| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sahabat |
Hujung minggu baru ni Sal lepak rumah je sebab tak tau nak bawak anak anak ke mana . Badan rasa letih semacam dan keadaan cuaca mempengaruhi keletihan badan , sabar je la kan . Bukan dok saje pun sambil melayan novel yang beli kat jualan gudang Karangkraft last year , tak abis lagi gamaknya . Dalam kepala puas gak pusing fikir nak buat apa kat dapur harini dan tetiba dapat idea nak try resepi buah lai asam boi .. simple dan sedap !
Viral Resepi: Buah Lai Asam Boi .. simple dan sedap
Bahan bukan banyak pun .. korang cuma perlu ada :
Ø Buah Lai
Ø Asam Boi Merah
Ø Asam Mangga Kering
Ø Garam
Ø Gula
Mudah je kan bahan bahan .. dan cara nak buat pun senang . Potong buat lai ikut bentuk yang disuka . Sal suka potong bilah dan kerat lagi dua . Senang nak masuk mulut skali … hehehe . Lepas dah potong buah lai , masukkan asam boi .. sedikit gula dan garam . Gaul sebati .

BACA JUGA: Jeruk Mangga Asam Boi
Rasa satu kepuasan bila kita buat sesuatu resepi dengan air tangan sendiri . Dari segi kebersihan tu rasa macam ‘selamat’ la sikit . Nak sedap lagi , korang simpan dalam peti ais .. agak agak la . Bila makan waktu dah sejuk dan sebati , terangkat wehhh . Tapi jangan amalkan selalu makan buah lai asam boi . Sesekali teringin bolehla .
Sila cuba ya !!
