Lately ni me kerap google bab Penyusuan Susu Ibu…teruja nak buat balik stok sebenarnya…demi kebaikan anak-anak tersayang…sekarang baru me merasa jadi tandem mom…since Khalish pun me tak putuskan susu badan..letih memang agakla tapi redah je….bukan kena bayor pun..nak tau lebih lanjut kebaikannya me sharing sikit info dari Kasih Ibu.. tiada apa yang paling berharga…
Khalish & Khaleef
Intro entri baru sempena kedatangan 2012…memang banyak yang nak dikongsikan tapi agak sukar nak dekati lappy ni…ingatkan masa berpantang boleh dekat selalu…tapi sebaliknya pulak…sekali sekala jadi full housewife memang tak menang tangan dibuatnya…so kalini me nak kongsikan gambar seorang abanglong yang penyayang khas untuk adiknya yang no-2…yang ke-3 dan lain-lain InsyaALLAH…coming soon..heehee gambar Khalish kiss…
Masa Amat Mencemburui
Rasa cam dah bersarang blog ni sebab agak lame dah me tak jengah…masa amat mencemburui sejak kehadiran permata hati kedua…kelam kabut jugak dibuatnya…haru..baru 2 orang…agaknya kalu 4-5 orang camne pulak…sabo jelakan…seingat me masa berpantang Khalish…banyak sangat masa yang me penuhkan dengan mencari info yang berkaitan penyusuan SI…tapi sekarang nak pegang lappy kesayangan pun berkira…jeling jela…
Kerisauan Melanda
Semalam Kak Misi datang rumah…nak check me & condition baby…then…terus dapat agak…sure kena follow-up ngan hospital sebab nampak jaundice Khaleef..bila tengah berpantang ni nak keluar rumah tersangatla malasnyer…tapi apa boleh buat…takut lain jadinya kat Khaleef ..cukupla Khalish dulu kena prolonged jaundice..terseksa rasanya bila tengok anak kena letak bawah lampu..ohh tidak…mintak dijauhkan… Alhamdulillah…bacaan Khaleef masih ditahap…
Licin Sudah
Genap 8 hari Muhammad Khilfi Khaleef dilahirkan..Alhamdulillah…semakin aktif…dah pandai angkat kepala bila meniarap…dan harini jugak me niat nak sondol kepala dia bagi licin…dalam erti kata lain..niat bercukur…mengambil keberkatan hari Jumaat..sunatnya semalam sebab genap 7 hari patut dibotakkan..apepun hasrat me tercapai..Alhamdulillah.. Kebetulan me & Mr Hubby tak berani nak cukur so me mintak tolong Sis Yati…
