Al kisah Jumaat , masa Sal kat opis lagi tetiba dapat instinct macam balik rumah lewat je . Bila dah lewat tu kadang agak kelam kabut nak masak dan sediakan hidangan buka puasa untuk family . Badan bila dah penat , mood nak masak kadang tu boleh jadi ke laut . So malas nak fikir panjang , dok search dalam google . Sambil belek belek fone , ternampak bubur berlauk , sangat menyelerakan . So , nak story perkenalan Sal bersama Jim’s Porridge bubur nasi berlauk sedap banyak pilihan ……
Kenapa Mesti Jim’s Porridge Bubur Nasi Berlauk Sedap Banyak Pilihan

Lepas dah confident nak try Jim’s Porridge ni Sal ralit tengok set bubur yang ada . Seriously memang banyak sangat pilihan sampai rambang mata .Bila puasa ni faham je la kan . Semua nampak sedap .. hehehe .
Tak caye korang tengok paparan bawah ni ha , kang kata Sal buat cerita pulak kan

Korang nak try pun boleh .. recommended sangat sangat sebab memula tu Sal membayangkan yang portion bubur ni lebih kurang je dengan set bubur yang ‘terkenal’ tu . So nak la order lebih sikit untuk anak anak . Sekali masa terima , tudiaaaaa boleh simpan untuk buat sahur sekali . Besar gak portion , serious mengenyangkan !
Jangan kata masa bulan puasa ni kita takleh nak menikmati bubur nasi berlauk ya . Order pun online je tak susah mana . Yelah , musim Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ni kita kena faham . Kurangkan pergerakan dan sebenarnya lebih memudahkan terutamanya suri rumah .
Sesekali para suami bagi la peluang pada isteri ‘tutup dapur’ kan !!
Banyak pulak Sal membebel , hehehe sebab dah lama sangat ‘bersarang’ pada yang perasan la. Tapi lepas ni Sal cuba aktif balik ya . Almaklum la .. kita ni ‘backliners’ .
Korang try la order Jim’s Porridge bubur nasi berlauk sedap banyak pilihan pulak tu sebab sekarang ni ada Ramadan Combo . Berbaloi sangat diskaun yang diberi .. grab sebelum terlewat . 15% discount dari total harga untuk setiap pembelian minima 3 unit mana-mana Bubur Berlauk Set.

Korang boleh jugak mix & match bubur korang tu masa order . Ikut la nak order bubur dan pilih lauk lauk mengikut kesukaan korang !! Harga hanya bermula serendah RM6 dan ada 12 jenis lauk yang boleh korang pilih dan mix n match.
Jim’s Porridge Bubur Nasi Berlauk Sedap Banyak Pilihan Dan Boleh Mix & Match
Meh kita tengok list apa yang Jim’s Porridge offer supaya korang jelas nak order nanti .. nanti risau tersalah pilih dah tak happy nak berbuka puasa .
Bubur Berlauk Mix & Match
Basic Bubur (RM 6)- ayam / daging . Add On Ingredient – RM 1 / scoop (satu scoop lebih kurang 1 sudu biasa penuh)
>> Ikan Masin Lobak Manis
>> Sotong Lobak Manis
>> Lala lobak Manis
>> Sambal Paru
>> Kerepek Peria
>> Udang Goreng Rangup
>> Tempe goreng
>> Halia goreng
>> Telur Masin
>> Kacang
>> Ikan Bilis
>> Kentang Goreng
Harga yang tertera tak termasuk delivery charge dan masa korang order guna ODDLE akan tertera charge . Tak la mahal sangat dan berbaloi !
BACA JUGA: Kek Coklat Moist Kukus Resipi Mudah Confirm Jadi
Untuk packaging korang jangan la risau sebab lauk dan bubur diasingkan . Seandainya penghantaran awal pun , korang still boleh lagi panaskan dalam microwave dan rasa still kick lagi . Jangan pulak masukkan lauk sekali dan panaskan . Pada Sal lauk ok je dan tak perlu panaskan sebab bila korang masuk kat bubur tu nanti akan panas jugak kan ?

Untuk order korang terus klik : https://jimsporridge.oddle.me/en_MY dan area penghantaran adalah sekitar Selayang , Gombak , Wangsa Maju , Setapak , Setiawangsa dan Keramat . Korang ada option sama ada nak buat tempahan atau korang boleh singgah sendiri Ramadhan kiosk Jim’s Porridge di Busana Mara.
Waktu tempahan setiap hari Isnin hingga Ahad bermula jam 11am – 4pm . Luar daripada waktu ni, korang akan dapat keesokan harinya . Nak makan harini untuk berbuka sila cepat ya . Jim’s Porridge ni jugak jenama bubur berlauk tempatan 100% halal buatan bumiputera Malaysia. Tak rugi korang try sambil kita sokong para peniaga di musim PKPB ni .
Untuk butiran lanjut korang boleh layari webstore Jim;s Porridge di sini:-
https://jimsporridge.oddle.me/en_MY
FB: Jim’s Porridge
IG: @jimsporridge


sedap nmpknya Jim’s Porridge Bubur Nasi Berlauk ni..bole la order utk berbuka puasa nanti
Memang suka bubur nasi ni. Ada yang kata bubur nasi ni makanan orang sakit tapi kena ingat kat kelantan dan terengganu pun makan bubur tapi mereka panggil nasi air. Sedap. Kalau la dapat makan ni memang saya suka. Kena tengok juga Jim’s Porridge ni.
Semua set nampak sedap. Baca artikel ni pula masa tengah posa pada jam 3 petang. Betul-betul dugaan. Salam Ramadan Sal.
bulan puasa ni belum ada lagi menu bubur berlauk ni. sedapnya susah nak cari area sini. boleh la beli online je nanti
Nasi bubur Jim’s Porridge nie nampak yummy sgt. Insya’Allah after PKP nie boley la try. Thank you for sharing your review.
Nak kena order jugak ni.. 1st week puasa memang mencati je bubur untuk anak teruna makan lunch.. ada ternampak jim’s porridge tapi tak tergerak pula nak order… aduhhh this time kena la order
Wah!!! Bekas bubur tu pun dah besar muka dah… memang seriously berbaloi… saya peminat setia bubur nasi… dulu masa study kat Penang, dok rajin la order moi… moi ni lebih kurang macam bubur nasi cumanya dia ada banyak lauk… nanti bolehlah cuba Jim’s Porridge ni… nampak sedap bebeno…
Memang sedap.. Nad dh rasa.. Ingat portion kecik, rupanya besar.. Puas hati makan.. Kenyang lepas berbuka. Lepas ni boleh order lagi.. Macam2 lauk dia ada
Penuh sebekas ek bubur dan lauknya, makan semangkuk mau kenyang juga kannn..napelah yang sedap-sedap macam ni takde kat Johor…
Pehhhh sedapnya siap ada banyak lauk. Makan bubur dgn lauk memang sedap tau. Lagi dapat sambal paru pehhh
Tak pernah rasa lagi bubur ni, rasa macam nak cuba lak.. dia punya topping penuh… hee mesti sedap kan.. tiba tiba teringat menu bubur di hotel bila tengok bubur ni hee
Sedapp tetiba nak makan bubur nasi dengan telur masin.