Program Komuniti McDonald’s Bantu Rakyat Pantai Timur – Korang pernah terfikir tak bila kita makan di McDonald’s secara tak langsung kita dapat menyumbang kepada golongan yang memerlukan . Mesti korang perasan kan kehadiran tabung yang terdapat di McDonald’s .
Sumbanglah dengan seikhlas hati agar dapat membantu golongan yang amat memerlukan . Meh Sal nak share dengan korang mengenai aktiviti atau inisiatif yang dilaksanakan melalui program komuniti McDonald’s .
Bersama Menyokong Program Komuniti McDonald’s Bantu Rakyat Pantai Timur
Lama dah sebenarnya inisiatif ni dilaksanakan dan yang terkini McDonald’s laksanakan program komuniti untuk bantu rakyat di Pantai Timur . Kagum Sal dengan nilai teras McDonald’s Malaysia dalam memberi pulangan semula kepada masyarakat . Yang terkini sejumlah lebih RM590 ribu disumbangkan kepada golongan kurang berkemampuan di Terengganu melalui pelbagai inisiatif kemasyarakatan demi meringankan beban .
Program Komuniti ini merupakan usaha tahunan McDonald’s mendekati masyarakat dan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat . Antara inisiatif kemasyarakatan di bawah Program Komuniti Peringkat Negeri Terengganu termasuklah pembayaran zakat perniagaan McDonald’s , pelantikan belia-belia dari keluarga kurang berkemampuan untuk menyertai Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s dan penyerahan pek “Kembali ke Sekolah” kepada kanak kanak sekolah rendah dari keluarga yang berpendapatan rendah .
Aspek kebajikan dan kesejahteraan masyarakat amat dititikberatkan di mana McDonald’s sebagai syarikat terkemuka memiliki reputasi yang kukuh di Malaysia berperanan penting dalam mewujudkan impak positif kepada masyarakat terutamanya di sekitar lokasi operasi .
Sokongan pelbagai pihak dalam membantu kerajaan negeri memikul tanggungjawab sosial dan usaha kearah meningkatkan kualiti hidup masyarakat adalah sesuatu yang amat penting . Hal ini membolehkan setiap anggota masyarakat lebih-lebih lagi mereka yang kurang bernasib baik menerima bantuan sewajarnya kearah kehidupan yang lebih baik . Kerjasama awam swasta sebagaimana yang dilakukan oleh McDonald’s Malaysia menerusi Program Komuniti yang dianjurkan merupakan sesuatu yang wajar dipuji .
YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu.
Agihan Zakat Perniagaan Mcdonald’s Malaysia
McDonald’s baru baru ni telah menerima Sijil Pembayar Zakat Korporat daripada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dan merupakan entiti perniagaan pertama yang menerima sijil pengiktirafan tersebut di Malaysia. McDonald’s Malaysia memenuhi kewajipan zakatnya kepada negeri Terengganu untuk tahun 2019 dengan bayaran zakat berjumlah RM101,000

BACA JUGA: McDonald’s Malaysia Perluas Rangkaian McDelivery
Sebagai sebuah entiti perniagaan 100 peratus milik umat Islam , ianya merupakan tuntutan agama untuk McDonald’s Malaysia mengeluarkan zakat apabila cukup haul untuk diagihkan kepada golongan masyarakat yang memerlukan. McDonald’s Malaysia telah membayar zakat sejak tahun 2017 setelah diambil alih oleh Lionhorn Pte. Ltd. iaitu sebuah anak syarikat Reza Group dari Arab Saudi
Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia.
Inisiatif Pekerjaan Melalui SLDN McDonald’s Untuk Belia/Beliawanis

SLDN McDonald’s merupakan program latihan yang berteraskan industri selama 18 bulan menggabungkan 70 peratus latihan praktikal di restoran McDonald’s dan 30 peratus kelas teori di bilik darjah. Program ini diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (DSD) , Kementerian Sumber Manusia – salah satu usaha restoran khidmat segera itu untuk meningkatkan piawaian pembangunan modal insan syarikat dan memupuk bakat baharu, sejajar dengan agenda Negara .
Para belia dan beliawanis dari negeri Terengganu amat dialukan untuk menyertai program latihan di SLDN McDonald’s . Diharap melalui program ini , belia yang terpilih akan mempelajari kemahiran yang diperlukan untuk memajukan diri dan memulakan karier yang menjamin masa depan seterusnya meningkatkan status ekonomi keluarga masing-masing .
Program ini adalah sebahagian daripada Program Komuniti yang dianjurkan untuk belia daripada golongan kurang berkemampuan . Sebaik sahaja para pelatih lulus penilaian dan ujian akhir program ini, mereka layak bekerja di restoran McDonald’s. Setakat ini, terdapat 650 pelatih sedang menjalani SLDN McDonald’s. Setiap pelatih menerima elaun sara hidup bulanan sebanyak RM1,200, faedah perubatan dan insurans, serta makanan percuma . Wow ! Banyak sungguh manfaat bila menyertai SLDN McDonald’s .
Program “Kembali ke Sekolah”

