyone. I miss raya celebration with my friends too
dah 2 tahun tak beraya dengan family. syukur sebab masih boleh video call. selamat hari raya
Memang lama la kan kita hidup dalam norma baharu ini kan. Rawlins harap kita akan dapat kembali seperti biasa, paling tidak pun dapat menziarah sebab dah lama tak balik jumpa my family di Sarawak.
Macam tu lah kan Raya kita tahun ni, sama lah kita sis… Kemain buat kuih raya, hias rumah segala, last-last duk rumah diam2 hehe. Takpelah, tahun ni kita berkorban sekali lagi demi memutuskan rangkaian Covid, semoga tahun-tahun akan datang Raya kita semua lebih meriah InsyaAllah.
Rasa kecewa dgn sesetengah orang. Kita ni punya la patuh, tak keluar rumah, tak pergi beraya, tapi ada juga individu2 tak bertanggungjawab yg ingkar dan menimbulkan kluster2 baru. Hmm..
selamat hari raya buat Kak Sal sekeluarga, maaf zahir dan batin. memang sedih dah dua kali raya dalam musim pandemik nie.pergerakan dan aktiviti raya agak terbatas.
Kejap aje kan masa berlalu, harini dah hampir ke penghujung Syawal.. tapi raya tetap diraikan juga walau tak kemana pun.. janji ada suasana tu kann.. Selamat Hari Raya Ina..
Dah dua tahun kita sambut raya dengan cara norma baharu. Takpelah, demi kesihatan ahli keluarga.
Raya tetap Raya walaupun ada kekangan dari SOP kan.. raya online is better than sorry betul tak? recently banyak baca sad news about family meninggal sebab cubaan balik kampung dari mereka yang stay kat kawasan Red Zone..if me, I will menyesal seumur hidup sebab perjudikan nyawa orang tersayang wor!
Betul. Tradisi harus diteruskan. Sian anak2 kalau tak beraya. Tak adil pada diorang
masih tak terlambat nak ucapkan Selamat Hari Raya! Semoga tahun depan dapat raya kat kampung ye sis.
Selamat Hari Raya kak. 2 tahun dah raya dalam keadaan pandemik. Saya bersyukur sebab balik rumah mak seminggu sebelum raya. Jadi tahun ni dpt merasa raya dengan mak. Kesian kt anak2 sebab tak merasa suasana raya ziarah menziarahi.
Raya tahun ini.mmg sederhana. Sampai rasanya tak rasapun beraya. Alhamdulillah. Janji kita dapat sama2 keluarga
I am sad with our pandemic situation now. Everyday the figures so high I am really worried everyone of us. Take care ya
Salam Syawal, well raya tetap raya kan tapi during pandemic ni cara kena adjust to follow SOP.
untung mummy ditemani hero-hero, esok keluar ada bodyguard, plus dpaat menantu perempuan pun ramai nnt.