Sekejap betul masa berlalu dan dah nak sampai ke pengakhiran takwim sekolah 2023 . Maka bermula la era mak mak nak buat list untuk beli barangan keperluan anak anak untuk sesi persekolahan 2024 . Tak ketinggalan jugak diri ini dan yang paling utama Sal cari dulu adalah K.A. S.U.T ? Kenapa perlu kasut jadi keutamaan dan bukan baju ? – Kasut Sekolah Pallas Tahan Lasak
Kenapa Kasut Sekolah Pallas Pilihan Utama

Bila bercakap tentang keperluan sekolah anak anak ni kan , Sal memang cari kasut dulu . Pernah sekali tu agak lambat beli kasut , saiz semua susah nak cari dan patern yang anak anak nak semua dah SOLD !! Haaaa , sebab tu Sal akan pilih kasut sekolah yang paling utama untuk diselesaikan terlebih dahulu
Dalam banyak banyak jenama pulak , anak anak lebih suka memilih jenama Pallas . Bila ditanya pendapat anak anak kenapa setiap tahun pilih Kasut Sekolah Pallas ? Ini jawapan yang keluar dari mulut mereka :
- Ringan
- Lebih selesa
- Tak panas
- Nampak Trendy
- Kaki tak mudah berbau
- Cepat kering bila kena air
- Velcro di bahagian strap tu kemas
- Permukaan tapak kasut tak licin dan mudah jatuh

BACA JUGA: Cuti Umum Malaysia 2024
Banyak kan kelebihan kasut sekolah Pallas ni !! Sebab tu setiap tahun Sal cepat cepat grab sebab takut kehabisan saiz dan patern yang anak nak . Biasala , ada yang nak Velcro .. ada yang nak bertali . Pelbagai ragam tapi Sal follow je sebab beli pun melalui online . Tak perlu nak bersesak dengan orang ramai dan parking , order je terus parcel kasut sampai depan rumah
Kasut Sekolah Pallas Memenuhi Kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia
Kadang kan , kita ni sebagai Ibu Ayah macam tak perasan yang kasut tu perlu selesa di pakai oleh anak anak . Pernah jugak Sal ternampak ada sorang anak kecil yang tak pakai kasut di kawasan sekolah . Rasanya dalam lingkungan Tahap 1 . Saja Sal panggil dan borak dengan dia
Sal : “Kenapa tak pakai kasut , kan bahaya nanti awak terpijak benda tajam”
Murid: “Saya rasa macam tak selesa bila pakai . . keras dan mencengkam jari kaki”
Sal pegang kasut sekolah tu dan terus rasa bahagian dalam , sungguh memang keras dan kurang support untuk kaki . Jauh hika nak dibandingkan dengan Kasut Sekolah Pallas yang didatangkan khas dengan ‘Arch Support’ . Otot kaki kurang rasa tegang especially bila buat aktiviti Pendidikan Jasmani (PJ) di sekolah . Tapak kasut pun direka khas ‘Better Rebound’ yang mampu mengurangkan tekanan pada kaki
Yang paling utama , Kasut Sekolah Pallas ni memenuhi pesanan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM):
3S : SELESA . SIHAT . SELAMAT

Happy muka masing-masing bila kasut idaman dah sampai
6 Sebab Lain Kenapa Kasut Sekolah Pallas Jadi Pilihan Utama Anak
Saja Sal share sebab lain yang Ibu Ayah kena tahu kepada Kasut Sekolah Pallas ni lain dari yang lain . Bak kata pepatah , “Alah Membeli Menang Memakai” . Berbalik pada situasi perbualan Sal dengan anak tadi , sanggup ke kita nak tengok anak pergi ke sekolah dengan rasa kurang selesa ? Dan kalau boleh pilihla yang berbaloi !!
- Arch Support Insole – Kusyen insole khas yang dikenali sebagai “Arch Support”. Mempunyai sokongan insole bergetah dan elegakan ketegangan pada otot kaki
- X-Tone Outsole – Mempunyai teknologi X-TONE dan ianya bertindak memberi perjalanan aktiviti harian anak anda lebih energetik
- Cepat Kering – Memberi keselesaan yang sangat optimum dan bila kotor mudah untuk dicuci
- Ringan X-Light – Mempunyai kusyen tumit 9mm di mana ia memaksimumkan penyerapan hentakan dan menyuraikan tekanan pada tumit dengan cekap dalam masa yang lama. Superlight yang terbukti “X-Light”
- Pengudaraan Terbaik – Sistem pengudaraan yang unik dan bahagian atas kasut dibuat dengan mesh dan digabungkan dengan PVC
Pembelian Kasut Sekolah Pallas Secara Online
Sekarang semua dah mudah untuk kita beli dan dapatkan sesuatu . Macam tu jugak untuk kita dapatkan kasut sekolah . Tak perlu nak ke outlet .Dah beli nanti nak kena beratur lagi , sekiranya beli awal boleh elak lagi . Tapi yang last minute tu , nak bawak lagi anak keluar satu hal .

Ada baiknya kita beli secara online . Masa pun jimat dan Ibu Ayah jangan risau sangat pasal ukuran kaki . Measurement guide ada ditunjukkan macam mana nak ukur kaki anak sebelum klik order


Jom beli dan rebut wang tunai sejumlah RM3000 (3 pemenang bertuah di cari) sambil berbelanja kasut sekolah Pallas !! Caranya sangat mudah dan jangan lupa redeem E-Baucar sebelum anda membeli kasut sekolah Pallas anak ya

Untuk maklumat Lanjut , korang boleh layari terus :
Website Rasmi: www.pallas.com.my
Facebook : Pallas Malaysia
Beli Online Pallas: https://wow2wee.com/black
Measurement Guide: https://www.wow2wee.com/how-to-measure-feet-length
pallas memang menjadi pilihan sejak dahulu lagi.