Assalamualaikum dan Salam Akhir Ramadan 1442H . Sejak Kementerian Pendidikan umum yang anak anak akan melalui PdPR – Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah , Sal memang dah ready mental dan fizikal . Kalau sebelum ni agak kelam kabut sebab sekali hadap kelas online bukan sorang tapi tiga sekaligus .Mula tu agak pening la jugak , tapi ianya semakin menjadi biasa bila mana anak anak Sal mula join kelas di Fly High Training Centre sejak tahun lepas . Dan harini Sal nak story sikit tentang cara nak Kukuh Pembelajaran Anak Bersama Seminar Impak Maksimum Tahun 5 Dan 6 2021 Bersama Fly High Training Centre .

Perlu Ke Pengukuhan Dalam Pembelajaran Anak Anak
Sal sebenarnya lebih suka anak anak faham apa yang dipelajari daripada just belajar ambil tahu gitu je . Kadang anak anak ni Sal perhatikan belajar sambil lewa . Geram jugak part ni cumanya Sal takde lak nak tekankan sangat sebab takut anak anak stress .
Yelah , kalau sebelum ni pagi dah ke sekolah rendah . Petang pulak masuk sekolah KAFA . Malam online lagi .. terkadang tu kesian jugak tapi dunia pembelajaran sekarang bukan macam zaman 80 – 90 an . Nak tak nak , kena extravaganza jugak . Cuma ada masa , kita kena main ‘tarik tali’ dengan jiwa anak anak .
Untuk sal ajar sendiri anak anak especially dalam subjek teras … agak sukar . Yang simple macam bina ayat untuk karangan tu gagah lagi tapi bila masuk part yang ada formula , contohnya subjek Matematik .. hehehe . Memang surrender la ibu ni .
Jadinya , Sal amik keputusan untuk masukkan anak tuisyen online di Fly High Training Centre . Ada je kawan yang bersuara ..
Anak tahun 2 pun join tuisyen ?? Tak terlalu awal ke ?
Sal senyum je .. pada Sal lebih baik kita masuk atau join di peringkat awal supaya menajdi kebiasaan kelak . Bak kata pepatah , betulkan yang biasa dan biasakan yang betul .. alah bisa tegal biasa .
Masa mula mula masuk je anak Sal yang tahun 1 (last year) agak bising sikit tapi masuk je 2021 , dia pulak yang tanya kita ..
Bila nak mula kelas bu ?

Sal pun belajar dari sorang senior , katanya lebih baik kita ready kan anak anak dengan ilmu dari ‘kemewahan hidup’ . Dan setiap kali Sal berjumpa dengan geng yang mana anak anaknya Berjaya dalam pelajaran … Sal akan mintak tips
Perjalanan anak anak Sal masih jauh dan dalam masa yang sama sebagai parents , adalah menjadi tanggungjawab Sal dan amanah untuk bekalkan ilmu pada anak anak . Dan yang terkini , Sal akan masukkan anak Sal untuk sertai Seminar Impak Maksimun Tahun 5 dan 6 2021 .
BACA JUGA: Tuisyen Online FLY HIGH TRAINING CENTRE
Jom Kukuh Pembelajaran Anak Bersama Seminar Impak Maksimum Tahun 5 Dan 6 2021 Bersama Fly High Training Centre
Ada banyak faktor yang membuatkan Sal nak anak Sal join Seminar Impak Maksimun Tahun 5 dan 6 2021 bersama Fly High Training Centre terutamanya dalam subjek teras iaitu Bahasa Melayu , English , Sains dan Matematik .
Jika sebelum ni anak join tuisyen online di mana cikgu akan bagi penerangan tentang subjek dan diikuti dengan latihan . Tapi bila join bengkel atau seminar , anak anak ini akan memperolehi teknik , tips … malahan akan lebih bermotivasi dan terus bersemangat untuk belajar .
Biarpun ada pihak Kerajaan memutuskan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dimansuhkan , namun pada Sal anak anak perlu menguasai jugak Pendidikan yang berorientasikan peperiksaan . Dalam alam pekerjaan pun masih ada lagi konsep peperiksaan kan ? So Sal nak anak anak lebih bersedia dan jangan takut atau gemuruh untuk hadapi peperiksaan .
Pentaksiran pun pada Sal masih ada lagi penerapan kaedah peperiksaan kan ? Akan datang nak masuk sekolah berasrama penuh pun kena juga buat persediaan dan penguasaan terhadap empat subjek teras tu . So walaupun peperiksaan UPSR mansuh , anak anak tak boleh berada di tahap yang ‘terlalu selesa’ .
Korang tak akan rugi sikitpun untuk invest demi masa hadapan anak anak . Percayalah …pembelajaran berterusan dan pengukuhan itu perlu supaya kelangsungan terhadap pencapaian cemerlang anak anak dapat diteruskan dari semasa ke semasa .
Untuk Seminar Impak Maksimun Tahun 5 dan 6 2021 ni kan .. seriously memang kena grab .. korang doakanlah agar situasi pandemik yang melanda Negara beransur pulih . Kesian kat anak anak kan ?? Tak dapat nak bersekolah seperti biasa . Dan sebenarnya bersemuka tu better dari online , tapi apakan daya .
Bukan mudah untuk kita berpeluang jumpa dengan 4 orang Guru Cemerlang ni . Pasti banyak tips yang ingin dikongsikan bersama anak anak kan ? Walaupun kita masih dalam situasi pandemik yang agak membimbangkan … namun pelajaran anak anak jangan sesekali diabaikan ya . Selagi mana ada kemampuan , berilah pendidikan yang sebaik mungkin untuk anak anak .
Butiran Bengkel Tahun 5 & 6 Sesi 1 Bersama 4 Guru Cemerlang

