Puding Roti Simple Buat Alas Perut – Kekadang malas nak turun cafe opis , Sal bawak bekal je . Tak kisah la ape pun janji simple dan mengenyangkan . Time rajin , saje bawak ke opis atleast boleh makan ramai ramai . Bila ramai berebut , meriah dan seronok .
Menu Simple Sarapan Pagi – Puding Roti Simple Buat Alas Perut
Dan harini Sal breakfast puding roti tanpa sirap , hehehe . Buat gitu je cuma maniskan sikit sebab malas nak bawak sirap . Bukan apa takut tumpah .
|
| kita letak kismis sebagai hiasan pembuka selera… |
Korang breakfast apa harini ?? Kalau ada resepi simple jangan segan nak share dengan Sal ya .
Meh nak kongsi resepi Puding Roti Simple …
Bahan – bahan:
- 5 atau 6 keping roti Wholemeal
- 1 tin susu krimer sejat – Carnation atau F & N
- 2 sudu teh gula pasir – boleh tambah sekiranye suka manis
- sedikit majerin – untuk disapu pd roti dan loyang pembakar
- 1/2 cawan kismis atau buah2an cumpur
Cara – cara:
- Bahagian tepi roti Wholemeal yang warna coklat dipotong dengan menggunakan gunting. Kemudian roti yg bersih tadi dipotong 4.
- Susu & gula dimasukkan ke dalam periuk & dikacau di atas api sehingga gula larut. Pastikan jangan sampai susu hangit.
- Loyang pembakar disapukan dengan marjerin supaya tidak melekat.
- Susun roti yang dipotong 4 tadi di dalam loyang pembakar menutupi bahagian bawah loyang.
- Kemudian tuangkan susu tadi di atas roti & taburkan kismis atau buah-buahan campur.
- Ulang semula proses di atas sehingga semua roti, susu & kismis atau buah-buahan campur habis.
- Bahagian tepi roti tadi, dipotong kecil dan ditaburkan di atas puding tadi. Bila sudah masak, bahagian ini akan menjadi ranggup sedikit. Kalau ada lagi kismis atau buah-buahan campur, taburkan aje.
- Masukkan loyang ke dalam oven & bakar sehingga masak.
- Sedap dimakan semasa panas
Selamat Mencuba !!


