Dalam tak diam kita dah menghampiri pertengahan Ramadan kan ? Bulan yang harus dimanfaatkan dengan sebaik mungkin . Bulan Ramadan , antara bulan yang amat istimewa dan penuh bermakna . Kerana apa ? Seandainya Jumaat itu merupakan penghulu segala hari , berlainan dengan Ramadan yang merupakan penghulu segala bulan . Terlalu banyak keistimewaan Ramadan yang perlu kita rebutkan dan gandaan pahala yang diperolehi tidak akan sama jika dilakukan pada bulan Islam yang lain. Boleh ke kita berpuasa dan solat tarawih pada bulan yang lain ? Dan kali ini Sal nak sharing gak dengan korang tentang tanggungjawab menyucikan harta melalui pembayaran zakat di mana korang boleh bayar zakat fitrah online menggunakan Maybank2u .

Kepentingan Bersedekah di Bulan Ramadan I Bayar Zakat Fitrah Online Menggunakan Maybank2u

Sebelum tu meh kita refresh balik tentang kepentingan bersedekah . Jujur Sal katakan .. tak rugi sebenarnya bila kita perbanyakkan amalan bersedekah di bulan Ramadan . Bersedekahlah setiap hari pada bulan Ramadan .. besar pahalanya kerana kelebihan , keberkatan dan kemuliaan bulan Ramadan itu sendiri . Individu yang bersedekah di bulan puasa akan dicurahkan rahmat oleh Allah SWT, dijauhkan dari azab neraka , didekatkan syurga dan dijauhkan dari bala bencana.
Sabda Nabi yang bermaksud :
“Sedekah itu adalah sesuatu yang paling besar (diulangi oleh baginda sebanyak 3 kali)” al-Hadith.
Hadith daripada Abu Hurairah ra. katanya, “Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Jangan kamu tolak orang yang meminta walaupun dia kafir”. Kata seorang sahabat; “Ya Rasulullah bahwa kami bersedekah dengan sesuatu dari harta kami kepada orang kafir?‘ Jawab nabi : “Bahawa mereka adalah makhluk Allah. Sebenarnya sedekah itu jatuh pada tangan kudrat Tuhan yang Rahman”.
Kata ulama , sedekah itu mengandungi 10 kepujian. 5 di Dunia dan 5 di Akhirat iaitu
- Menyucikan harta
- Menolak bala’ dan penyakit
- Menggembirakan orang miskin dan menggembirakan orang mukmin adalah semulia-mulia amal
- Berkat hartanya dan diluaskan Allah rezekinya
di Akhirat pula :
- Dinaungkan Allah orang yang bersedekah di hari kiamat ketika sangat panas
- ringan hisabnya
- berat timbangan amalannya di akhirat
- mudah melalui titian siratul mustakim
- bertambah darjatnya di dalam syurga
Pembayaran Zakat Fitrat Mengikut Harga Beras
Korang tahu tak sebenarnya berapa jumlah Zakat Fitrah yang perlu dibayar ? Sebenarnya, Zakat Fitrah yang dibayara dalah mengikut harga beras yang kita makan . Mudah je sifirnya kan ?
Meh nak share sikit info lanjut .. korang hadam tau . hehehe
Bayaran Zakat Fitrah – RM7 Seorang
Beras Super Special Tempatan 5%
Bayaran Zakat Fitrah – RM14 Seorang
Beras Perang
Beras Putih Import
Beras Ponni
Beras Wangi
Beras Pulut
Bayaran Zakat Fitrah – RM21 Seorang
Beras Basmathi
Beras Jepun
Beras Merah
Faham sudah ? Kalau korang tak pasti , bila kita bayar guna aplikasi Go Payz .. dekat situ korang boleh pilih jenis beras yang dimakan dan masukkan sekali jumlah orang . Jangn lupa pilih nilai zakat , baca akad dan buat bayaran , Ni jugak antara pilihan aplikasi yang ada untuk mempermudahkan korang bayar Zakat Fitrah . Hanya di hujung jari je !!
Konsep Zakat Cashless Bersama Maybank2u
So berbalik kepada pembayaran zakat tadi .. korang jangan la pandang remeh tentang tanggungjawab ni ya . Bila diimbas kembali , Lembaga Zakat Selangor atau LZS dan lama sebenarnya memperkenalkan saluran pembayaran zakat melalui konsep ‘Cashless’ . Dari 2016 lagi pihak LZS yang merupakan institusi zakat pertama di Malaysia dah mempermudahkan urusan masyarakat Islam dalam pembayaran zakat . Seandainya urusan telah dipermudahkan .. better grab sebab sikap bertangguh ni kadang menjadi asbab untuk kita terlupa . Rugi sebenarnya .

