Rasa macam dah bersarang sangat blog ni bukan niat nak ‘kuburkan’ terus tapi Sal sangat sangat kesuntukan masa . Banyak benda nak dikejar seharian, rindu gak nak menaip entri . Yang sebetulnya dalam kehidupan seharian kita ni Pengurusan Masa Sangat Penting
Baru Sal perasan yang mana bila kita dapat bahagikan masa dengan sebaiknya Insya Allah banyak perkara yang kita dapat setelkan

Kaedah Pengurusan Masa Sangat Penting
Tapi bila kita bekerja ni kenalaha beringat…dulukan mana yang penting…melalui pembacaan Sal..terdapat banayak tips yang boleh kita praktikkan tentang penggunaan masa…antaranya:
- Kita boleh tangguhkan kerja…tapi hanya pada kerja yang tidak penting . Makna kata yang penting kita dulukan , jangan pulak tangguhkan semua sampai tak buat apa apa . Haru jadinya nanti..
- Bezakan perkara yang penting dengan perkara yang segera . Jangan pening ok . Secara dasarnya , kedua dua perlu disiapkan jugak cuma bila ada perkataan segera so kena buat cepat sikit dari kerja yang penting . Macam Sal mana yang bos kata nak dulu Sal siapkan cepat . Kerja yang penting tu Sal siapkan kemudian sikit , bukan bermakna tak siap langsung..
- Dalam apa jua kerja yang dilakukan…ketenangan itu perlu . Setuju tak ?? Tak kan nak buat kerja bila kelam kabut , mana nak datang idea kan dan konsentrasi pun lari
BACA JUGA: PENJAGAAN MATA SEMASA GUNA KOMPUTER
- Sediakan senarai semak….haaaa….yang ni Sal suka….sebab bila dipraktikkan…memang berbaloi…so kita boleh tengok mana yang perlu diselesaikan…mana yang boleh dikemudiankan..janji siap !!
- Jangan lakukan semua perkara dalam satu masa…biasanya Sal memang takleh nak fokus bila buat semua kerja dalam satu masa..mesti nak siapkan satu satu dulu…takut kerja yang dihasilkan ‘kureng’ memuaskan…buat kerja mesti nak kepuasan kan..tapi terpulang pada individu
Perlu ingat yang setiap manusia dikurniakan 24 dalam sehari . Kita perlu gunakan sebaik mungkin sebab waktu cukup bermakna . Terpulang pada diri sendiri nak buat baik atau laksanakan kebajikan pada yang memerlukan . Jika tak digunakan sebaik mungkin , tu yang keluar rintihan kesempitan dan pelbagai lagi . Bersungguh sungguhlah dalam melakukan sesuatu pekerjaan agar masa yang digunakan dapat dimanfaatkan sebaik baiknya
Sabda Rasulullah S.A.W:“Sesungguhnya Allah S.W.T menyukai apabila seseoarang kamu bekerja dan melakukan pekerjaan itu dengan tekun.’ (Hadis Riwayat Abu Daud)
