Ramadan sering dikaitkan dengan buah kurma yang merupakan antara makanan sunnah , tanpa kurma rasa macam tak lengkap dan serba kekurangan . Betul tak korang ? Tertarik pulak Sal nak cari gali tentang khasiat kurma terhadap kesihatan . Memang selama ni kita tahu kurma atau thamar tu banyak manfaat terhadap kesihatan tapi kena berhati hati jugak tau . Pengambilan secara berlebihan pun boleh membawa kepada masalah kesihatan , jadi kena nikmati dengan bijak !!

Khasiat Kurma Terhadap Kesihatan Yang Perlu Anda Tahu
Kurma ni sebenarnya bukan hanya diamalkan pada bulan puasa . Kita boleh ambil juga dalam pemakanan seharian sebab banyak sangat manfaat terhadap kesihatan . Kuasa luar biasa yang tanpa kita sedar ada pada buah kurma . Paling best kurma ni kaya dengan serat dan sedikit sebanyak dapat membantu kenyang dengan lebih lama selepas pengambilan . Dari segi pencernaan pun sangat menggalakkan
Terdapat banyak hadis Rasulullah SAW berkaitan dengan kurma
Daripada Saad bin Abi Waqqas bahawa Nabi SAW bersabda :
مَنْ تَصَبَّحَ بِسَبْعِ تَمَرَاتٍ عَجْوَةً، لَمْ يَضُرَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ سُمٌّ، وَلَا سِحْرٌ
Maksudnya : “Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwah pada waktu pagi, tidak akan memberi mudarat sebarang racun mahupun sihir kepadanya pada hari tersebut.”
[HR al-Bukhari (5445) dan Muslim (2047)]
Sal sendiri suka makan kurma untuk alas perut . Pada Sal walaupun rasa kurma ni agak manis tapi bila fikir manfaatnya tu memang terbaik dan sentiasa ada stok di rumah . Jangan kata selain di bulan puasa susah nak cari dan beli ya buah kurma ni .
Tesktur Kurma Yang Unik Dan Kaya Dengan Pelbagai Khasiat
Masa terbaik untuk makan kurma ni adalah pada waktu awal pagi sebab tubuh badan kita memerlukan tenaga yang sangat banyak . Perasan tak korang , pelbagai perkara yang kita buat dari awal pagi dan adakalanya berlarutan sampai ke tengah malam ? Especially geng mak mak yang sentiasa bergerak ke sana ke mari . Mana nak urus anak , kemas rumah , memasak ehhh banyak betul nak kena settlekan
BACA JUGA: TIP SUSU BANYAK DI BULAN PUASA
Dalam masa yang sama , pengambilan kurma pada waktu pagi dapat membantu hapuskan cacing dalam usus , bersihkan organ yang penting dan kesihatan jantung serta hati dapat dipertingkatkan . Bila dalaman kita terjaga, kehadiran antioksidan dapat membantu kulit dan rambut lebih berkilau secara semula jadi

Kenali Kurma Yang Popular Di Malaysia
Sure ramai yang akan inform Kurma Ajwa dan Kurma Mariami kan ? Pilihan Sal pulak Kurma Mariami sebab tak terlalu kering dan agak kurang manis . Rupanya sejumlah 400 kurma yang dijual di pasaran . Banyak kan ? Tapi paling laku keras di Malaysia adalah Kurma Ajwa dan Kurma Mariami kerana teksturnya . Banyak jugak la kurma lain yang turut di minati oleh masyarakat kita – Kurma Safawi , Kurma Anbar dan Kurma Mabroum dari Arab Saudi
KURMA AJWA
Dikenali sebagai Kurma Nabi dan kurma inilah yang pertama kali ditanam oleh Rasulullah serta menjadi kegemaran baginda kerana manfaatnya yang sangat luar biasa terhadap kesihatan tubuh badan . Mempunyai saiz yang sederhana , isi yang lembut dan berasal dari Arab Saudi . Mengandungi nutrisi dan mineral yang mampu memperbaiki kesuburan golongan lelaki dan wanita . Kurma Ajwa kaya dengan Vitamin A , B , C , hingga K dan baik untuk sistem imunisasi badan . Mengandungi protein , asid folik , zat besi , kalsium dan antioksida yang tinggi
KURMA MARIAMI
Berasal dari Iran dan mempunyai bentuk bujur dan panjang . Antara kurma yang popular di Malaysia . Tekstur Kurma Mariami tidak terlalu kering dan lembut . Juga kaya dengan protein , Vitamin A dan C , sodium , serat , glukosa dan potassium . Kandungan potassium bagus sangat untuk sistem saraf yang mampu merangsang daya ingatan , nafsu kelamin dan sistem imunisasi tubuh badan . Kurma Mariami juga mempunyai kandungan gula yang mudah diserap badan dan memberikan tenaga segera ketika berbuka puasa
Sambil kita mengejar ibadah di bulan yang penuh barakah ini , jangan lupa untuk jaga kesihatan ya dan pengambilan kurma adalah penyelesaian terbaik !!