Assalamualaikum dan Salam Syawal 1443H . Dalam kita meraikan kemeriahan Aidilfitri ni kan , takleh nak terlalu seronok sangat sebab tak habis lagi penyakit COVID-19 .. kena berjaga dengan jangkitan HFMD yang selalu menyerang kanak kanak
Jangkitan HFMD Dengan Orang Dewasa
Mulanya Sal mcam tak kisah sangat sampai geng satu office cakap anak dia macam ada tanda jangkitan HFMD . Aarghhh sudah .. penyakit berjangkit ni takleh pandang ringan sangat . So .. kita mintak la member tu cuti sebqab dia pun nak pantau keadaan anak dia
Dan , mula kepala otak ni ligat fikir … HFMD ni jangkit kat orang dewasa ke ek ??? terus check tanya kengkawan , sampai la jumpa artikel akhbar SINAR . So memang kena berhati hati sebab segala kemungkinan boleh berlaku . Kena extra lebih part penjagaan kebersihan di sekeliling kita

Sebab tu kalau korang tengok .. Kementerian Kesihatan tak henti-henti sebar promosi Kempen Kesihatan . Nak alertkan insan yang bergelar manusia ni bukan mudah . Ko pesan banyak kali pun ada je golongan yang buat tak reti . So janganla kita tergolong dalam tu kan !!
Penyakit Tangan , Kaki dan Mulut (HFMD)
Penyakit Tangan , Kaki dan Mulut atau HFMD ni bila jangkit pada anak , kita boleh nampak bintik atau lepuhan di mulut , tapak tangan , jari-jari tangan dan tapak kaki . Ianya terjadi disebabkan oleh virus enterovirus . Virus yang biasanya menyerang adalah coxsackievirus A16.

Siapa yang mudah dijangkiti
Kebiasaanya berjangkit kepada golongan kanak kanak berumur 10 tahun ke bawah . Tapi , jangan terkejut bila ada golongan dewasa kena gak HFMD ni . Sal yang dengar dan baca pun terkejut gak . Ingat kanak kanak je
Sekarang ni kes berjangkit agak membimbangkan . Sesiapa je tak kira peringkat umur boleh dijangkiti tapi kanak kanak yang berusia di bawah lima tahun paling mudah kena HFMD
So korang .. jangan ambil mudah dengan penyakit HFMD sebab boleh mendatangkan kesan yang lebih teruk . Berhati-hati tak kira di mana berada dan paling penting jaga kebersihan . Jangan lupa share maklumat tentang HFMD supaya orang keliling kita aware
BACA LANJUT: SUSU IBU ELAK PENYAKIT PADA BAYI
Cara Rawatan Jangkitan HFMD
Tiada rawatan yang khusus setakat ini
- Ubat demam (Paracetamol) digunakan untuk mengurangkan demam
- Air garam digunakan untuk berkumur. Bancuhan: ½ sudu teh garam untuk segelas air suam sekiranya kanak-kanak tersebut boleh berkumur
- Pastikan kanak-kanak minum air yang secukupnya
- Produk tenusu yang sejuk dan aiskrim juga boleh diberi

