Assalamualaikum dan Salam Syawal 1442H . Dah sampai hujung Aidilfitri bagi tahun 2021 . Cepat betul kan masa berlalu dan hampir tak terasa dek kerana terlalu memikirkan banyak perkara . Pelbagai hal yang berlaku termasuk urusan kerja , pembelajaran anak anak dan urusan dapur . Part dapur paling ketara sebab memang tak menyempat sangat nak jengah . Sampai la anak bujang request suh buat kuih favorite dia – seri muka resipi mudah sukatan cawan .

Sejujurnya bila weekdays memang tak sempat Sal nak masuk dapur . Masak lauk simple pun kadang tu bercinta . Dah penat koje .. balik rumah memang lemau . Tapi ku laratkan jugak diri untuk mengemas rumah . Time anak anak tak sekolah ni faham je la , macam nak terbalik dibuatnya .
Mudah Je Nak Buat Kuih Seri Muka Resipi Mudah Sukatan Cawan
Mak anak semua hero sure faham situasi Sal . Tapi kadang tu bila anak anak dah request .. tak sampai hati pulak kan . Dan setiap resipi yang Sal dah try , Sal akan simpan ketat dalam blog ni untuk rujukan akan datang . Dulu gigih gak print tapi asyik hilang je .
Zaman dah canggih , kita main click je la . Mudah dan cepat . Sambil buat kuih tu boleh gak la dengar SYOK – Radio Sinar . Nak senang .. korang install je Apps . Taklah sunyi sangat dapur kan . Bila umur makin meningkat ni .. kita layan la lagu lagu lama . hehehhe
BACA JUGA: Resepi Kuih Apam Mudah
Mehla nak share sikit resipi kuih seri muka sukatan cawan . Kalau anak anak suka makan .. better buat tapi kadang Sal ni datang penyakit ‘malas’ beli jugak . Cuma bila ada long weeekend , kita buat la demi anak anak kan .
Bahan Dan Cara Buat Seri Muka Resipi Mudah Sukatan Cawan
BAHAN LAPISAN BAWAH :
3 cawan beras pulut (direndam 1 jam)
2 kotak santan kotak (brand kara)
2 sudu teh minyak masak
1 sudu kecil garam


CARA BUAT :
- Angkat rendaman pulut tadi dan toskan hingga kering . Sambil tu siapkan loyang yang disapukan dengan sedikit minyak masak di sekeliling loyang . Satukan bahan bahan tadi ke dalam loyang dan kemudian gaul sebati .
- Masukkan ke dalam pengukus yang telah mendidih air kukusan (30 minit) . Masa tengah masak pulut tu boleh la kacau sekali sekala . Buat gini supaya pulut masak sekata .
- Lepas pulut masak , tekan dan mampatkan dalam loyang sebab kita nak lapiskan dengan lapisan atas nanti .
BAHAN LAPISAN ATAS :
2 cawan santan pekat atau 2 kotak santan kara
3-4 helai daun pandan , dikisar dengan 150ml air
1 1/2 sudu besar tepung jagung
3/4 cawan gula pasir
1 biji telur ayam
1 cawan tepung gandum
sedikit garam
pewarna hijau
CARA BUAT :
- Campurkan tepung gandum , tepung jagung , telur , santan , garam dan gula dalam bekas yang sesuai . Kacau hingga sebati . Masukkan air daun pandan tadi dans edikit pewarna hijau . Kacau rata menggunakan whisker . Kalau rasa pekat , tambah sikit air .. jangan banyak sangat ya .
- Lepas tu , tapis adunan supaya bintilan tepung tak termasuk masa kukus . Tuangkan atas pulut yang dah terletak dalam loyang . Jangan lupa lorekkan sikit atas pulut tu dengan garfu . Memang Sal amalkan bila buat seri muka , supaya lapisan atas dan bawah melekat .
- Masa nak tuang adunan atas ni , Sal tuangkan perlahan melalui sudu .. baru adunan turun ke permukaan pulut sebab nak kasi sekata .
- Kukus selama 45 minit atau sehingga masak . Jangan lupa tutup periuk kukusan supaya air kukusan tak menitik atas kuih . Nanti tak cantik pulak permukaan kuih .

Sal kerap juga bukak penutup kukus sebab nak elak wap kukusan menitik . Kalau nampak macam basah je permukaan kuih .. bukak je dulu penutup kukus tu . Bila dah agak kering , tutup balik . Kena rajin sikit part tunggu lapisan atas siap . Cucuk dengan lidi kalau nak tahu dah masak ke belum . Seandainya tak melekat , tu tandanya lapisan atas dah masak.
Masa memula kukus tu kan , bukak api dapur gas tu kuat dalam 10 minit . Bila dah nampak permukaan menggelembung , buka penutup dulu sampai permukaan menggelembung turun, baru tutup semula .
Untuk 5 minit terakhir pulak , buka penutup pengukus dan kukus tanpa penutup untuk mengeringkan air di permukaan kuih . Sal follow tips KaK Azie Kitchen .
Bila dah betul betul sejuk , baru potong kuih seri muka . Kat rumah Sal kadang tu tak sempat nak sejuk dek penangan anak anak yang tak sabar .

Korang follow la resipi ni ..
Confirm Jadi , Buat Berkali


Sedapnya kak sa buat, ya Allah dah lama x mkn kuih ni. Tapi juju nak buat versi sihat sikit sbb tgh jaga berat ni…tq kak kasi resipi sukatan cawan. Kena beli pulut la ni hehe
menarik boleh try nnt