Assalamualaikum dan Salam Safar 1443H . Wanita dan kecantikan sukar untuk dipisahkan . Setuju tak dengan kata kata Sal ni ?? Tapi bukan satu perkara yang mudah ya untuk seseorang wanita itu mengekalkan kecantikan tanpa usaha dan semangat juang yang tinggi . Macam diri Sal sendiri .. sentiasa mencari gali info tentang kesihatan tanpa jemu melalui Info Kesihatan Wanita Bersama Isteri Sihat . Pernah dengar tak website IsteriSihat ??
Pada Sal ilmu kesihatan ni amat penting especially pada wanita yang bergelar isteri . Banyak perkara yang kita perlu ambil tahu dan tiada istilah malas berusaha dalam menjaga aspek kesihatan sebab kecantikan akan terserlah . Janji korang kena rajin dan konsisten .

Kepentingan Menjaga Kesihatan Dalaman dan Luaran – Info Kesihatan Wanita Bersama Isteri Sihat
Zaman sekarang ni tak susah kita nak huraikan sebarang kemusykilan terutamanya topik yang melibatkan penjagaan diri atau kesihatan wanita . Mustahil la seandainya dalam diri wanita tu takde masalah kan ?? Sure ada .. dan Sal tak nafikan ada di antara wanita yang malu nak berkongsi atau utarakan permasalahan yang dihadapi .
Don’t worry .. tiada permasalahan yang tak boleh diselesaikan . Zaman serba canggih ni semua serba mudah dan pantas . Tapi dalam erti kata ‘mempermudahkan’ tu .. ada je yang ambik kesempatan untuk tidak mahu melakukan sesuatu .
Best pulak Sal nak memperkatakan tentang ‘golongan yang ambil kesempatan atas kemudahan yang diberikan’ . Maksud Sal di sini , bila kita dah ada kemudahan hanya di hujung jari … sebaiknya perlu digunakan sehabis baik . Jangan jadi manusia yang malas nak bergerak . Contoh macam nak buat senaman ringkas atau aerobic pun cukup ‘liat’ .
Sal sendiri pun dek sebab busy , kadang tu tak sempat nak jogging keluar rumah . Tambah dengan situasi pandemik sekarang ni kan . So tak kan nak tunggu sampai ‘lemak diternak’ .. huhuhu . Kita cuba selagi ada ruang melalui kecanggihan teknologi yang ada kini .
Tak kan nak spend 5 minit tuk skipping pun susah kan ? Pokok pangkalnya diri kita sendiri . Dah masanya untuk kita spend time demi kesihatan dan kecantikan . Siapa tak sayang badan kan ??
Kesihatan Tunjang Pembinaan Keluarga Bahagia
Jangan salahkan persekitaran sekiranya bentuk badan mula berubah , penyakit mula ‘bertandang’ atau kulit muka hilang seri . Pernah je kawan Sal mengeluh tentang tahap kesihatan dan bentuk badan yang mula berubah sejak pandemik melanda . Sebenarnya itu bukan alasan sebab pokok pangkalnya adalah diri sendiri . Amalan gaya hidup sihat pun saling berkait rapat .

