Oh Free Food Aplikasi Mudah Sumbang Makanan – Sal nak tanya sikit ni .. pernah tak korang pegi kedai makan dan makanan yang korang order tu tak habis dimakan dan tak dijamah langsung ?? Korang buat ape ek dengan makanan yang tak disentuh tu . Bungkus bawak balik dan confirm sampai rumah makan lagi ? Atau simpan dan esoknya buang terus ?? If makan Alhamdulillah … at least dapat elak pembaziran kan !
Perlu Tahu Oh Free Food Aplikasi Mudah Sumbang Makanan

Tu part makan kedai , macam mana dengan barangan dapur atau barang kering yang korang terbeli banyak dan tak perasan expired date dah makin hampir . Bila dibuang akan berlaku pembaziran gak kan ?
Saje Sal nak ajak korang berfikir sebab baru ni Sal ada cuba satu aplikasi yang sangat mudah untuk kita share lebihan makanan atau barang keperluan dapur yang korang niat nak sedekah/sumbang pada orang lain . Kadang tu niat nak sedekah ada tapi dek kerana segan … tak tahu nak bagi pada sape kan ? Nak bagi jiran sebelah pun belum tentu lagi … hehehe
Hanya menggunakan smart fone , korang dah boleh berkongsi rezeki secara percuma . Extra bonus pahala bila korang install aplikasi “Oh Free Food” dalam fone korang . Aplikasi Oh Free Food diperkenalkan untuk atasi masalah pembaziran makanan yang berlaku di negara kita ni tanpa korang sedar atau tidak .

BACA JUGA: Perlu Bijak Dalam Berbelanja
Sal berterima kasih sangat dengan founder Oh Free Food – Irwan Hisham sebab aplikasi ni secara tak langsung dapat memudahkan Sal untuk menyumbang makanan kepada mereka yang amat memerlukan . Kaedah ni sebenarnya dapat mengelakkan pembaziran sambil kitaberkongsi rezeki kepada yang amat memerlukan .
Cara nak install Oh Free Food mudah sangat . Meh nak share sikit .. korang pegi kat Play Store cari OhFreeFood . Kemudian install la . Tak susah mana pun , bila dah masuk tu ce explore sikit untuk faham lanjut . Bila dah tahu tu kan , try la share makanan extra yang tak habis atau nak berkongsi makanan asas harian dapur ke kan .

Seriously , bila dah try dah ada insan lain request dan pick up makanan yang korang share tu .. happy tak terkata . Sal dah cuba dan rasa amat bersyukur ditemukan dengan aplikasi Oh Free Food ni , betapa besarnya faedah kewujudan aplikasi Oh Free Food ni pada Sal . Dalam masa yang sama dah membantu diri untuk elak ke arah pembaziran .
Mudah sangat nak dapat pahala dalam dunia digital atau kita panggil IOT sekarang . Bagus inisiatif ni dan korang semua jangan lupa share ya aplikasi ni dengan kengkawan yang lain . Tak salahkan kita viral untuk berkongsi rezeki ??

So untuk info lanjut , korang boleh layari :


bagusnya apps ni kan….cara mudah buat pahala
Bagus dah ada apps macam ni. Nampak makanan sedap je dah boleh request. Free pulak tu. Kalau nak share makanan kita pun boleh. Sharing is caring kan
Nina pun dah download dan dah share food kat sana. Memang best! Ianya membantu kita memberi kepada mereka yang benar memerlukan seiring teknologi . Terbaik laaa
perasaan memberi tu memang seronok. thumbs up utk inovatif mcm ni kan
Best boleh kongsi rezeki kan