Kita selalu dengar…jangan nilai dari luaran…
masa tengok kulit buku ni rasa cam takde hati nak baca…
tapi bila tengok…cute pulak…dan dalam hati tertanya…kenapa gambar lembu ??
takkan kisah lembu kot… hehehe
![]() |
| Liza Nur….Buku Prima..Karangkraf |
Dan tu dia…penangan masa baca..nak meleleh air idung…
air mata toksah cakap la…nangis sudah…
jalan cerita sempoi tapi menusuk kalbu…menjiwai terus..meh baca sinopsis:
……………………….
Perbezaan darjat melalui kekayaan menyebabkan Kiah memandang rendah pada Hud,
pekerja kesayangan papanya. Hud yang berkhidmat sebagai pemandu tidak pernah menurut kemahuan Kiah seperti pekerja-pekerja papa yang lain.
Kejujuran Hud membuatkan Kiah membencinya.
Dalam tak disangka, Hud telah menjadi penyelamat maruah Kiah sewaktu
hampir-hampir dinodai teman lelakinya, Reza. Hud juga yang menolong
Kiah di saat dia dihalau keluar dari rumah oleh ibunya. Bermula dari detik itu,
dia belajar erti kesusahan dan kemanusian yang selama ini tidak pernah
menjengah ke dalam kotak fikirannya.
Adakah Kiah mencintai Hud? Mampukah si hidung tinggi seperti Kiah
meninggalkan Prada dan Gucci yang sudah sebati dengan darahnya?
………………………..
Nak tau penyudahnya…sila baca okeh!!
Jom Singgah;
Kelab BloggerBenAshaari

