Kebiasaannya bila musim cuti sekolah bermula , Sal dah mula berfikir tentang kelengkapan persekolahan anak anak . Sal pulak sejenis kalau boleh nak beli satu tempat je , malas nak mencari dan keluar masuk banyak kedai . Better One Stop Center sebab nak bawak semua hero sekali gus ni faham je la kan – Pusat Pakaian Hari Hari Memeriah Kelengkapan Sekolah
Beli Kelengkapan Sekolah di 109 Cawangan Pusat Pakaian Hari Hari Seluruh Malaysia – Memeriah Kelengkapan Sekolah
Pilihan Sal dan suami termasuk anak anak semestinya Pusat Pakaian Hari Hari – PPHH saban tahun . Pada Sal memang ramai yang pilih ke sini dan paling menonjol serta menjadi sebutan Ibu Ayah . Semua kelengkapan persekolahan ada dijual di sini . Buat apa nak stress pening kepala kan ?? Lagi pun mudah sangat dikunjungi sebab ia berada di mana mana (Negeri) sahaja

Bila kita bercakap tentang kelengkapan sekolah , tak kira Sekolah Rendah , Sekolah Menengah , asrama atau tidak , Pra Sekolah , Tadika , Sekolah Agama … pendek kata semua ada . Lengkap dari hujung rambut sampai ke kaki . Yang mana anak anak dilantik sebagai Pengawas Sekolah , Pengawas Pusat Sumber , Pembimbing Rakan Sebaya , uniform pelbagai color pilihan serba serbi serba lengkap di PPHH

Untuk kelengkapan uniform sekolah anak anak tahun ni , Sal memang plan nak pegi awal . Awal tak kalut la kan . Jadinya masa cuti Chinese New Year baru ni dan kebetulan long weekend , Sal bawak la anak anak ke sana . Dengan penuh harapan tak ramai orang . Sekali sampai di Cawangan PPHH TAMAN PERMATA , tuuu diaaaa , boleh tahan sesak dengan pengunjung lain
Rupanya masing masing buat persiapan awal . Dah sampai kami terus la ‘borong’ kelengkapan sekolah . Tak kan nak patah balik rumah tunggu tenang kan ? Hadap je janji hajat dapat ditunaikan . Lagipun bila buka sekolah bulan Mac nanti dah masuk bulan Ramadan . Sanggup ke nak hadap kesesakan dan keletihan korang ??
Harga Berbaloi Dan Tawar Diskaun Untuk Memeriah Kelengkapan Sekolah di Pusat Pakaian Hari Hari
Jujur Sal katakan di PPHH ni memang dari segi harga sangat berpatutan .Siap ada jualan rahmat yang korang kena alert di cawangan lokasi tertentu . Diskaun yang diberikan sebenarnya nak kurangkan beban Ibu Ayah supaya dapat buat persediaan awal terutamanya dalam kelengkapan sekolah anak anak . Tak lama dah tau , lebih kurang 2 minggu lagi anak anak dah mulakan sesi persekolahan yang baharu

Bagi yang anak ramai macam Sal memang berbaloi sangat beli kelengkapan sekolah di PPHH . Dapat jugakla jimat bila ada tawaran diskaun . Bak kata pepatah ‘alah membeli menang memakai’ . Yang mana kita boleh jimat , kita jimat !! Korang pun sedia maklum , bila buka je sesi persekolahan memang banyak jugakla nak pakai duit kan ?
Kualiti Pakaian Sekolah Setanding Jenama Terkenal
Dari segi kualiti , jangan dok risau sangat . So far selama anak anak Sal pakai baju sekolah brand JONY & JENY atau NO PROBLEM memang puas hati sangat . Siap baju atau seluar yang abang punya boleh turun pada adik adik . Takde pulak masalah dari segi color baju atau seluar cepat luntur

Oh ya , untuk yang sekolah agama KAFA/SRA tu semestinya nak kena cari kain baju kurung , sampin atau songkok kan ?? Jangan risau , pelbagai color untuk kain kurung/sampin ada dijual di PPHH . Anak tudung atau inner baju pun ada jual di sini
BACA JUGA: CUTI SEKOLAH 2023 TAKWIM SEKOLAH 2024
Bila beli awal , mudah nak cari saiz untuk anak anak . Korang setuju tak ?? Jangan beli lewat sangat sebab takut saiz habis nanti . Mak mak ni bila saiz uniform atau kasut tak jumpa untuk anak anak , mula la kemurungan ..hehee . Semua nanti serba tak kena
Bila ke PPHH ni kan yang paling Sal suka dari segi layanan jurujual . Sangat cekap dari segi layanan dan paling best rekomen saiz baju atau seluar untuk anak anak . Di sini je sebenarnya masa membeli dah jimat . Sal memang tak akan duduk lama dalam PPHH sebab nak jugakla bagi ruang pada Ibu Ayah lain nak shopping kelengkapan sekolah

Biasanya anak anak la akan rambang mata masa pilih kasut sekolah , beg sekolah , dan keperluan sampingan sekolah macam pencil case . Sal memang bagi peluang dan ruang pada anak anak untuk memilih supaya mereka lebih selesa dan bersemangat nak ke sekolah nanti
Pembelian Online di Hari-Hari Online Shop
Untuk Ibu Ayah yang ada kekangan nak ke store PPHH , jangan risau sebab boleh je beli secara online . Siap ada potongan harga 10% tau bagi yang buat pembelian secara online di Hari-Hari Online Shop sehingga 10 Mac 2024 . Please save the date !!
Jimat MASA , MINYAK KERETA & PARKING

Korang jangan ragu ragu dengan PPHH ni yang dah ditubuhkan sejak tahun 1996 dan telah mencipta satu lagenda kejayaan terbesar dalam bidang jualan runcit pakaian fesyen termasuk uniform sekolah .Paling Sal kagum adalah bermula secara kecilan , ia semakin berkembang dengan rangkaian cawangan yang kian bertambah di seluruh negara
Paling setuju dengan falsafah PPHH :
Menggalakkan para pengguna mengunjungi Gedung setiap hari sambil menjaminkan pengalaman beli-belah yang menceriakan
Melangkah masuk je kedai , korang dah diberi ucapan SELAMAT DATANG !!
Selesai membeli dan masa nak balik … TERIMA KASIH , DATANG LAGI !!

Taktik pemasaran PPHH yang mengambil hati pelanggan ini telah menjadikannya jenama yang bertaraf istimewa di kalangan pengguna . Maka tak heran la PPHH ni sentiasa menjadi tumpuan kan ??
Program Corporate Social Responsibility (CSR) PPHH bersama pun tak kurang hebatnya . Sentiasa menyantuni golongan yang kurang berkemampuan apabila dilantik menjadi panel penebusan . Mempermudahkan urusan untuk Ibu Ayah yang dapat bantuan membeli kelengkapan sekolah
Maklumat lanjut tenang PPHH , boleh diperolehi di sini :
Hari-Hari Online Store: http://ehari.com.my
Hari-Hari Shopee: http://shopee.com.my/harihari_
Hari-Hari Lazada: https://lazada.com.my/shop/hari-hari
Lokasi 109 cawangan Hari-Hari:
Best beli di sini. Lengkap semua di sini