
Sebelum ni susah betul hati sebab setiap kali nak buat cermin mata , dok mikir kedai mana la nak gi buat . Memang betul , kedai melambak tapi nak cari yang betul betul berkualiti dan bagi perkhidmatan yang superb tu payah gak . Bukan apa , pernah terkena buat cermin mata sampai beratus ratus tapi kualiti out . Hurrmmm .. meh nak citer kenapa pilih cermin mata Eyes Vision Optical yang akhirnya dimiliki .
Sebelum berkira nak ke Sungei Wang Plaza , dan sebenarnya lama dah terniat nak ke sana sebab spek yang sedap pakai dah terpatah . Penangan tersalah letak . Sal ni kadang minah cicir dan agak ganas la sikit . Korang tau la spek ni kena jaga dengan teliti . Tapi pernah gak terfikir .. ade ke frame cermin mata yang tahan lasak kiranya yang kalau terduduk ke , terpijak sikit tak patah ??
Kenapa Pilih Cermin Mata Eyes Vision Optical – Berbaloi Melampau Sangat Ni
Ade la satu hari tu Sal terbaca post di Instagram Ben Ashaari tentang spek mata yang dia buat kat satu kedai area Sungei (Sg) Wang Plaza . Nampak cam menarik tapi Sal tak pulak tanya berapa harga . Kadang pada Sal biar la kita ni ‘menang membeli’ . Memang dari dulu lagi dok berpegang pada pepatah ni .
Sepantas kilat terus ajak Mr Hubby ke Eyes Vision Optical . Takut lewat kang kedai tutup sebab sepanjang tempoh PKPP ni rata rata kedai memang tutup awal . So Sal decide lepas Asar ke Sg Wang Plaza .
Sampai sana alhamdulillah , cukup selesa untuk membuat urusan . Segala SOP bagi langkah pencegahan COVID-19 dipatuhi . Kalau korang pegi dun worry la . Penjarakan sosial/fizikal semua ada , tak perlu risau .

Dan Sal macam biasa la , bila dah sampai kedai tetiba cam lupa diri sebab dok ralit nak pilih frame yang ada . Korang nanti jangan pening pening tau . Just bagitau nak spek yang bentuk macam mana pada staf kedai .
Perkhidmatan Eyes Vision Optical Memang Terbaik

Sal pulak memang time tu tengah mencari spek untuk pakai harian dan untuk melasak . Jadinya Mr Jun , bos Eyes Vision Optical akan terus carikan spek yang memenuhi kehendak dan keinginan di hati . Dia amat berpengalaman tau dan confirm akan suggestkan korang spek paling terbaik dan sesuai untuk muka . Pakai spek pun nak jugak nampak cantik !!

Sambil pilih pilih spek tu , korang akan dipanggil untuk check power mata guna mesin khas . Bukan takat tu je , mata korang akan di test guna kanta manual . Mata tu akan di test sampai rasa selesa dan nampak setiap butir abjad yang terpapar pada skrin hadapan korang . So time ni buat bebetul ok , bukan apa takut bacaan power mata lari dan akan rasa kurang selesa bila spek siap .

Tak Rugi Pilih Cermin Mata Eyes Vision Optical Sebab …
Yang bestnya kan , bukan tujuan nak promote semata ni tau tapi spek yang korang akan dapat tu siap dengan lens Alpha (menyekat sinar biru dari skrin gajet/komputer) ..anti silau … boleh tukar gelap bila dok bawah terik cahaya matahari dan yang penting , kalau terkepak atau terduduk pun confirm tak patah (very strong frame) .

Tak lama pun korang nak tunggu cermin mata siap , dalam sejam atau 30 minit dah siap . Seandainya tak ramai yang datang kedai , cepat je siap sambal korang borak borak atau cuci mata tengok sunglasses pulak .
Jangan tak percaya ok , Sal siap belanja Mr Hubby sunglasses tau . Sesekali kita hadiahkan untuk cinta hati yang sanggup melayan kerenah kita ni apa salahnya kan . Korang jangan la dok risau part harga , kita deal sampai jadi .

BACA JUGA: Penjagaan Mata Elak Rabun
Jangan dek sebab dok fikir harga sampai menghalang niat korang nak buat spek mata . Try dulu dengan Eyes Vision Optical . Sal ada jugak recommend pada kengkawan kerja untuk try dulu . Alhamdulillah , rata rata yang Sal recommend dah pun buat terus spek dan ada yang buat untuk parents & anak anak . So , benda baik better kita sharing kan !
Nah maklumat lanjut tuk korang ….


Kedai cermin mata ni kalau bagi servis baik, senang je kita berurusan.
Pastu, memang akan melekat je kat kedai tu.
cermin mana eyes vision ni mmg bagos kan, i agree with u and worth the pay
Wow!! Hanya yang pakai spec je tahu betapa pentingnya cari tempat buat spec yang best n harga pon cun.. Kan3.. Thanks info k..
Akak, kedai Eye Pro Vision ni dah besar ke atau cawangan lain? Dulu saya pergi, kecik je. Bisnes manyak maju ni. Nak pi la weekend ni. Kot kot ada design spek yang saya suka. Bleh buat baru. Hehe.
Boleh ke kalau kita nak tanya dia spek yang sesuai dengan bentuk muka?
wah best yer shopping spek baru. bagus beli bingkai spek jenis fleksible ni, maklum lah mak2 ni, kadang2 spek ni anak2 buat main kan
Betol tu kedai memang banyak tapi nak jatuh hati dengan 1kedai tu bukan senang hehe. Patutlah viral. Nampak kualiti dan trending design tapi jauhla plak
Cantik spek hitam tu.. Nak bawak husbnd jugala dtg sini beli spek mata.. Rambang mata tengok
banyak pilihan spek di kedai ni..paling best layanan dia tetap first class wlpun harga spek mampu milik
Macam nak buat jugak je spek mata kat sini. Rambang mata tengok design dia
Selalu dengar pasal kedai ni. Diorang kata staff2 friendly dan harga pon affordable juga kedai ni. Tertarik juga utk try ke kl insyaAllah
wahhhhh murah betul buat spek mata dekat sini. servis pantas pulak tu. nanti bolehlah buat spek mata dekat sini
Yerrr betul kita pun dah buat spek mata kat sini memang sangat bagus dan juga murah hehehe seronoknya dapat buat spek mata baru cepat lak tu…
Nie namanya orang mengantuk disorongkan bantal. Rawlins memang memerlukan cermin mata baru.
Rasa macam nak buat cermin mata kat sini jugak je. Ramai dah share buat cermin mata kat sini best. Tapi nk kena tunggu balik kl dulu la nmpak gayanya.
Ramai juga yg bg feedback yg positif.. AM pun nak ke sana juga la.. harga mmg sgt berpatutan.. nak check mata.. dah lama sgt pakai cermin mata yg skrg nie