| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sahabat |
Bila dah akhir tahun ni rata rata TASKA @ TADIKA @ PRA SEKOLAH akan adakan Majlis Graduasi a.k.a konvokesyen . Comel je kan , kekecik dah dapat merasa pakai jubah . Zaman Sal dulu takde pun . Ade takde , just jamuan ringkas dan dapatla sorang sekeping sijil . Yelah , dulu dan kini mana nak sama untuk selamanya kan !! Meh nak story Konvokesyen PraSekolah Khaleef Tema Bollywood tempoh hari
Tema Majlis PraSekolah Khaleef untuk tahun ni adalah BOLLYWOOD .. yang lepas Khalish punya tema FAIRY TALES . Kena cari baju ala bollywood untuk Khaleef . Takdela susah sangat nak cari baju .. kebetulan ritu baru lepas bulan perayaan Deepavali . Terus ajak Mr Hubby ke Jalan TAR . Melambak pilihan , duitnya saja . Dah alang alang anaknya ber’ bollywood .. ibunyer nak jugak ! huhuhu .
Sal bukan apa .. cehhh cover line . Untuk Pra Sekolah kalini Sal dilantik jadi Timbalan Pengerusi PEWARIS . Maka , keaktifan tu kena lebih sikit . Mana yang mampu kita support untuk sekolah , lakukan ! Ibu Bapa kan sebagai penggerak dan nadi kepada kecemerlangan sekolah . Ada jugak Sal buat survey dengan sekolah area Sal . Maklum balas yang Sal dapat , peranan Ibu Bapa ni sangat penting .. sila jangan harapkan Cikgu 100% yer . Sama sama kita corakkan anak anak menaiki tangga kejayaan !
Seronok Bila Khaleef Menari Tarian Janam Janam Masa Majlis Konvokesyen PraSekolah Tema Bollywood
Ok , berbalik pada Majlis Graduasi Pra Sek Khaleef , semangat betul Khaleef pagi tu . Sal beli baju simple je untuk Khaleef dan untuk diri Sal sendiri pun simple gak sebab ada tasking nak kena dok atas pentas . Mula pikir nak pakai baju biasa je .. tapi sekali sekala apa salahnya kita ikut tema .. bukan selalu pun .
Untuk persembahan , Khaleef masuk tarian bollywood “janam …janam” . Comel je menari , ibu pun tak pernah masuk persembahan menari . Kagum dengan teacher yang sabar mengajar anak anak menari . Terhibur gak bila tengok keletah anak anak ni menari … semua ada pasangan … huhuhu . Meh tengok ..


Amacam ?? Kemain lagi Khaleef menari . Lepas persembahan , anak anak PraSekolah diberi sijil tamat PraSekolah . Tasking Sal bagi sijil pada anak anak . Sorang , sorang datang naik pentas , syok tengok baju dyorang … comel sebab follow tema . Part paling best bila anak sendiri terima sijil ..
BACA JUGA: PRA SEKOLAH BERI PELBAGAI PENDEDAHAN



Majlis dilaksanakan dengan jayanya dengan kerjasama AJK PEWARIS dan semua parents yang hadir sangat sangat terhibur . Alhamdulillah !! Keceriaan itu yang penting sebenarnya pada Sal tambah bila tengok anak anak happy sakan . Banyak juga la hadiah Khaleef dapat . Ibu tumpang bangga dengan pencapaian Khaleef di peringkat PraSekolah .


Semoga anak anak ibu & papa sentiasa dibawah lembayung keredaan dan rahmat Allah SWT . Jadilah anak yang soleh dan sentiasa berbakti untuk agama , bangsa dan negara kelak !!

pehh..
siap ada boolywoord punya tema lagi.
terbaiklah prasekolah nih.
Comel nya Khaleef menari ngan kurta.
Semoga Khaleef terus berjaya dunia dan akhirat
estnya budak-budak pun dah ada konvokesyen gitu siap bertema, tengah fikir gak banyak tak kos nak dikeluarkan nanti hahaha
budak skrg bukan main lagi concert diorg hehe…igat zaman dulu2 tadika hahaha…buat byk persembahan..best gilerrr
Wahhhh… Siap ada tema lagi tu. Tahniah Khaleef.
Tu la bebudak tadika zaman skarang… siap berjubah, bertema bagai :D.. Takpe la kasi seronok..