Kesihatan: Perlu Dijaga Ke – Assalamualaikum & Salam Sejahtera sahabat alam maya . Habis dietku harini , huhuhu . Tak kan nak datang majlis ambik bau je kan ? Nak tak nak kita kena jamah la sikit . Tapi Sal ni bila dah rambang mata jadinya capai yang mana terasa nak makan . Idak le sampai nak makan semua . Kesihatan kena jaga gak jangan nak belasah semua yang manis , bak kata orang ‘berpada pada itu perlu’ . Kena selalu beringat bukan untuk orang lain tapi diri sendiri
Kenapa Kesihatan Diri Perlu Dijaga
Kesihatan yang dianugerahkan oleh Allah merupakan nikmat yang wajib disyukuri dan perlu dimanfaatkan . Syukur dalam erti kata lain , ucapkanlah hamdalah dan lakukan perkara yang boleh mendekatkan diri kepada Allah SWT
Rasulullah SWT juga sentiasa mengingatkan umatNya agar memanfaatkan lima (5) kesempatan sebelum datang lima (5) kesempitan . Kesempatan yang ada adalah peluang untuk melakukan ibadah dengan lebih kuat dan banyak.
Rasulullah S.A.W bersabda:
اغتنمْ خمسًا قبل خمسٍ شبابَك قبل هرمكَ وصحتَك قبل سَقمِكَ وغناكَ قبل فقرِك وفراغَك قبل شغلِك وحياتَكَ قبل موتِكَ
“Gunakanlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara; Masa mudamu sebelum masa tuamu, kesihatanmu sebelum sakitmu, waktu luangmu sebelum waktu sibukmu, masa kayamu sebelum masa kefakiranmu, masa hidupmu sebelum kematianmu.” – (Riwayat al-Hakim)
Kesihatan Anugerah Yang Perlu Dijaga
Sal selalu berpegang pada “cegah sebelum rawat” cumanya zaman sekarang ni penyakit mudah sangat datang . Kena berjaga jaga dari segi pemakanan sebab bila badan sakit banyak benda kita tak boleh nak buat . Kelesuan yang melanda menjadikan segalanya lemah dan kepala pun takleh nak fikir banyak – Kesihatan: Perlu Dijaga Ke ???
Dari segi pemakanan Sal percaya yang kita sendiri boleh kawal . Jangan terlalu ikut nafsu dan bukanlah tak boleh langsung nak makan . Keinginan kita sebagai manusia tu normal tapi perlu berhati hati ya !! Faktor pemakanan juga banyak menyumbang kepada berat badan yang berlebihan Yang dapat berat badan ideal tu tahniah !! Yang berlebihan kena buat sesuatu , jangan dok diam
Sebagai contoh kat ofis Sal sendiri kami ada buat tim yang saling mengingati tentang pemakanan . Suatu perkembangan yang positif diperolehi sebab bila kita ada kengkawan yang saling beringat tentang diet kita akan jadi terus bersemangat untuk jaga part pemakanan tu . Kagum jugak Sal tengok jadinya bila time rehat , masing masing akan lebih berhati hati nak pilih makanan di cafe . Ok gak kan inisiatif gini ?
Baginda Rasulullah SAW sendiri sentiasa mengingatkan bahawa antara nikmat yang seringkali ditewaskan atau diabaikan oleh manusia ialah nikmat sihat dan masa lapang . Iaitu ketika manusia memiliki nikmat ini , disia-siakan tanpa dilakukan amalan yang sebaiknya.
Ibn Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
“Dua kenikmatan yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia adalah kesihatan dan waktu lapang.” (Riwayat al-Bukhari)
Menjaga Kesihatan Suatu Amanah
Menjaga kesihatan itu merupakan amanah Allah SWT kepada setiap hambaNya . Jagalah setiap inci tubuh badan dan anggota termasuk kesihatan yang diberikan sebaik mungkin , Ingatlah bahawa setiap inci tubuh badan yang dimiliki adalah pinjaman cuma . Sampai masa dan ketika , harus dikembalikan pada Allah SWT tidak lewat walau seminit
Sebab itu kita dilarang makan atau minum sesuatu yang haram dan boleh mendatangkan kemudaratan pada kesihatan
“Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.” (Al-A’raf: 31)
1 thought on “Kesihatan: Perlu Dijaga Ke ???”
hiks..segan nak ambik bebanyak 1 hal..berpada lahh.. semua nak dirasa tak ingat org belakang pon tak boleh juga..adat sebagai tetamu..
hiks..segan nak ambik bebanyak 1 hal..berpada lahh.. semua nak dirasa tak ingat org belakang pon tak boleh juga..adat sebagai tetamu..