Salam Jumaat – Moga rakan rakan di alam maya senantiasa dikurniakan kesihatan baik yang berpanjangan oleh Allah SWT . Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin . Korang , Sal nak tanya sikit .. pernah rasa tak tetiba jadi malas , takde mood especially nak update entri blog ?? Masa Jumaat minggu lepas tu kan , ntah napela rasa gitu . Lemah selemahnya walhal baru je up entri hari Rabu setelah sekian lama Sal dok menyepi
Salam Jumaat Penghulu Segala Hari
Bila hati tak keruan , Sal akan duduk diam diam sambil mencari kekuatan . Rasanya korang pun pernah rasa macam tu kan . Bukan dibuat buat ok .. ke bagi yang berkerjaya , hari Jumaat tu kira cam penutup la setelah bertungkus lumus perah otak sejak dari hari Isnin . Tu firasat Sal sendiri la

Kebiasaanya , permulaan hari iaitu Hari Isnin dipanggil Monday Blues pulak kan . Tapi yang sebenarnya terpulang pada individu tu sendiri . Jika seseorang itu bijak dan melihat sesuatu yang akan atau telah berlaku itu secara positif , maka positiflah ia dan jika sebaliknya . Haaaa , berbalik pada diri Sal tadi sejenis yang tak akan duduk diam

Makanya , di Jumaat yang penuh barokah Sal cuba mencari kekautan dan semangat ntah ke mana menghilangnya . Nak kata masa tu mencemburui nak buat semua perkara tak sempat , haaiiissshh tak mungkin la sebab masa tu kita yang susun . Ye memang la pepatah tu sentiasa bermain di segenap pelusuk ruang diri ini
Masa Itu Emas – Masa itu sangat berharga
-Peribahasa-
Zikir Jumaat Tenangkan Diri – Salam Jumaat
Pada DIA sebenarnya perlu kita kembali .. walau sesibuk mana sekalipun . Pesanan seseorang pada Sal tak pernah dilupakan . DIA ada dan jangan sesekali kau merasa yang hidupmu hanya bersendirian .
Zikir harian pada hari Jumaat sangat
يا الله. (1000 kali)
Ya Allah – Maksudnya: “Ya Allah.”
Perbanyakkanlah berselawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW . Semoga Allah SWT merahmati segala urusan seharian kita dan kita peroleh syafaat yang berlipat ganda . Aamiin YRA
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ
Jika kau rasa semua benda kau nak buat tak sempat … kau yang terpaling sibuk , mana stau nak didahulukan . Kiri ?? kanan ?? depan ?? belakang ?? atas ?? bawah ?? Sabar . Tenanglah wahai sahabat sebab itu semua permainan minda semata . Asal tanya je … yeeaaaa aku tengah sibuk ni walhal tengah buat ape je tu kan !! Ni patut yang dilakukan …
TARIK NAFAS .. RELAKS SEKETIKA ..
Haaa .. tak caya try buat sebab lepas je Sal dapat kata kata azimat ni dari seorang kenalan yang agak rapat , Sal try . Ko akan rasa chill , terfikir balik dan terus rasa cam ” eh ngko dah kenapa Sal ??? ” Masa ni bila kita susun atur sebenarnya ok je . Buat mana yang penting dulu . Jangan fikir kiri , buat kanan
Bila jiwa tenang , kepala pun rasa ringan je .. banyak kerjaan yang boleh diselesaikan satu persatu . Fenomena emosi ni yang perlu kita tangani dengan bijak . Alhamdulillah , Syukur Ya Allah . Dalam pada hambaMu ini merasa sedikit resah , kau hadirkan seorang hamba yang sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung
Kelebihan Amalan Zikir Pada Hari Jumaat
Zikir harian yang paling mudah adalah zikir pada hari Jumaat . Bertasbih , bertahmid , bertakbir , berselawat dan berdoa la kepada Allah SWT selagi mampu . Basahkan lidahmu sebagai hamba senantiasa kepadaNYA . Sebagai umat Islam , kita perlu mengambil peluang yang ada untuk meningkatkan amalan . Banyak kelebihan atau fadilat yang tersembunyi tanpa kita sedar dalam melakukan suruhan Allah SWT
BACA JUGA: Kelebihan Puasa Sunat Bulan Rejab
Rasulullah SAW bersabda yang membawa maksud :

Zikir ni kita baca pada bila bila masa . Walau sesibuk mana sekalipun , bacalah dalam hati . Bila dah terbiasa tu nanti memang agak janggal bila tak baca . Contoh macam ada kat office ke kan , bukak je alunan zikir melalui YouTube . Smartphone pun dah jadi peneman setia dan banyak juga aplikasi zikir yang boleh kita download . Jangan lepaskan peluang dan ruang yang ada . Sal sendiri sentiasa ingatkan diri Sal
Keistimewaan Hari Jumaat
Banayak kelebihan yang ada pada Hari Jumaat khususnya untuk kaum Muslimin yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada hambaNya
- Penghulu segala hari
- Hari yang amat istimewa untuk kaum muslimin
- Terlepas dari siksaan kubur
- Hari yang mustajab untuk berdoa
- Hari kebesaran mingguan
- Hari dihapuskan segala dosa
- Mendapat ganjaran pahala yang amat mudah
- Meninggal pada hari Jumaat – ‘Husnul Khatimah’
- Hari berlakunya Kiamat
Amalan Sunnah Hari Jumaat
Amalan sunat yang boleh dilakukan pada Hari Jumaat
- Bersedekah pada hari Jumaat kerana lebih mulia berbanding hari yang lain
- Membaca Surah Al-Kahfi pada malam dan siang hari
- Berzikir dan berselawat
- Mandi sunat Jumaat termasuklah membersihkan diri , memotong kuku , menggunting misai dan mencabut bulu
- Berjalan kaki ke masjid kerana setiap langkah atau lelah itu mendapat ganjaran pahala yang besar nilainya
- Datang awal ke masjid supaya lebih tenang dan buat solat sunat tahiyatul masjid
Sesungguhnya zikir dan amalan yang kita lakukan adalah untuk diri sendiri supaya hati lebih tenang , jiwa dan fikiran akan lebih tenteram . Ketenteraman itu akan menjadikan kita lebih bijak berfikir dengan waras . Tahu beza perkara yang lebih penting untuk kita lakukan dalam urusan seharian . Semuanya saling berkaitan
Semoga Allah SWT menjadikan kita hamba hambaNya yang ikhlas dalam beribadah kepadaNYA diiringi dengan kekuatan untuk kita terus beristiqomah dalam melakukan amal soleh . Aamiin YRA
