| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sahabat |
10 Oktober .. cantikkan date tu . Tarikh kelahiran mak Sal .. senang sangat nak ingat dan tak jauh dari date kelahiran Sal sendiri . Ya , kami dibawah zodiak yang sama . Alhamdulillah .. dan perangai kami pun hampir sama , hehehe … Salam Hari Kelahiran Mak , We Love U Forever !!

Sambut BIRTHDAY Cara Yang Simple ..
Baru ni sambut birthday mak secara kecilan di rumah je .. anak anak kemain happy sebab Sal dah bagitau birthday nenek sehari sebelum . Pagi hari kelahiran mak tu baru Sal sepantas kilat order moist choc cake . Dalam hati berdoa moga ada stok dan selalunya memang ada . Syukur , kalau tak masak nak menjawab dengan anak anak yang semakin petah bercakap . Hehehe
Kemain happy anak anak time nak potong kek . Sakan berebut dengan nenek , nak sama pegang pisau potong kek tu . Nenek sampai naik lemas nak tenangkan kerenah cucu . Sabar je la kan ! Ape pun kami semua nak ucapkan sekali lagi Salam Hari Kelahiran Mak a .k.a Nenek , We Love U Forever
Kadang bila tak keluar ke mana , gini la aktiviti kami anak beranak . Cari masa dan peluang untuk bersama anak anak dan family . Sal percaya , melalui pendekatan gini kita akan lebih dekat dihati anak anak . Tak semestinya kita nak kena outing atau holiday je .


Semoga mak dipanjangkan umur , dimurahkan rezeki . Diberi kesihatan yang berpanjangan . Sentiasa dibawah lembayung keredaan dan keberkatan daripada Allah SWT . Terima kasih mak di atas kesabaran dalam menjaga dan mendidik anak .
Tak terbalas rasanya pengorbanan mak selama ni . Moga diberi peluang untuk diri ini juga menjaga dan membalas semua jasa mak sehingga ke akhir hayat … آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ
BACA JUGA: Salam Kelahiran Angah Khaleef
Syahdu rasa dan ada sendu di hati . Di umur 73 tahun mak masih kuat melayan cucu cucu .. Alhamdulillah , dapat merasa air tangan mak lagi . Korang doakan mak Sal juga ya .

Sayang mak sangat sangat ! Salam Hari Kelahiran Mak , We Love U Forever

selamat hari lahir untuk mak kak sal hehe nampak sedap kek tu
sedapnya kek tu kak..
wah … selamat hari jadi mak cik.. macam mak neeza jugalah birthday bulan ni… apapun kek itu nampak sedap haha
selamat hari lahir mak cik. bestnya dapat makan kek tu hehe
Selamat hari jadi puan moga sentiasa sihat dan panjang umur hendaknya..
Selamat hari lahir nenek!!!seronok nenek sambut birthday dikelilingi cucu
selamat hari lahir makcik…semoga dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik…aminnn
Happy Birthday, Aunty. Wish you have a good health always.
Alhamdulillah masih sihat dan kuat lagi. Selamat hari lahir buat makcik. Nenek saya pun alhamdulillah masih sihat. Kat kampung tu masih kuat menyapu laman.
wahhhh i love birthdays !!! selamat hari lahir.. semoga murah rezeki inshaAllah..
Selamat hari jadi. Mak masih kuat yer walaupun dah berusia.
Alhamdulillah… Nampak sihat mak dengan umur 73 tahun tu. Selamat hari lahir makcik. Kek tu pon nampak sedap sangat ☺