Kemudian , ianya dipertingkatkan lagi dari semasa ke semasa dan semestinya pihak LZS sentiasa mencari kaedah yang terbaik supaya dapat mengoptimumkan kaedah pembayaran zakat fitrah secara dalam talian bagi memudahkan pembayar menunaikan kewajipan dengan lebih pantas dan selamat .
Di zaman situasi pandemik ni , sebagai pembayar zakat kita mesti cari pendekatan yang terbaik dalam melunaskan pembayaran zakat . Lebih baik kita memilih untuk melunaskan zakat fitrah yang hanya dilaksanakan di hujung jari sahaja . Mudah kan ?? Tak perlu nak keluar rumah atau bersesak di kaunter pembayaran . Dalam masa yang sama dapat menghindari diri dari risiko jangkitan COVID-19 .
Mungkin ada yang akan tertanya …
“Adakah sah berzakat menerusi dalam talian ??”
Melalui pembacaan Sal , zakat seseorang sah di sisi syariat selagi mana berlaku dua perkara ni iaitu niat berzakat dan pemindahan harta zakat.
So , makna kata apabila seseorang individu itu berzakat menerusi medium seperti secara internet banking , niat sudah berlaku dan pemindahan pegangan harta (wang) juga telah berlaku. Maka, sahlah zakat tersebut. Hukum berzakat dengan cara ini adalah harus .
Sebenarnya dengan adanya teknologi dan inovasi baru di zaman ini , banyak membantu kita melaksanakan ibadah agar menjadi lebih mudah , seperti dalam firmannya:
“Allah mengkehendaki kemudahan bagi kamu, dan tidak mengkehendaki kesukaran bagi kamu,” – (al-Baqarah: 185).
Islam adalah agama yang meraikan perubahan … ia adalah manifestasi fleksibeliti dalam Islam . Dan jangan kerana dek kesibukan menjadi alasan tak dapat nak melunaskan tuntutan Rukun Islan ketiga ini ya .

Norma baharu sekarang ni banyak dah mengubah gaya hidup seharian kita . So sekarang ni ada baiknya kita pilih transaksi tanpa tunai untuk kurangkan risiko jangkitan pandemik COVID-19 . Meh Sal nak share cara nak bayar zakat melalui Maybank2u . Nak guna apps pun boleh tapis Sal lebih suka gunakan laptop . Mudah dan lebih jelas .
BACA JUGA : Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Zakat KWSP
1. Langkah yang pertama , korang layari portal Maybank2u dan login akaun macam biasa .
2. Sampai laman utama korang click di ruangan atas kanan Pay & Transfer

3. Sampai laman seterusnya , korang type keywords Zakat dan pilih LZS

4. Lepas tu akan keluar pop-up seperti gambar di bawah pilih la zakat fitrah

5. Akhir sekali bayar macam biasa . Mudah je kan ?
Untuk lafaz zakat , ramai yang terkeliru sama ada lafaz niat dan lafaz terima tu satu kewajipan . Sebabnya zakat merupakan ibadah wajib yang tidak mensyariatkan akad sebagai syarat sah . Maka , hukum akad dalam amalan zakat adalah sunat sahaja .
Syarat Wajib Menunaikan Zakat I Bayar Zakat Fitrah Online Menggunakan Maybank2u
1. Islam
2. Merdeka (Bukan hamba)
3. Milik sempurna – Harta mestilah dimiliki sepenuhnya dan dapat digunakan pada masa yang dikehendaki tanpa terikat dengan kebenaran dari orang lain.
4. Cukup Nisab – Nisab ialah kadar minima yang ditetapkan Syarak untuk mewajibkan zakat.
5. Cukup Haul – Haul ialah berlalu tempoh setahun (12 bulan) harta dimiliki. Apabila genap setahun harta dimiliki , baru diwajibkan zakat.
Bagi mereka yang tinggal di Selangor , Operasi Cawangan Lembaga Zakat Selangor Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sepanjang bulan Ramadan 1442H/2021M seperti yang dipaparkan . Demi keselamatan bersama , kita patuh pada SOP yang digariskan ketika berurusan di cawangan-cawangan kami . Nak mudah kita Maybank2u sahaja !!