Sejak Sal dah berkeluarga ni .. seriously memang takut sangat tahap kesihatan merundum . Bukan apa , memikirkan anak anak yang memerlukan kehadiran ibu ni la yang membuatkan Sal amat mementingkan penjagaan kesihatan . Bila dah sakit .. banyak perkara akan terbatas untuk dilakukan . So korang fikir fikirkan lah .
Tu baru part kesihatan .. belum lagi masuk part kekeluargaan . Banyak perkara yang perlu direnungkan sebelum seseorang wanita itu berkahwin . Hal ehwal rumah tangga ni bukan semuanya ‘indah’ seperti yang dikhabarkan . Sebab tu Sal suka berkongsi topik kekeluargaan yang Sal dapat melalui pembacaan di laman isteri sihat . Banyak betul info yang sangat bermanfaat pada mereka yang baru nak mulakan hidup bersama pasangan dan yang mula merancang untuk ada zuriat .
Insan yang bergelar isteri ni memegang tanggungjawab yang amat besar . Kita sendiri tahu yang sifat manusia ini memerlukan pasangan
Menurut hadis riwayat al-Baihaqi:
“Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah memenuhi separuh agamanya. Maka bertakwalah dia kepada Allah pada separuh (yang belum disempurnakan) lagi.”
Alam rumah tangga ni penuh dengan cabran dan ujian so setiap pasangan tu kena bersabar . Itu antara kunci yang kena pegang . Kena ingat selalu yang kita dah hidup berdua dan bukan single . Setiap perkara ada ketikanya memang kita lakukan bersama dengan pasangan . Kerjasama akan melahirkan keharmonian dan secara tidak langsung dapat mengerat lagi ikatan antara suami dan isteri
Isteri memainkan peranan yang sangat penting dalam menjaga hubungan bersama suami dan anak anak . jangan sesekali abaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu walaupun berkerjaya . Untuk yang ni , kena pandai bahagikan masa sebab ianya sangat berkait rapat dengan penjagaan diri dari sudut kesihatan dan kecantikan . Haaaa .. nampak tak semuanya saling berkait rapat .

Insan yang bergelar isteri kena taat kepada suami selagi mana berlandaskan hukum Islam
Lelaki adalah pelindung dan penjaga wanita , ini bermakna suami berkuasa ke atas isteri . Dalam erti kata lain , isteri perlu patuh pada suami , melayan keluarganya dengan baik dan menjaga hartanya
Menurut Áli ibn Abi Talhah diriwayatkan oleh Ibn Abbas dalam Tafsir Ibn Katheer
Tanggungjawab Isteri Kepada Suami – Info Kesihatan Wanita Bersama Isteri Sihat
Rasanya ramai golongan isteri yang tahu akan peranan yang perlu dilakukan atau tidak terhadap suami dan keluarga . Terkadang tu permintaan suami nampak remeh tapi jika tidak dipenuhi mungkin boleh menimbulkan perselisihan faham .
Sal pernah juga membincangkan topik hal ehwal kewanitaan bersama dengan geng officemate tentang part memenuhi keperluan suami sama ada zahir atau batin . Nampak macam ringan topik ni tapi kesimpulannya yang kami dapat adalah .. suami isteri disarankan untuk terus menjalankan hak dan tanggungjawab secara bersama tanpa saling menyalahkan antara satu sama lain bila terdapat masalah dan kekurangan yang berlaku .
Berbalik kepada topik permasalahan kesihatan wanita , para isteri jangan rasa rendah diri jika korang mengalami beberapa maslaah kesihatan dalam . Zaman sekarang bukan macam zaman dulu lagi dan yang penting korang kena cari jalan penyelesaian .
Tolak tepi sifat malu tu dulu demi untuk mencapai keharmonian dan mengecapi kebahagiaan bersama pasangan . Dan jangan sesekali jadikan mood sebagai alasan dalam hubungan bersama suami terutamanya bila datangnya rasa penat , sibuk dan bosan .
BACA JUGA: Kesihatan Diri Perlu Dijaga
Mungkin ada yang akan rasa malu bila part dalaman wanita diperkatakan contohnya dalam kesihatan seksual . Ni bukan sesuatu yang taboo di zaman sekarang ya . Setiap pasangan perlu melakukan hubungan intim bagi memenuhi keperluan dan kemahuan seksual masing masing . Sedar tak yang aktiviti ini juga merapatkan lagi perhubungan di antara suami dan isteri . Tanpa hubungan ni dah takde ertinya pertalian antara pasangan .