Subjek Utama : BM • BI • MATEMATIK • SAINS (serendah RM50 per subjek) … berbaloi sangat dah ni
- TERHAD KEPADA 100 ORANG SAHAJA (Online)
- UNTUK TAHUN 5 DAN TAHUN 6
- Teras PBD dan DKSP
- Persediaan Awal ke Sekolah Menengah dan Ke Sekolah Khusus (SBP & MRSM)
- ‘Wrap up’ sessi Sekolah Rendah
Yuran penyertaan adalah sebanyak RM200 (online) bagi setiap sesi Bengkel yang berlangsung selama 2 hari dan merangkumi 4 subjek per sesi.
SESI 1
29 & 30 MEI 2021 : ZOOM Meeting (berubah atas faktor perlaksanaan PKP)
Tenaga Pengajar – bukan sebarangan ya , semua dalam kategori pendidik cemerlang
GB Shahril
Sir Hazwan
Cikgu Bob
Cikgu Shukry Supaat
…………………………………………
Jadual Waktu > Sabtu & Ahad
8.00am – 2.30pm
SABTU
Bahasa Melayu : 8.00am – 11.00am
Matematik : 11.30am – 2.30pm
AHAD
Bahasa Inggeris : 8.00am – 11.00am
Sains : 11.30am – 2.30pm
……………………………………………..
Tarikh Bengkel
Sesi 1 – 29 & 30 Mei 2021 (Online)
Sesi 2 – 03 & 04 Julai 2021
Sesi 3 – 28 & 29 Ogos 2021
Sesi 4 – 25 & 26 Sept 2021
………………………………………………..
Yuran Penyertaan – Sangat berbaloi dan berjumlah hanya RM200 per sesi bagi kelas online (2 hari/4 subjek)
Jelas tak korang … ?? Seandainya korang nak butiran atau penjelasan yang lebih lanjut , just Whatsapp talian di bawah ni ya :
Wasap.my/601155998919 (Puan Ida)
Wasap.my/60126146039 (Cik Yani)


murid2 dah kena pdpr balik ni, rasanya bagus bagi anak2 join seminar ni
Okies……this is a good educational program for kids. I should share this with my cousin. Thank you for sharing.
This is good for thr kids kan at least tak ketinggalan pembelajaran mereka sekian lama tak ke sekolah!
Nice. I boleh share dengan my sisters sebab anak diorang sama-sama dah boleh join dah nie. Tak salah belajar awal kan, menyediakan diorang sebaiknya
thanks for recommending this great educational program, absolutely helpful for Standand 5 & 6 students. cheers, siennylovesdrawing
It’s good to let little ones join such educational seminar especially when experienced teachers are on board to share their knowledge.
Bagus ni sebagai tambahan pembelajaran anak-anak.. bila cuti penggal takde PDPR boleh join kelas macam ni..
Bagus ada seminar online camni.. Lagi2 tengah dalam pdpr ni.. Paling tidak murid2 tak terlepas ilmu pelajaran kan… Belajar awal pun xsalah supaya senang paham
Tuisyen or kelas tambahan memang dah jadi keperluan. Anak Ruby seawal 4 tahun dah join kelas KU***. Pastu playschool yang belajar pasal agama Islam. Masuk pra sekolah dan seterusnya darjah 1 sekolah kebangsaan dan sekolah kafa. Sebagai ibu bapa, kita kena sediakan sebanyak mungkin pendidikan dan dekat kan mereka dengan Al-Quran. Semoga mereka bleh berdikari lepas kita tiada. Kelas tuisyen kena pergi walaupun UPSR dah tiada. Ilmu wajib di tuntut. Mana bleh nak seronok takda exam. Kita yang dewasa pun tau camana susah nak masuk university dan alam pekerjaan kan kak. Panjang plak komen. Hehe.
Menarik bila ada program macam gini. Yelah, sebagai mak ayah mesti nak yang terbaik untuk anak kan. dan dalam keadaan sekarang ni memang sangat mencabar. Dengan adanya program online macam ni, dapatlah bantu anak-anak untuk lebih baik dalam pelajaran.