Assalamualaikum dan Salam Zulhijjah 1442H . Amacam korang ?? best tak topik Sal harini .. hehehe . Meh la kita sembang pasal emas pulak . Sebahagian dari therapy diri Sal jugak tau kalau nak tahu . Perempuan ni memang sukar nak dipisahkan dengan emas dan kalau dulu Sal bukanlah suka sangat dengan emas tapi sejak berkenalan dengan Kedai Emas Hajjah Halijah , terus jatuh cinta tau . Semestinya ada sebab .. dan yang paling utama Kedai Emas Hajjah Halijah , berkualiti dan harga upah murah

Kedai Emas Hajjah Halijah di Utara Perlis Terkenal Dengan Emas Berkualiti , Harga Upah Murah



Korang sure tau kan yang simpanan emas ni berbaloi untuk masa akan datang . Jujur kata , dulu Sal tak pernah terfikir pun tentang simpanan emas . Sampai satu ketika macam orang baru kena hantuk kepala . Haaaa … gitu la perumpamaannya
Dikuatkan lagi bila Sal terbaca ni :
Dalam sejarah ekonomi Islam , emas merupakan mata wang dan aset simpanan yang baik
Dalam Al-Quran dan Hadis banyak menjelaskan tentang kepentingan emas dalam kehidupan manusia . Emas dirujuk sebagai mata wang dinar dalam firman-Nya:
Dan di antara ahli-ahli kitab , ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun , dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka , yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar sahaja pun , dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu , kecuali kalau kamu selalu menuntutnya
(Ali-‘Imran: 75)
Tak rugi simpan emas sebab nilainya tak akan menyusut malahan nilainya sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang . So , fikir fikirkan lah dan rasanya masih belum terlewat lagi kalau korang nak mulakan bersama Kedai Emas Hajah Halijah
Jarak bukan masalah sekarang walaupun KEHH terletak nun jauh di Utara… haaa KEHH tu nama singkatan bagi Kedai Emas Hajah Halijah . Senang kan nak ingat ?? Dan paling best , sepanjang tempoh PKP ni pun korang masih boleh miliki emas yang diingini dengan harga yang berpatutan , murah , pilihan terkini .. boleh beli online . Pattern semua lawa tau … aaiisshh geram je tengok dan pada yang tengah survey cincin tunang atau kahwin boleh tengok KEHH
Banyak cawangan KEHH – ada di Kangar dan Arau , Perlis . Kita beli online je . Insya Allah selamat sampai depan rumah


Kelebihan Kedai Emas Hajjah Halijah Emas Berkualiti , Harga Upah Murah
Sepanjang musim PKP ni jangan risau sebab korang masih lagi boleh beli barang kemas tak kira rantai leher , gelang tangan atau kaki , subang , buah rantai . Untuk dewasa atau kanak kanak . Semua ada just pilih je
Untuk peminat emas .. jangan lupa join dan singgah TELEGRAM (insert link) Kedai Emas Hajjah Halijah . Hurrrmmm .. sangat update uolssss . Korang dah seharian penat bekerja kan .. mehla kita cuci mata jap . Mana yang simpan impian tu , kita menabung terus . Jangan matikan impian korang untuk miliki emas sama ada sebagai reward diri sendiri atau untuk yang tersayang
BACA JUGA: Beli Emas Online Secara Pakej Menabung Harga Murah
Harga dah jauh mampu milik dengan kadar upah yang terendah . Contoh kiraan gini tau , walaupun kadar harga emas di Kedai Emas Hajjah Halijah RM253 per/gm (ikut keadaan semasa) .. bila kita kira plus minus masih lagi murah berbanding dari kedai emas lain yang tawarkan harga RM240 per/gm . Sebab kita dah bagi less upah dengan kadar 50% dan ada jugak barang kemas yang free upah
Dan sekarang ni pun KEHH ada buat FB LIVE setiap hari pada jam 12.00 tengah hari dan 3.00 petang . Masa live tu akan ada 10 item terpilih dan kalau ada yang berkenan di hati .. sila LOCK terus dalam masa 24 jam . Sal selalu gak join Live FB ni .. seronok sebab dapat tengok pattern yang terkini
Layanan yang diberikan oleh staff Kedai Emas Hajjah Halijah memang superb a.k.a A++ . Tak kira korang duk pelusuk mana (Semenanjung , Sabah , Sarawak) akan dilayan sehabis baik . Korang just WhatsApp je mana mana no Admin yang tertera di FB atau Telegram KEHH . Pastikan nombor phone dan orangnya (staff) betul ya sebab baru ni ada yang cuba nak jadi scammer . Follow rapat rapat KEHH

Keistimewaan Yang Dimiliki Kedai Emas Hajjah Halijah
Bila korang beli di KEHH , korang akan dapat 1 kad keahlian . Best ke jadi ahli ? Kalau tak , tak kan wujud la keahlian .. hehehe . Berbaloi sangat bila ada kad ahli ni tau . Cakap sebab Sal dah ada sekeping dalam simpanan . Sekarang turn korang pulak
Korang akan dapat harga discount atau special price , tawaran cuci emas percuma dan ganjaran menarik untuk pelanggan yang setia . Banyak jugak tawaran yang menarik tau , kena rajin follow KEHH . Macam baru ni sempena cuti Hari Keputeraan Sultan Perlis .. harga emas jadi RM237per/gm . Geram tak nak grab ???

Ehhh .. bila bercakap pasal emas ni memang tak sedar rupanya dah panjang lebar . Sal suka betul dengan kata-kata keramat KEHH ni – Simpan Emas Selamat Keluarga Kita . BIJAK EMAS – Simpan Dahulu , Senang Kemudian . Jom la beli emas dan simpan emas . Jadilah sebahagian daripada keluarga KEHH Gerbang Dunia Emas Anda !
Bila simpan emas n ikan … hakikatnya kekayaan tu ada ditangan kita sendiri . Apa pun berlaku di luar , selagi emas tu ada di tangan kita .. kekayaan tu memang ada dengan kita sendiri sebab nilai emas terletak pada BERAT DAN KETULENAN emas tu sendiri .

Untuk info lanjut boleh layari :
Website – https://halijahjewels.com
Facebook : https://www.facebook.com/kedaiemashajjahhalijah
Telegram : https://t.me/s/kedaiemashajjahhalijahsb
Instagram : kedaiemashajjahhalijahsb


cantik2 design kat kedai emas nie.. tergoda nengoknya
Jauh ke beza harga emasnya?