Makeup Majlis Makan Malam/Dinner – Sal nak tanya korang sikit , seandainya korang kena pegi majlis makan malam atau dinner .. korang makeup sendiri atau guna MakeUp Artist atau MUA ? For sure depends pada bajet kan . Dan pada Sal , pada yang pandai makeup sendiri boleh terus kan . Yang takde , apa kata korang invest sikit untuk hire MUA tapi bukanlah wajib special untuk makeup majlis makan malam/dinner .
Perlu Makeup Untuk Majlis Makan Malam

Biasanya glongan perempuan ni sukar dipisahkan dengan makeup . Ada sesetengah wanita beranggapan tanpa solekan rasa tak lengkap rutin seharian. Kiranya kuasa makeup ni boleh tahan penting la jugak . Sal sendiri pun bila nak gi kerja atau keluar berjalan , tepek gak muka dengan foundation , eyeshadow , lipstick dan eyebrow .
Tapi idak la terlalu ketara .. kita pakai lite je sebab Sal suka nampak natural . Penggunaan color pun natural gak . Sal suka gak tengok kengkawan yang berani guna color yang agak ‘garang’ masa makeup . Terserlah kreativiti dan memang naikla seri pada yang pandai guna bahan solekan .
Untuk pemilihan bahan solekan , memang kena pandai sebab kalau tak nanti muka lepas makeup akan nampak lain dari yang lain . Ayaarrkk , sure korang tak nak kan . Bila makeup , kita akan rasa lebih yakin untuk berdepan dengan orang sebab adakalanya cela atau jerawat yang dok tang muka tu buatkan kita jadi malu .
So dengan adanya makeup , dapat la tutup ‘benda asing’ yang ada kat muka selain korang akan nampak lawa . Bulan lepas Sal ada attend majlis makan malam bersama suami . Mulanya macam malas jugak nak pegi tapi bila fikir balik , lama jugak tak attend dinner .
Sesekali apa salahnya dan mula la dalam kepala otak ni fikir pasal makeup . Sal bukan reti sangat nak touchup muka sendiri . Dah kata dinner , kenala lain sikitkan tang muka ni . Kang over lak , penyudahnya jadi lain dari yang lain – alien .. hehehe . Tambah makeup untuk dinner lagi tak tau . Tangan pun bukan berseni sangat .
Penyudahnya , Sal cari MUA dalam kalangan kawan opis . Kebetulan memang dia ada buat part time MUA . Alhamdulillah dipermudahkan urusan pencarian MUA . Masalah settle . Bukan apa , dengan bantuan MUA bila korang pegi dinner tu kecantikan akan tetap nampak sebab dyorang tahu nak naikkan seri atau kejelitaan . Sape tak nak nampak cantikkan dan for sure husband korang pun senyum je malam tu , hehehe .
Tips Sebelum Makeup

Antara perkara yang korang perlu bersedia supaya makeup sentiasa nampak cun adalah:
- Jangan lupa minum air kosong/masak supaya muka tu tak nampak kering/hydrate
- Pilih MUA yang betul betul menepati citarasa , kalau perlu tengokla cara dia makeup kat dia dan korang nilai sendiri
- Bagitau pada MUA korang nak makeup yang macam mana – natural , lite , fancy
- Buat facial sebelum nak ke majlis –sehari sebelum pun ok
- Sila tidur awal
- Pakai pelembap terlebih dahulu sebelum MUA tatarias wajah
- Pada yang mengalamikulit kering , berminyak atau terlalu kering , tanya MUA foundation yang bersesuaian atau jika takde beli sendiri . Mempermudahkan .
BACA JUGA: Teknik Solekan/MakeUp Asas Simple
Setakat ni Sal memang berpuas hati dengan MUA yang makeup kan Sal untuk dinner malam tu sebab tak terlalu tebal . Harga pun berpatutan . Korang pun boleh la try guna khidmat MUA Sal .
Maklumat lanjut korang DM atau message kat Instagram MUA:


Fuyoo makin cun laaa bila mekap . Kita tak suka mekap sebab tak landai nak mekap hahhaa ..
Emi biasa mekap sendiri je. Takdelah hebat sangat, tapi boleh la sekadar nak mekap muka sendiri, hehe
betul tu nak cari orang yang makeup kita kena pilih mua yang boleh serasi dengan citarasa look kita
Tak pandai nak mekap beriya. Cukup sekadar basic yg macam Salina sebutkan tu. Hehe.. Yg penting tak over sangat dan tak kusam sangat.
Cantik makeup dia.. cun👍
Terima kasih untuk tips tu. Tak sangka tidur awalpun salah satu tips yang penting sebelum makeup untuk makan malam dinner ye. Yela supaya muka dapat cukup rest
Kalau ada budget tu mmg pakai khidmat make up.artist sbb tak selalu nak cantik kan.. klau idak makeup sendiri pun ok je. Tapi sesekali dpt sentuhan professional mmg lain hasilnya, rs mcm artist pulak.
Makeup dinner berapa rate nya tu sis.. Dia datang ke rumah kita ke utk makeuo
Wah kemain Sal cantik berseri2 pas make up..hehe tp sal kulit mmg cantik so senang nak make up
mmg bezalah wajah selepas dan sebelum make up..nampak lebih berseri-seri dan muda.. suka tengok hehehe
Marina kalau dinner atau mana2 event memang suruh oranv yang make up kan. Tak pandai make up. Gi keje pon tak make up. Hihi
Bestnya dapat gi majlis makan2 n makeup2. Sis suka sgt..terasa berlainan dr hari2 biasa. Tapi sis x lah pandai makeup beria ia..makeup ala kadar tapi lain dr hr2 biasa..itu je
Untuk lelaki macam saya, kalau nak ke majlis makan malam, tak perlu make up kut. Hehe. Tapi bagi saya untuk perempuan, terpulang pada masing-masing.
tq for sharing.
aida always suka baca tips makeup.
diri sendiri tak pandai makeup pun. and tak makeup pun.
tq la sebab keje tak perlu kan makeup.
tabik spring lah kpd yg sgt pandai makeup. not easy, kan?
kalau pakai belasah jer, jadik badut nanti hi hi hi…
Yup ikut bajet.. Kalau majkis grand smeestinya nak mua makeup kan.. Hehehe.. Macam nad tangan sendiri tak berseni.. Lagi part kening.. Hahaha
Cantik makeup mua tu. Biasa pergi dinner mcm tu kena makeup yg extra sikit. Tapi iza pergi event mana2 makeup sendiri je. Banyak pulak kos nnti nk suruh org makeupkan. Heheh
biasa bila ada function2 penting dan glam, memang kebanyakkan akan hire MUA utk dapatkan sentuhan magika. tapi kadang ada yang overdo jadi x cantik