Assalamualaikum dan Salam Jamadilakhir 1443H . Sekejap betul masa berlalu dan dalam tak sedar hampir tiga tahun kita hidup bersama COVID-19 . Bila teringat masa mula mula merebak .. nak tidur pun rasa tak lelap . Kadar jangkitan makin meninggi , ditambah dengan berita kematian bagi mangsa yang tak dapat diselamatkan . Ujian yang diturunkan oleh Allah SWT amat hebat sehingga Negara diisytiharkan perlu berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) . Masa ni pergerakan terbatas dan sekolah ditutup . Kelas Tuisyen Online UPKK Fly High Education Centre Terbaik 2022 .
Perlu Sangat Ke Anak Daftar Kelas Online – Kelas Tuisyen Online UPKK Fly High Education Centre Terbaik 2022
Semua yang berlaku di luar jangkaan . Apa yang lebih merisaukan Sal masa tu selain jangkitan wabak COVID-19 adalah pelajaran anak anak . Jujur kata .. hati ibu mana yang tak risau sebab ada anak yang berada di Tahap 1 .
Zaman sekarang kalau perasan , anak anak makin bijak . Jadinya , nak tak nak kena hadap . Sebelum ni Sal pernah terfikir nak daftarkan anak anak masuk Kelas Tuisyen di Pusat Tuisyen yang sedia ada berhampiran rumah . Tapi sayang tak kesampaian sebab dek situasi semasa .
Sampai la pada satu ketika hadir seorang sahabat melalui Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA 9) memperkenalkan kelas tuisyen secara online – Fly High Training Centre (dah kini rebranding sebagai Fly High Education Centre) Syukur Alhamdulillah .
Makanya , bermula la sesi perjalanan kelas online anak anak bersama pendidik yang berwibawa di bawah naungan Fly High Education Centre atau FHEC .

Masa mula join tu .. anak anak agak kekok jugak sebab yelah , kalau dulu bersemuka di sekolah . Agak senang nak faham penerangan guru tu . Bila melalui online dan terkadang tu dek keterbatasan internet yang slow .. mula la fokus anak anak terganggu .
Tapi bak kata pepatah , alah bisa tegal biasa . Anak Sal yang Tahap 1 dah mula ikut rentak . Anak anak yang Tahap 2 Alhamdulillah , dah boleh terima . Kelas masih lagi diteruskan sampai sekarang walaupun anak anak dah mula bersekolah .
Pada Sal sekarang ni , walaupun anak anak dalam penggiliran waktu sekolah .. usaha masuk kelas online tetap diteruskan sebab bila dilihat dari segi masa rasanya masih belum cukup untuk anak faham dan fokus tentang sesuatu subjek yang dipelajari di sekolah .
Biar berhabis untuk anak anak demi masa depan , sebenarnya tidaklah terlalu memaksa tapi keadaan membuatkan sebagai ibu bapa , kita perlu berbuat sesuatu demi masa depan anak anak .
Kenapa Fly High Education Centre Menjadi Pilihan Kelas Online – Kelas Tuisyen Online UPKK Fly High Education Centre Terbaik 2022
Kalau nak diikutkan memang banyak sangat kelas tuisyen online yang boleh dipilih tapi Sal tertarik dengan FHEC . Bukan tak pernah try kelas online lain sebelum ni tapi bila dengar je tenaga pengajar atau pendidik yang mengajar di FHEC bukan calang calang .. terus nak try .
Dari percubaan atau trial kelas , terus amik keputusan nak daftarkan semua anak anak . Ade je kengkawan tanya , berapa habis . Sal senyum je sebab teringat zaman kekecik dulu . Mana ada peluang nak join tuisyen macam ni .
Tapi kalau dulu kita boleh belajar sendiri … tak kan anak takleh kan ?? Cuma kena ingat satu je , zaman dulu dengan sekarang mana nak sama . Silibus pun lain dah .. so boleh ke nak ajar anak anak lagi . Kalau tanya Sal balik , memang taklah .
Jadinya , untuk tidak memeningkan kepala .. peluang dan ruang yang ada untuk daftar anak anak di FHEC Sal gunakan sepenuhnya . Dari segi kadar bayaran , dengan pihak FHEC ni kita boleh runding lagi . Sekali daftar bukan sorang ye .. tiga sekaligus .
Istimewanya FHEC ni kan … selain dari Silibus Subjek Sekolah Rendah , Sekolah KAFA pun ada . Syukur Alhamdulillah .. kita cover semua sekali . So takyah dah nak pening kepala .

