Assalamualaikum WHB dan Salam Sejahtera sahabat di alam maya daripada saya SALINA JOHARI – Blog salinajohari.com
Blogger Picisan Blog salinajohari.com
Dunia penulisan yang tak pernah luput dari dalam diri sejak di bangku sekolah lagi . Bermula dari sekadar berkongsi kisah Keluarga (Parenting) dan Gaya Hidup (Lifestyle) , kini aktif juga dalam menulis review sesuatu produk . Lebih mesra dipanggil Sal , suka bersederhana dalam apa jua yang dilakukan . Dunia blogger merupakan platform sampingan kerana tugas utama adalah berkhidmat dalam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) – Sedia Berkorban .
Sentiasa aktif dalam memberikan pandangan dan apa jua yang bersesuaian dengan situasi semasa termasuk genre Tips Kesihatan , Kecantikan , Resipi dan Travel . Segala pandangan yang diutarakan lahir dari dalam diri dan tiada kaitan dengan yang lain . Tiada jua kaitan dengan mereka yang sudah tiada di bumi milik Allah SWT .
Info & Ilmu Parenting salinajohari.com

Sentiasa mencabar diri untuk melakukan yang terbaik dalam semua perkara demi masa depan diri dan keluarga . Yakinlah kesusahan ini adalah ‘cara’ Allah SWT mendidik kita menjadi insan yang lebih baik . Jangan sesekali menyimpan iri hati dan dendam sesama insan serta perbaikilah hubungan dengan Allah SWT .
www.salinajohari.com
Berpegang kepada – berhenti berkeluh kesah sebaliknya lihat kehidupan ini dengan mata hati . Dekatkan diri dengan Yang Maha Esa dan sentiasa bersyukur atas segala nikmatNya . Selagi kita menjaga urusan kita dengan Allah SWT , maka yakinlah Allah akan memudahkan urusan kita dan menjaga hubungan kita dengan insan yang lain kerana Allah memegang setiap hati hambaNya .
Mungkin selama ini ketika kita sedang senang dan bergembira , kita sering lupakan Allah . Ujian yang diberikan ini adalah tanda kasih sayang Allah . DIA mahu kita kembali dekatkan diri denganNya.
Segala pandangan , komen yang membina , idea , pandangan yang positif .. sangat dialu-alukan kerana proses pembelajaran serta ilmu itu sentiasa berterusan ibarat air yang mengalir tiada hentinya .
Penulisan Dunia Blogger Salina Johari
Sudikan tinggal jejak di komen ya . Buat rakan taulan yang baru singgah .. Salam Perkenalan & Terima Kasih !!
For any collaboration with me please find me here :
Instagram : www.instagram.com/salina_johari
Facebook : www.facebook.com/ct.salinajohari
Twitter : www.twitter.com/SalinaPro
Email : ctsalinajohari@
