Menarik di Lost World Water Park – Minggu lepas long weekend korang ke mana ? Mulanya Sal takde plan pun nak bawak anak anak jalan . Tapi bak kata pepatah .. ‘rezeki tak salah alamat” . Kawan Sal ajak ke Lost World of Tambun . Sekali sebut je depan anak anak malam sebelum nak pegi tu , semua pakat masuk tido awal sebab Sal plan nak gerak selepas Subuh dan balik hari .

Apa Yang Menarik di Lost World Water Park Tambun Perak
Sebelum ni Sal pernah ke Lost World Water Park tapi time tu anak anak semua kecik lagi . Kurang nak menikmati permainan air yang sedia tapi kalini penangan lain sangat . Anak anak dah boleh bawak diri tapi masih lagi dalam pantauan mata Sal .. hehehe . Port yang Sal duduk pun agak strategik supaya pergerakan anak anak Sal boleh tengok .
Seawal pagi Sal dah bersiap nak ke Tambun dan anak anak pun penuh semangat nak pegi . Senang betul dikejutkan pagi tu tanpa banyak soal . Lucu gak bila ingat balik . Kami sekeluarga tiba ngamsoi waktu pintu water park dibuka . Alhamdulillah , urusan perjalanan dipermudahkan dan masa Sal pegi tu tak berapa ramai sangat yang masuk .
Seriously , bila datang Lost World Water Park tak pernah nak boring sebab banyak sangat tempat nak terokai . Cuma sempat atau tidak je la . Antara tempat yang confirm korang kena singgah bila bawak anak adalah Kids Explorabay , Sandy Bay , Tube Raider , Jungle Wave Pool , Adventure River , Cliff Racer . Sal lebih lepak di area Kids Explorabay dan Sandy Bay ikut kesesuaian anak anak . Korang jangan risau sebab semua tempat ada petugas yang memerhati sebagai lifeguard . Jaminan keselamatan tu lebih sikit …


Kebetulan Sal pegi kali ni dengan bff anak anak , so dyorang bergerak dalam kumpulan . Tu yang buat Sal tak berapa nak risau sangat . Kaariz pun mood ok je so boleh la Sal makan dengan tenang .. huhuhu . Part makan memang Sal paling suka dan untuk pengetahuan korang makanan luar tak boleh dibawa masuk dalam water park tapi makanan yang dijual dalam water park berbaloi dan sedap .

Sal dan family tak lepak sampai petang sebab takut hujan lebat .. sepanjang berada kat sana pun gerimis je . Syukur sangat sebab anak anak tak demam balik tu . Sakan main air … nak suruh naik tukar baju pun sampai kena paksa . Yang bestnyer di Lost World Water Park ni kan .. siap ada Petting Zoo . Khalaf dan Khaleef kesukaan round naik train yang disediakan , percuma je takde bayaran yang dikenakan .
BACA JUGA: Bercuti Di Lost World of Tambun Perak


Seandainya ada peluang , Sal nak ke sini lagi . Bila tanya anak anak pun semua setuju nak datang lagi . Best kata dyorang dan kalau boleh nak ajak tido hotel pulak . Insya Allah , ada rezeki kita datang lagi .
Kalau nak tahu lanjut , sila layari :

