Assalamualaikum dan Salam Zulkaedah 1443H . Kadangkan .. penyakit yang ada di sekeliling ni nampak simple dan sampaikan kita ambil mudah . Boleh ditahan tahan selagi kesan atau komplikasi tak teruk . Dari segi luaran tu mungkin la tapi dalam jangka masa panjang kita tak tau apa akan berlaku . Alhamdulillah seandainya sembuh dan sihat seperti sedia kala , tapi kan kalau sebaliknya ??? So harini Sal nak share dengan korang tentang penyakit kencing manis punca mata buta , OPTOM Eyecare sedia bantu . Penyakit kencing manis ni boleh mendatangkan kemudaratan pada mata kalau tak dicegah dari awal
Betul Ke Kencing Manis Punca Mata Buta & OPTOM Eyecare Sedia Bantu
Terpanggil untuk Sal baca lebih lanjut tentang pesakit kencing manis dan kesan terhadap mata sebab baru ni mak ada beritahu yang matanya dah kurang jelas bila tengok jauh . Mulanya ingat sebab faktor umur tapi bila teringat yang mak ada kencing manis , terus Sal teringat pakar Optometris dekat OPTOM Eyecare .
Sal memang datang OPTOM Eyecare setiap tahun dan jadikan sebahagian daripada rutin untuk check mata anak anak . Sejak zaman PdPR memang dah amik langkah berjaga jaga sebab siapa tak risau bila anak kerap mengadap computer dan gajet
Part mata yang amat merisaukan sebab Sal sendiri rabun . Di OPTOM ni mata korang akan di check secara terperinci sebab ada perkhidmatan pemeriksaan mata secara profesional dan lengkap yang berteknologi tinggi , sesuai untuk semua peringkat umur

Ok berbalik pada pengidap kencing manis tu kan … kita kena tengok ada tak tanda tanda Diabetik Retinopati di mata
Retinopati Diabetik Bagi Pesakit Kencing Manis
Retinopati Diabetik ialah komplikasi diabetes yang berupaya menjejaskan mata. Ia disebabkan oleh kerosakan pada saluran darah tisu sensitif cahaya di bahagian belakang mata (retina) . Dinding salur darah menjadi lemah dan menyebabkan berlakunya kebocoran lemak dan penyumbatan pada kapilari . Seterusnya penglihatan mata akan menjadi merosot dan boleh mengakibatkan buta
5 Tanda-Tanda Diabetik Retinopati :
- Penglihatan kabur atau beralun
- Penglihatan yang kerap berubah-ubah dari hari ke hari.
- Terjadinya tompokan gelap di kawasan tertentu dalam medan penglihatan atau hilang penglihatan
- Lemah dalam menentukan warna.
- Bintik-bintik atau seolah-olah terapung dalam bahagian mata (floaters)
Sejauh Mana Kencing Manis Boleh Beri Kesan Pada Mata – OPTOM Eyecare Sedia Bantu
Meh luangkan masa sikit tonton video berkaitan pengisian macam mana Retinopati Diabetik ni yang mana boleh menyebabkan hilang penglihatan – buta seumur hidup . Betapa bahayanya .. so jangan pandang ringan ya korang
Sejauh Mana Optometris Mendiagnosis Retinopati Diabetik

Pemeriksaan mata standard tidak akan mengesan Diabetik Retinopati , tapi .. tapi .. melalui pemeriksaan dengan teknik tertentu contohnya bersama pakar Optometris kita akan dapat kesan . Individu yang berumur 60 tahun atau lebih sangat digalakkan membuat pemeriksaan .
Disarankan pada yang rabun pun boleh buat pemeriksaan secara berkala untuk tahu condition mata tu . Bila baca beberapa artikel mengenai kencing manis yang boleh menyebabkan buta … adoiii laaaa . Menyeramkan !!

Golongan Yang Berisiko Mendapat Retinopati Diabetik
- Semua pesakit diabetes yang mempunyai paras gula yang tidak terkawal (paras glycated hemoglobin Hb1Ac yang tinggi)
- Pesakit diabetes yang sedang hamil
- Pesakit yang mempunyai paras tekanan darah tinggi dan kolesterol yang tidak terkawal
- Pesakit yang didiagnos mengidap diabetes lebih dari 5 tahun
Retinopati diabetik ni kebiasaannya akan bagi kesan pada kedua-dua mata . Mungkin di peringkat awal pesakit tidak mengalami simptom retinopati diabetes . Cuma lama kelamaan akan dirasai . Jadinya Sal sarankan pada mereka yang ada ibu bapa atau diri sendiri ada kencing manis , check mata dengan pakar optometris di OPTOM Eyecare
BACA JUGA: KESAN BURUK TENGOK GAJET DALAM GELAP
Korang akan diberi penjelasan secara terperinci . Memang sangat berpuas hati bila pegi sana . Tanya je persoalan mengenai mata , jangan segan silu . Set appointment sekarang jugak !!
OPTOM Eyecare
No 37, Jalan 8/1 Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi Selangor
Hubungi : 011 1147 9093
10.30 AM hingga 6.30 PM (setiap hari dibuka & by appointment)
Website: https://optom.com.my/
IG: www.instagram.com/optombangi
Fb: www.facebook.com/optombangi

