Sekejap betul masa berlalu dan kita sedang meniti di awal tahun 2025 . Ada tak di antara sahabat pembaca di alam maya Sal yang sedang mencari info tentang pakej musim Haji 1446H ? Sal pun tengah survey untuk persiapan diri sendiri sambil tengok kemampuan bajet yang ada . Dalam pada survey tu , Sal terjumpa beberapa pakej Haji Premium dan Swasta yang ditawarkan oleh pihak MKM Ticketing Travel & Tours Sdn. Bhd – Pakej Haji Mampu Milik Bersama MKM TRAVEL .
Meh Sal nak kongsi lanjut berkenaan Pakej Haji di bawah MKM Travel , banyak pilihan dan mampu milik mengikut kemampuan masing masing .
Agak menarik pakej yang ditawarkan dan paling utama yang Sal cari adalah MKM Travel merupakan agensi pelancongan Bumiputera Islam yang telah diberikan Lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) oleh pihak Tabung Haji bagi tahun 1446H/2025M . Penting ya info ni untuk bakal Jemaah Haji Visa Haji Urusan Sendiri atau lebih dikenali sebagai ‘VHUS’ . Hanyamereka yang ada Visa Furada atau Visa Mujamalah melalui PJH shaja dibenarkan untuk menunaikan haji . So jangan sesekali ambil mudah berkaitan permohonan dan kelulusan visa ya !
PENDAFTARAN HAJI BAGI TAHUN 2025M / 1446H
Terdapat beberapa Pakej Haji yang ditawarkan oleh pihak MKM Travel iaitu:
Boleh dikatakan pendaftaran hanya di hujung jari sahaja melalui MKM Travel . Memang tak memeningkan kepala dari segi dokumentasi . Borang Pendaftaran Haji MKM Travel 2025M/1446H ada disediakan di laman sesawang dan boleh dihantar melalui aplikasi WhatsApp setelah semua butiran lengkap diisi . Seriously senangkan ?
Lepas semua butiran dihantar , pihak MKM Travel akan buat semakan serta makluman akan disalurkan kembali kepada penama yang berhajat untuk menunaikan Haji melalui aplikasi WhatsApp untuk hadir ke pejabat bagi tujuan pengesahan identiti . Masa ni jangan lupa bawa Kad Pengenalan dan cap jari akan diimbas .


Pakej Haji Salfa dan Firdaus
KELEBIHAN MELAKUKAN IBADAH HAJI BERSAMA MKM TRAVEL
Antara kelebihan yang menarik perhatian Sal mengenai MKM Travel ialah:
1. Petugas Ibadah Yang Sangat Berpengalaman
- Berpengalaman dalam mengendalikan pengurusan Haji di Malaysia dan Tanah Suci
- Menjaga kebajikan Jemaah dan berusaha memastikan perjalanan yang tersusun
- Pengurusan yang cekap bermula daripada pendaftaran hingga ke lapangan terbang semasa pergi dan balik
2. Khemah di Arafah & Mina
- Khemah, makanan/minuman dan kenderaan serta jadual pergerakan, ketibaan dan kepulangan di bawah kelolaan Mashariq
- Melaksanakan ibadah Sunnah Tarwiyah pada 8 Zulhijjah
3. Mendapat Pelbagai Kelengkapan Haji
- Beg Pakaian
- Beg Sandang
- Beg Bimbit
- Beg Kasut
- Beg & Sejadah
- Tag Beg
- Buku Panduan Haji
- Bantal Leher
- Kain Ihram/Mini Telekung
- Botol Wudhu’
- Digital Tasbih
4. Ziarah dan Lawatan
- Ziarah Makkah – Sekitar MAsjidil Haram , Ziarah Hudaibiyah dan Jaaranah
- Ziarah Madinah – Sekitar Masjid Nabawi, Ziarah Quba’ , Uhud , Khandaq dan kedai kurma
- Lawatan Luar – Lawatan luar bagi majlis makan dan ceramah agama
5. Pengajian Kelas Agama
- Kursus Haji Intensif sebelum berangkat ke Tanah Suci
- Kuliah agama dan ulangkaji Manasik Haji sepanjang berada di Tanah Suci
- Soal Jawab Haji di bawah bimbingan Guru Agama sepanjang ibadah Haji
BACA JUGA : Beli Emas Online Secara Pakej Menabung Harga Murah
Setakat info yang Sal kongsikan ni , agak agak dapat faham tak tentang Pakej Haji 2025 yang ditawarkan dan kelebihan yang dimiliki oleh MKM Travel berbanding agensi pelancongan yang lain ? Harap jelas tau sebab MKM Ticketing Travel & Tours Sdn. Bhd. ni merupakan sebuah syarikat pelancongan yang sangat berpengalaman , berlesen dan diiktiraf sepenuhnya oleh Kementerian Pelancongan Malaysia (KPL6666) dan telah diperbadankan dibawah Akta Syarikat 1965 pada 13hb Oktober 2011 sebagai sebuah syarikat berhad . So di sini dah tiada keraguan kan ?

TESTIMONI JEMAAH HAJI DAN UMRAH MKM TRAVEL
Boleh baca juga antara testimoni Jemaah Haji dan Umrah yang pernah bersama MKM Travel – Pakej Haji Mampu Milik Bersama MKM TRAVEL .


Faizal Tahir dan Alif Satar bersama isteri beliau turut memilih MKM Travel . Ada juga Jemaah yang sekali lagi (repeaters customer) ingin melaksanakan Haji dengan MKM Travel

Paling meyakinkan adalah MKM Travel dah lebih 13 tahun berpengalaman dalam menguruskan Jemaah Haji dan Umrah . Ramai jemaah yang memberikan maklum balas sangat berpuas hati dengan kemudahan , pengurusan termasuk layanan yang diberikan oleh para petugas sebelum berangkat , sepanjang berada di Tanah Suci dan apabila selamat kembali ke Tanah Air . 100k lebih jugak la Jemaah Haji dan Umrah yang berjaya diuruskan oleh pihak MKM Travel.
Jangan ragu lagi ya untuk berurusan dengan MKM Ticketing Travel & Tours Sdn. Bhd bila baca perkongsian Sal . Insya Allah ada rezeki Sal akan daftar dengan MKM Travel
Untuk maklumat lanjut sila layari:
MKM TICKETING TRAVEL & TOURS SDN BHD
Telefon : 03-7831 6740 / 03-7831 3740 / 019-700 0079
E-mel : haji@mkm.my
Laman Web : http://www.mkm.my/