Pendekatan McDonald’s Malaysia amat dikagumi Sal sebab lebih 1,900 kanak-kanak dari 65 sekolah di seluruh negeri Terengganu menerima pek “Kembali ke Sekolah” tahun ni . Program “Kembali ke Sekolah” adalah inisiatif tahunan yang diterajui oleh McDonald’s Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.
Program “Kembali ke Sekolah” 2019 yang dilancarkan di Kuala Lumpur pada pertengahan Oktober lepas merupakan yang terbesar setakat ni (jumlah sumbangan mencecah RM3 juta) bagi membolehkan seramai 30,000 kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga berpendapatan rendah dan miskin bandar di seluruh negara menerima pek “Kembali ke Sekolah” menjelang tahun persekolahan 2020. Ia bakal disampaikan secara berperingkat di negeri-negeri seluruh Malaysia sehingga penghujung tahun ini .
Pek “Kembali ke Sekolah” yang diagihkan mengandungi:
- Satu set pakaian seragam sekolah
- Sepasang kasut
- Sepasang stoking
- Beg sekolah bernilai RM100.
McDonald’s Malaysia mempunyai lebih 14,000 kakitangan di semua rangkaian restorannya di seluruh negara dengan mewujudkan pelbagai peluang perkembangan karier, latihan dan pembangunan.


baguslah.. rangkaian restoran fast food popular ni buat program komuniti.. semoga yang lain boleh ikut jejak.. membantu pada yang memerlukan…
Wah!!!!!!!!! Rajin McD pantai timur buat charity program. Good. Thank you for sharing. Take care.
Thanks to Mc Donald’s for their initiative to help the poor. Hope more kids will get benefit from this programme.
Dahsyat mcd bagi hadiah beg sekolah mahal wooo..
Bagus buat program gini.menaikkan added n positive value of McDonald’s restaurants
Tu yang suka sangat dengan mcd, suka tolong yang kurang berkemampuan dan buat aktiviti amal
sukanya adik-adik dapat beg sekolah dari mekdi. mesti tak sabar nak start sekolah tahun depan kan
Bagi yang mana tak tahu, MCD ni dah100 peratus milik umat Islam, jadi takdelah lah isu boikot bagai tu. Dengan agihan tersebut semestinya dapat membantu mereka yang memerlukan. Kudos to them.
Bagusnya inisiatif McDonald’s untuk pertingkatkan ekonomi orang pantai timur. Kadang-kadang bukan orang kita malas tapi peluang tak ada. Dengan bantuan McDonald’s ni dapat meringankan beban orang yang memerlukan.
Banyak dah Program Komuniti McDonald’s ni..terbaik McD..kita pun sebagai rakyat malaysia yang prihatin, boleh je menbung kan sama-sama membantu..
Terbaiklah Mc Donalds Pantai Timur buat event kebajikan macam ni, Mc Donalds KL dan Selangor kalau buat teringin saya nak join.
Terbaik la McDonald’s Malaysia, selalu buat program Dan aktiviti CSR dan menyantuni golongan kurang bernasib baik. Semoga lebih banyak syarikat korporat aktif membuat program seperti ini. Kipidap
Alhamdulillah, seronok tengok syarikat sebegini memberi pada masyarakat. Dah lama jugak saya tak makan McDonald. Bolehla pergi lepas baca artikel ni. hehe
Bagus usaha yang dibuat oleh McD. Semoga McD teruskan usaha ni supaya dapat membantu ramai lagi golongan yang memerlukan
Rawlins harap McD akan meluaskan inisiatif bantuan sebegini ke Sabah & Sarawak gak agar lebih ramai anak-anak yang akan mendapat bantuan persekolahan. Good job McD
Banyak juga aktiviti kemasyarakatan dan faedah yg MCd jalankan rupanya.. Sangat bagus dan AM harap program seumpama ini akan terus dijalankan.. Tahniah mcd..
baguslah McDonald nie. banyak charity2 dan bantu rakyat sana sini. perlukan lebih ramai lagi syarikat2 besar utk buat charity seperti ini. keep it up McD !!
Terbaik lah CSR McDonald. Rasa tak rugi melabur duit bila makan dekat McD sebab rajin buat charity program macam ni. The best fast food chain ever
Bagus ada aktiviti ni…dapat membantu golongan yg memerlukan…