| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sahabat |
Sal panggil ni kuih kodok , sesetengah tempat panggil kuih jemput jemput . Tak kisah la kan… janji sedap dimakan . Lagi kalau makan tengah panas best tuh !! Meh nak share sikit petua lembutkan kuih jemput jemput …
Petua Lembutkan Kuih Jemput Jemput .. Mudah Je
Senang je nak buat kuih jemput jemput ni dan yang penting kena ada pisang , tepung dan bagi yang suka manis tu boleh letak gula perang sikit tapi selalunya kena pandai bajet masa nak bancuh bahan sebelum goreng . Kalau manis sangat kang tak lalu pulak tekak nak telan . So buat sedang sedang manis je ya .
![]() |
| enak dimakan panas dengan air kopi….. |
Jadinya Sal nak kongsi sikit petua supaya agar jemput jemput yang digoreng nanti tak keras .
untuk pastikan jemput jemput lembut selepas digoreng , sila bancuh adunan tepung dengan air suam dan kemudian goreng macam biasa . Ingat tu , air suam je. Mudah kan ??
Pasti jemput jemput akan sentiasa lembut walaupun dah sejuk . Taklah sakit gigi nak kunyah sebab bila liat nak makan pun kurang selera . Tak gitu ??? hehehe
BACA JUGA: Resepi Mudah Kuih Kaswi