Dan macam biasa , tenaga pengajar memang superb , jangan kata kelas subjek teras Sekolah Rendah je cikgu cemerlang . Rupanya Sek KAFA pun tak kurang hebat !! Ustaz Azhari Sulaiman , siapa tak kenal dengan ustaz yang lebih mesra dipanggil Abi .. sangat berpengalaman dan merupakan guru cemerlang .
Kelas UPKK Online Meroket Berkala Gempur dan Santai Petang – Kelas Tuisyen Online UPKK Fly High Education Centre Terbaik 2022
Boleh baca senafas tak tu … kihkihkih . Ni antara sesi kelas online untuk pelajar yang bakal menduduki peperiksaan UPKK 2022 . Sebenarnya , anak Sal yang sulung dah lepas exam UPKK last year – 2021 .
Tahun lepas UPKK ditukar cara penilaian melalui MPKAFA , pelaksanaan secara lisan dan online . Dan untuk tahun ni (2022) Sal rasa akan kembali kepada UPKK macam tahun sebelum di mana anak anak meenjawab kertas soalan .
BACA JUGA: Pengukuhan Dalam Pembelajaran Anak
Haaaa , mula la hati ibu ni risau bila kata ade exam secara fizikal . Proses belajar lak masih secara penggiliran .. isshhkhhh memang takleh jadi . Kena usaha dan ikhtiar cari kelas extra untuk anak nombor dua .
Syukur sangat bila pihak FHEC ada buat beberapa sesi kelas untuk memantapkan lagi pemahaman anak anak yang bakal menduduki UPKK 2022 . Setiap kelas tu ada perincian yang korang boleh baca melalui poster .


Contoh macam setiap kelas tu ada keistimewaan tersendiri :
Kelas Meroket UPKK FHEC
- Bimbingan menjawap soalan KBAT.
- Fokus kepada soalan dan latihan berjadual.
- Ulangkaji bertopik bermula silibus awal tahun 3 hingga silibis akhir tahun 5.
- Merangkumi semua topik utama dan subtopik UPKK.
- Mengetengahkan persediaan asas ilmu akhirat yang perlu dan wajib didedahkan kepada anak anak.

Kelas Berkala UPKK FHEC
- Ulangkaji bertopik dengan silibus lengkap tahun 3 dan 4.
- Pentaksiran dengan format baru.
- Mengetengahkan soalan soalan popular.
- Merangkumi semua topik utama dan subtopik UPKK.
- Bimbingan menjawap soalan KBAT.
- Kelas diadakan secara santai dan mudah difahami oleh pelajar yang menyertai.
- Sesi pertanyaan dan perbincangan turut diadakan bersama pelajar.
Kelas Gempur UPKK FHEC
- Ulangkaji bertopik bermuka daripada silibus awal tahun 3 hingga silibus akhir tahun 5.
- Merangkumi semua topik utama dan subtopik UPKK ulangkaji format UPKK.
- Menekankan 5 subjek bertulis termasuk kaedah menulis, membaca, menghafal tajuk penting berjadual (mudah ingat).
Kelas Santai Petang FHEC
- Memberi fokus kepada soalan dan latihan berjadual (format pdf).
- Soalan 2010 – 2019 yang di ulang dengan bimbingan jawapan daripada Ustaz.
- Murid juga dibenarkan bertanya dan bersoal jawap dengan Ustaz Azhari.
- Ulangkaji bertopik bermula silibus awal tahun 3 hingga silibus akhir tahun 5.
- Merangkumi semua topik utama dan subtopik UPKK.
- Persediaan asas ilmu akhirat yang wajib didedahkan kepada anak anak.
- Silibus aras tinggi.
So pada anak anak yang bakal menduduki UPKK Tahun 2022 , Sal sarankan agar ibu ayah daftarkan anak sebagai persediaan awal . Yuran pun berbaloi dan boleh discuss lanjut dengan para admin FHEC sekiranya ada kemusykilan atau kekangan terhadap payment bulanan .
Hubungi Admin :
wasap.my/601120877203
Pautan Media FHEC :
WEBSITE: https://flyhigh.education/
FACEBOOK: https://www.facebook.com/Flyhigh-Training-Centre-1418213641735416/
INSTAGRAM: https://instagram.com/flyhightrainingcentre/