Zakat Cashless Sepanjang Ramadan

So lepas ni jangan pening pening ya !! Sambil kita buat transaksi pembayaran zakat melalui Maybank2u … korang akan berpeluang memenangi hadiah menarik dan bermanfaat dengan jumlah keseluruhan bernilai RM15,000 bersempena dengan Kempen – PAY MSART , STAY SMART . Mana tau tuah menyebelahi kan . Info lanjut mengenai Zakat Cashless LZS boleh diperolehi di laman rasmi LZS dan untuk borang atau form , boleh RUJUK >>> Jom Zakat Cashless 2021

Seandainya korang ada kemusykilan mengenai urusan Zakat , sila layari :
Laman Web Lembaga Zakat Selangor:
https://www.zakatselangor.com.my/
Alamat Lembaga Zakat Selangor:
Bangunan Zakat Selangor,
3-01-1, Presint ALAMi, Pusat Perniagaan Worldwide 2,
Persiaran Akuatik, Seksyen 13, 40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
Talian Zakat Selangor:
1-300-88-4343
(9:00 pagi hingga 4:00 petang)
Email:
maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my


wah mudah kan zaman sekarang ni semuanya hanya di hujung jari. selamat dan pantas.
Tak susah sekarang ni nak bayar zakat kan.. Semua dihujung jari..
Zakat adalah kewajipan. So dengan adanya cara bayar online memang bagus memudahkan lagi urusan kita menunaikan zakat. Bagus zakat selangor!
Senang Sal , akak pun bayar zakat guna online kat maybank2u jer. Lagilah dengan siatuasi kita yang kena kurangkan sentuhan so cara ini sangat sesuai. Kita gunakan kemudahan teknologi dengan sebaiknya.
thank you share! kebetulan minggu depan dapat gaji khai pun nak bayar zakat guna onlline. mudah , jimat masa dan yang paling penting keselamatan dari covid terjaga
Sekarang ni siapa bagi alasan terlupa atau tak sempat bayar zakat memang dia sebenarnya pemalas kerana macam platform dah ada untuk bayar zakat ni lebih cepat dan mudah serta tanpa sentuhan yang penting berkah…
Semacam tahun lepas, Rawlins memang akan bayar zakat online sebab covid kan. Walaupun lebih suka secara bersemuka tetapi sebab nak landaikan lengkungan tu, kita redha dengan online.
senang bila dah boleh bayar zakat atas talian ni…mmg sangat praktikal
Alhamdulilah semuanya memudahkan. Suami pun bayar guna online juga.. awal puasa dah selesai dah semua..
Big fan of Maybank, they really make life easy for us, I manage my funds there too.
Dulu masa bujang, Ruby bayarkan zakat parent dan adik-adik cara fpx maybank2u juga. Mudah, transfer duit dan baca akad. Siap. Tak perlu cari Amil kt mall. Kadang segan kan tengah org lalu lalang nak akad zakat. Dulu laaa. Mudaaaa malu malu kucing. Hehehe.
Baguskan ada sistem bayaran secara online mcm ni… Lebih senang kan! If jarang keluar dari rumah, boleh guna Maybank2u saja
Sejak vovid srgala urusan melalui online, lebih mudah, cepat dan selamat
Bagus sangat kan, lagi-lagi waktu pandemik ni memnag kurnagakn jumpa orang atau pergi keluar. Senang bay ronline, cashless dan cepat. Pasti sah
Yess, saya dah a few years juga bayar online. Sekarang senang, semua di hujung jari.
wah menarik ni boleh bayar dari maybank2u je.. tapi biasa iena bayar dekat portal zakat tu sebab senang ade rocrd pembayaran zakat fitrah dan zakat pendapatan iena. Mudah nak refer.
Husband haritu pun bayar online. Mudah sangat boleh bayar online, especially musim pandemik ni.
Mudahnya sekarang ni. Bayar guna online banking je mcm maybank2u. Dpt kurang keberjangkitan covid ni.
Lebih senang kan tak perlu bersusah payah untuk ke tempat-tempat lain. Terus bayar zakat melalui bank saje. 🙂
Lagi senang bayar zakat dengan Maybank2u je. so tak perlu la beratur panjang nak bayar Zakat lepas ni.