Alkisah….bila dok whatsapp…ingat member type perkataan lembam tu typo…
rupenyer memang ade istilah lembam…
digunakan untuk kanak-kanak dalam kategori pendidikan khas…
untuk tau lebih lanjut….terus google…dan baru faham istilah sebenar..
………………………………………..
Lembam atau Slow Learner
Kanak – kanak yang tidak boleh mengikuti pelajaran di kelas / kurikulum / di sekolah biasa, terlalu lambat untuk mencapai satu – satu objektif pengajaran yang mudah / objektif jangka pendek dan juga mempunyai daya rangsangan serta daya pengamatan yang lemah / rendah
CIRI-CIRI:
– Pencapaian pelajaran / akedemik berbeza.
– Pendiam / tidak aktif / banyak cakap.
– Sukar menerima arahan.
– Tidak dapat berkomunikasi seperti kanak – kanak biasa.
– Menyebut huruf-huruf yang tidak tepat/salah, bertukar-tukar.
– Meninggalkan huruf,sukukata @ perkataan ketika membaca dan menulis.
– Tulisan yang terlalu buruk/Sukar dibaca.
– Kekerapan kesalahan dalam ejaan, tanda bacaan.
– Tanpa ketetapan /Menaik dan menurun
– Huruf terbalik /Urutan dan arah yang salah
– Tanpa ketetapan dan ketentuan
– jarak huruf dan perkataan.
– Saiz yang tidak seragam / Mencampuradukkan saiz
– besar dan kecil.
– Idea yang tidak berkembangan dan penyusunan idea yang tidak teratur.
– Perbendaharaan kata yang terhad dan tatabahasa yang tidak tepat.
PUNCA:
– Baka
– Tersekat pengalaman
– Intelek yang rendah
– Masalah emosi
– Kekecewaan
– Rasa rendah diri
– Kemantangan yang lambat
– Lemah daya ingatan
– Mudah terganggu tumpuan
– Kurang rangsangan
– Faktor-faktor kesihatan
– Persekitaran
– Amalan makanan
– Kesan semasa mengandung
– Penyakit semasa pembesaran selepas lahir.
– Ubat semasa mengandung.
– Kemalangan.
– Sosio – ekonomi.
STRATEGI DAN PEMBELAJARAN:
– Temubual
– Merujuk kepada pegawai / pakar perubatan
– Mewujudkan suasana pembelajaran yang sesuai& menyeronokkan
– Senang ke susah.
– Konkrit ke abstrak.
– Melibatkan seberapa banyak pancaindera
– Banyakan pengukuhan dan latihtubi.
– Jauhkan dendaan yang negatif
Sumber: Phoenix
