Assalamualaikum dan Salam Zulkaedah 1442H . Bulan Syawal dah pun berakhir. Dah settle ke puasa enam korang ? Pada yang sempat .. Alhamdulillah . Yang belum , mungkin tiada rezeki atau ada asbab yang tertentu . Teringat pulak Sal masa awal raya tempoh hari . Bukan apa , part menu tu macam macam hidangan kan . Berat la ni pun bila timbang .. bukan main naik . Risau jugak sebab ada member yang sampai kena darah tinggi . Cakap pasal darah tinggi ni , Sal nak share sikit tentang hipertensi ‘silent killer paling bahaya .
Sejauh Mana Kebenaran Hipertensi ‘Silent Killer’ Paling Bahaya
Rupanya kan , hipertensi atau lebih dikenal sebagai tekanan darah tinggi paling mudah mendekati diri kita sekiranya gaya hidup tak dikawal . Darah tinggi boleh menyebabkan serangan jantung , strok dan kerosakan pada pembuluh darah dalam badan . Penyakit ni jugak antara penyakit yang paling senyap dan boleh membawa maut sekiranya kita tak ambil endah tentang penjagaan kesihatan .
Sal nak tanya sikit , korang rasa tekanan darah korang ok ke ? Berada di tahap yang normal ?
Hipertensi ni adalah tekanan darah tinggi yang mana ianya meningkat pada paras yang tidak normal dan agak lama keadaan tu berlaku . Jadinya korang kena ukur tekanan darah secara rutin supaya tekanan darah tu berada pada tahap normal . Tak rendah atau sebaliknya .
Bagi golongan dewasa , ukuran tekanan darah tinggi yang mengalami hipertensi adalah 140 (sistolik)/90 (distolik)mmHG . Parameter ni penting sangat untuk kita tahu tekanan sistolik dan distolik .
Sistolik – Tekanan pada masa jantung menguncup
Distolik – Tekanan darah ketika jantung dalam keadaan rilek

Tekanan darah normal adalah antara 120/80 hingga 140/90 . Seandainya nilai bacaan tekanan darah melebihi paras ni .. itu tandanya korang kena berhati hati sebab dah ada hipertensi dalam diri .
BACA JUGA: Kesihatan Diri Perlu Dijaga
Ada 2 Jenis Hipertensi
Hipertensi PRIMER/ESENSIAL (90 – 98%) : Biasanya dipengaruhi oleh faktor genetik atau keturunan dan gaya hidup .
Hipertensi SEKUNDER (2 – 10%) : Boleh berlaku secara tiba tiba sehingga tekanan darah lebih tinggi daripada hipertensi primer . Boleh disembuhkan dan dirawat dengan mengubah gaya hidup yang sihat .

Korang jangan tunggu sakit baru nak jumpa doktor ya ! Lakukan pemeriksaan dengan pakar sekurang kurangnya setahun sekali untuk pastikan tahap kesihatan korang berada dalam keadaan baik .
Mencegah lebih baik dari merawat .. ingat tu


hypertension ni memang silent killer. my mom kena stroke dua tahun lepas. bacan waktu tu 230. alhamdullilah skrg dah ok. around 124 -135 shj. jaga pemakanan, elak garam dan MSG.
Saya kadang2 hypo. Tapi tak teruk la. Mmg sy cuba kekalkan di paras normal sbb nk derma darah.
Ye betul. Hypertension nie bahaya sebab ianya menjangkit ke bahagian lain dan mengaruh penyakit lain pula kan. Terima kasih berkongsi ilmu kesihatan ini, insyaAllah ramai akan mendapat manfaatnya
kebetulan, 2 kali tekanan darah aida mencanak naik! 1st time, doc beri ubat and MC je. 2nd time (6 months after the 1st) doc suruh dtg 3 hari berturut-turut utk pantau. luckily the 2nd and 3rd day bacaan ok. so, buat medical check up, semua ok. so, doc buat kesimpulan masa tu aida stress kot.
tak makan ubat. doc suruh jaga makan, bersenam.
risau! now memang jaga tiap hari. beli smart watch yg boleh baca tekanan darah and oksigen level. so far so good la. maybe sebab WFH, stress tu takde.
kena pantau kesihatan, kan. silent killer gini memang takkan kasik warning byk! scary!
Alhamdulillah, saya setakat ini tiada lagi hypertension ni. Kalau stress tu memang selalu, tapi saya selalu positif je. Terima kasih juga atas info ni ye 🙂
wow memang bahaya. baru tau ada 2 jenis. thanks sharing. dapat ilmu baru
Hipertensi ni memang kesan dia jangkamasa panjang dan bahaya. Sebab tu kena kawal. Kalau tak kawal dia efek dalaman sebenarnya.
Dulu i memang active taw zaman university tapi sejak masuk kerja, i dah start develop high blood pressure! tapi memang ada history and part of the genetic too.. sebab my parents both ada juga,… but kena kawal lorh..
Arwah ayah marina dulu penyakit 3 serangkai. Tapi dia meninggal bukan penyakit 3 serangkai ni. Penyakit lain. Pemakanan memang kena jaga
Ya Allah Sis lah orangnya pernah kena hipertnsi ni, pestime badan kejang dan tak boleh gerak.. pi hospital then baru tau kena hipertensi.. syukurlah tidak stroke dan dapat di selamatkan..
saya tak pernah lagi kena hipertensi ni .bahaya juga kalau hipertensi boleh jadi silent killer kan. maknanya kita kena selalu kawal diri ke?
Dah la tengah baca sambil kunyah biskut raya. Terus seram haha. Btw baru tahu ada 2 jenis. Tq share. Ajomlah buat checkup
Hipertensi memang Silent Killer. camni kalau dah kena sekali. Harus berjaga-jaga. Sebelum kena consume ubat hospital. Maka, kita kena tahu camana mengawal Hipertensi. Sejak work from home memang mudah kena Hipertensi. Dengan kerja berlambak. PdPR sekolah anak. Kerja ibuk ibuk di rumah lg. Campur semua manusia dalam rumah bingit. Adoiiiiii. Tarik nafas dan hembus. Istighfar banyak-banyak. Kita kena silent treatment. Kalau tak, mau strok plak karang. Takut kan kak.
Saya selaku kalau oening tu hypotension… So kena la cari n makan benda2 masin skit kalau pening2 time tu… Tu kalau teruk sgt la kan
we should always check our inner self if we are ok onot. Seek help when needed before its too late
Betul sis, time PKP ni memang semua akan stress dan emo therefore hypentension also easy to attack.
this is so informative helpful, learnt so much about hypertension now, thanks so much.
cheers, siennylovesdrawing
Tq for the reminder ya Sal, family saya ada penyakit ni (keturunan) so memang kena amalkan gaya hidup sihat kalau boleh. Seram bila darah naik, kena banyak bergantung kepada ubat once terkan penyakit ni, Nauzubillah. Semoga kita semua dilindungi Allah daripada sebarang penyakit berbahaya.
Ok baiklah , ambik maklum dengan keadaan ini. Banyak dah baca yang hipertensi ni antara pembunuh senyap manusia. Paling penting kena jaga ialah jangan stress. Stress adalah kunci kepada semua penyakit menjadi lebih teruk. So belajarlah untuk tangani stress dengan baik.
Semenjak berkurung dalam rumah ni, badan pun rasa macam naik. Agak agak ada risiko tak seperti kat atas. Selalunya pergi kebun sekarang ni duduk rumah ada sedikit risau dengan kesihatan…kena kawal pemakanan.
……………..
filem10minit.blogspot.com
Filem Seram Pendek