Korang bayangkan yang bila dah hidup sebumbung , satu bilik , sekatil then tiada apa yang berlalu ?? Ia boleh dikatakan satu kerugian dan pengakhirannya mengakibatkan keharmonian rumah tangga terjejas . So , sila jangan bertangguh atau beri pelbagai alasan . Better bincang bersama pasangan tentang hal ehwal hubungan intim ni . Ingat ya .. komunikasi itu kunci utama dalam konteks hubungan intim .
Korang pernah dengar tak yang depresi boleh menjejaskan hubungan intim suami dan isteri ? Meh nak share , depresi boleh menyebabkan keinginan atau kemahuan seksual (libido) individu itu berkurangan dan mungkin juga menimbulkan beberapa masalah seksual lain :
- Mati pucuk
- Ereksi tidak kuat
- Ejakulasi pramatang
- Sukar mencapai orgasma
- Sakit semasa penetrasi
- Vaginismus
Adakalanya isteri malu untuk menyatakan permasalahan yang dialami tapi suami boleh bertanya atau boleh juga melalui rakan baik isteri . Para isteri janganlah terlalu menyimpan ketidakselesaan yang dialami contohnya macam kentut faraj , faraj berbau atau keputihan melampau dan banyak lagi – cara merawat jangkitan kulat pada faraj . Ada perkara yang boleh diatasi melalui rawatan untuk kebaikan bersama seperti bak kata pepatah , malu itu biar bertempat . Jangan menyesal dikemudian hari bila nasi dah jadi bubur .

Dan korang tahu tak yang depresi sebenarnya akan membuat seseorang individu tu hilang minat dengan semua aktiviti termasuk hubungan intim dek sebab pemikiran dah terganggu . Jangan biarkan perkara ni berlaku pada diri korang ya . Cari jalan penyelesaian secepat mungkin supaya hubungan bersama pasangan tidak terjejas .
Dan Sal nak ingatkan jugak yang permasalahan kesihatan yang korang hadapi ni bukan boleh diselesaikan melalui pengambilan ubatan tempatan seperti jamu ya . Ada jugak rawatan melalui konsultasi atau rawatan dan ubatan . Jangan ambil mudah sebab kemurungan adalah salah satu masalah mental yang sangat serius .
Percayalah yang masalah di bilik tidur ni kita boleh selesaikan dengan cara yang bersesuaian . Jangan pendam sebab melalui perbincangan secara terbuka mengenai permasalahan ini dengan pasangan sebenarnya kita berusaha mecapai kesejahteraan dalam kehidupan bersama .
Salah Siapa Jika Tiada Zuriat
Korang jangan kecam Sal pulak ya sebab ni just nak berkongsi input apa yang Sal dah baca .Ramai pasangan yang tertunggu untuk mempunyai cahaya mata dalam melengkapkan lagi mahligai yang dibina .
So kat sini akan timbul isu kesuburan kan ? Haaaa .. yang ni memang dah berkait dengan tahap kesihatan diri sendiri dan pasangan .Tak semua pasangan bernasib baik sebab ada dalam kalangan suami isteri yang mengalami masalah ketidaksuburan . Masa ni akan timbul siapa yang bersalah .. suami atau isteri kan ??
Kalau kita imbas balik pada tahun 2016, Jabatan Perangkaan Malaysia telah mendedahkan satu statistik yang menunjukkan kadar kehamilan negara kita telah jatuh mendadak ke tahap yang terendah dalam sejarah .
So isu kesuburan ni tak boleh jugak dipandang remeh dan perlu ditangani dengan segera . Umumnya banyak faktor yang boleh dikaitkan contoh macam usia , hormon , berat badan , tahap kesihatan , pemakanan , pekerjaan dan gaya hidup .
Kalau Sal nak kupas semua topik ni memang tak habis . Sebab tu melalui Facebook IsteriSihat ni banyak info yang Sal dapat . Korang akan dapat pelbagai maklumat yang tanpa sedar selama ni tak tahu dan tak pernah ambil tahu . Bagi individu yang bakal berkahwin atau pasangan yang mempunyai masalah kesihatan boleh jadikan IsteriSihat sebagai rujukan .
Bagus bila ada web atau page yang diwujudkan untuk salurkan maklumat tentang kesedaran betapa pentingnya kesihatan dalaman wanita tak kira untuk isteri atau bakal mendirikan rumah tangga .
Bila dah jadi siteri , kena tahu pulak part hak isteri , bab parenting dan ilmu hidup berpasangan . Kalau ada masa nanti jengah tau !!


Isteri gembira, keluarga bahagia