Percutian Menarik Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah – Baru ni Sal berkesempatan ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan , Kuala Gandah, di Temerloh, Pahang. Unplanned sebenarnya , dan tujuan ke Temerloh untuk melawat baby . Kebetulan dah ada di sana , terus bawak anak anak singgah tengok pusat konservasi gajah .
Percutian Menarik Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah

Punya la excited anak anak bila Mr Hubby kata nak bawak tengok gajah . Dan Sal sendiri pun tak pernah sampai lagi di Pusat Konservasi Gajah ni . Peluang yang ada kita gunakan sebaik mungkin .
Sampai je di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan , Sal kena isi form pendaftaran dan tandatangan surat pelepasan tanggungjawab . Setiap butiran pengunjung yang masuk perlu direkodkan termasuk anak anak . Tiada bayaran yang dikenakan cuma pengunjung yang masuk boleh membuat sumbangan seikhlas hati . Apa salahnya kita hulurkan sumbangan agar generasi akan datang dapat mengenali haiwan yang sesungguhnya amat mememerlukan perlindungan dan tidak pupus begitu sahaja . Lepas daftar korang akan diberi pelekat khas sebagai tanda korang adalah pelawat
Seronok betul anak anak Sal bila sampai .. heboh dok tanya mana gajah . Dari pintu masuk , kita kena berjalan sikit tapi tidak la jauh . Tapi dah boleh dengar suara gajah . Lucu betul sebab anak anak Sal terpinga pinga dok dengar suara gajah sambil mulut becok tanya sebab tak nampak rupa … hehehe.
Teruja Dengan Percutian Menarik Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah
Antara yang paling excited adalah Khaleef . Syok tengok gelagat dia bagi gajah makan . Di sana ada dijual makanan yang kita boleh hulur pada gajah – tebu , kacang dan pisang . Khalaf macam biasa .. antara berani dan takut tapi dia cuba untuk dekatkan diri pada gajah . Paling cute adalah anak gajah !
Adalah dalam sejam kami lepak dalam tu . Nak tunggu gajah mandi macam lambat lagi kebetulan time tu terdatang awal dalam tengah hari . Lepas anak anak Sal puas tengok dan bagi gajah makan , terus decide nak balik . Masing masing pun dan berpeluh sakan !
BACA JUGA: Percutian Singkat di Cameron Highlands
Walau pun singkat tapi anak anak happy betul dapat tengok gajah . Banyak aktiviti yang disediakan untuk kita dekati dan kenali habitat gajah seperti tayangan video sekitar 30 minit . Melalui video ringkas ni pengunjung akan dapat mengetahui maklumat dan melihat sendiri bagaimana gajah liar terdedah dengan ancaman atau bahaya .

Kalau korang nak tahu lanjut tentang Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah , Sal kongsikan sedikit butiran untuk makluman selanjutnya :
Alamat :
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Jabatan Perhilitan, Kuala Gandah, 28500 Lanchang, Pahang Darul Makmur, Malaysia.
Nombor Telefon :
013-908 8207
Waktu Operasi :
8.00AM– 4.45PM

