Masyarakat kini ramai yang sedia maklum dan sedar yang ‘EMAS’ merupakan sesuatu yang berharga dan mempunyai nilai amat kukuh berbanding dengan wang yang dimiliki . Sebenarnya bila Sal tanya geng pun kan , antara emas dan duit .. yang mana satu jadi pilihan atau yang lebih berbaloi sebagai simpanan ? Semestinya jawapan yang diberikan adalah emas . Tambah kalau yang ditanya tu golongan wanita . Baru ni Sal terkasima sungguh bila dapat tahu mengenai GB Gold perkenal edisi khas rekaan Dinar Alif & Gold Bar Alif pertama di Malaysia
Majlis Berbuka Puasa dan Pelancaran Edisi Khas Rekaan Dinar Alif & Gold Bar Alif Bersama GB Gold Malaysia
Alhamdulillah syukur , baru ni Sal sempat menghadiri Majlis Berbuka Puasa dan Pelancaran Produk Emas Alif anjuran Grand Bullion Gold Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai GB Gold Malaysia bersama Alif Satar yang kita sedia maklum merupakan selebriti terkenal #SubuhMacamJumaat . Kenapa agaknya Alif Satar yang dipilih ?? Atas sebab apa agaknya GB GOLD Malaysia Perkenal Edisi Khas Rekaan Dinar Alif & Gold Bar Alif ??
Majlis berjalan dengan lancar dan jayanya dengan kehadiran sejumlah 1500 pelanggan GB Gold Malaysia dan peminat setia selebriti viral dan sangat berpengaruh . Untuk diri Sal memang pertama kali la jumpa berdepan dengan Alif dan beliau sedaya upaya menyantuni setiap peminat yang nak bergambar atau bertanya soalan
Kehadiran Alif Satar malam tu jugak sangat luar biasa sebab beliau dilantik sebagai Duta GB Gold Malaysia . Dan Alif sendiri dalam diam merupakan ‘Gold Collector’ atau pengumpul tegar Gold Bar sejak 10 tahun yang lalu . Lama sungguhkan ?? Dan beliau sendiri sangat berbangga apabila diberi peluang menjadi duta GB Gold Malaysia . Beliau berharap melalui lantikan ini juga dapat menjadi pemangkin semangat , dan salah satu usaha ke arah mendidik masyarakat umum menyimpan Gold Bar dan Emas Dinar sebagai pelaburan untuk jangka masa panjang
Kenapa GB GOLD Hasil Dinar Alif & Gold Bar Alif

Jika dilihat situasi trend kini , masyarakat mula beralih arah melaburkan wang ringgit dengan membeli emas sebab jual beli emas ni ada nilainya . Tak rugi kita kumpul Gold Bar dan Emas Dinar sebab pasaran harga sentiasa naik dan pelaburan yang sangat berbaloi .
Pemilihan Alif Satar sebagai duta GB Gold Malaysia ni Sal lihat sangat bertepatan dengan fokus utama iaitu untuk menarik masyarakat awam kini menyimpan emas sebagai jaminan di masa hadapan . Semoga makin ramai yang dapat mengambil peluang ini . Jangan ada ragu ya sebab pemilihan Alif sendiri berdasarkan kepada prestasi beliau yang konsisten , sentiasa mempunyai idea baharu , sangat positif dan artis serba boleh
Idea yang dibawa oleh Alif sentiasa segar dan baharu dan beliau sendiri berusaha mengajak orang awam ke arah kebaikan termasuk dari sudut kerohanian . Aura selebriti terkenal yang dimiliki diguna sebaik mungkin dan kali ini melalui ilmu pelaburan gold bar dan wang dinar
BACA JUGA : Penjagaan Mata Semasa Guna Komputer
Bangga Sal dengan Ketua Pegawai Eksekutif GB Gold Malaysia , Tuan Shahfizzam Moideen sebab nampak keunikan yang ada pada Alif Satar . Alif juga dikatakan bukan sahaja membawa jenama Gold Bar bahkan berkongsi juga pengalaman sepanjang menjadi pengumpul tegar koleksi emas dan berusaha mendidik masyarakat tentang kepentingan dan kelebihan menyimpan emas sebagai alternatif simpanan untuk masa hadapan
Produk Edisi Khas GB Gold Ukiran ‘Haiya Alal Falah’ Berbentuk Alif Pertama Di Malaysia

Korang kena tahu tau yang mana pelancaran Gold Bar dan Alif Dinar berbentuk Alif boleh dikatakan pertama di Malaysia berjaya dilancarkan dengan jayanya . Sangat unik sebab kebiasaannya kita tengok Gold Bar hanya berbentuk bulat dan petak tapi istimewanya kali ini didatangkan khas berbentuk Alif , terhasil daripada emas tulan 999.9 (1 gram) manakala Alif 1 Dinar seberat 4.25 gram
Buat pengumpul tegar emas , ianya akan jadi koleksi yang sangat unik dan eksklusif . Teringat Sal pesanan Alif sendiri semasa majlis :
Beli orang beli emas , tak kan ada istilah rugi !!
Alif Gold Bar dan Alif Dinar yang berbentuk huruf Alif ni pertama di Malaysia dan rekaan huruf Alif tu sendiri diukir serta tertera ‘Hayya A’lal Falah’ yang bermaksud ‘Marilah Menuju Kejayaan’ . Rugi kalau korang tak simpan sebagai koleksi peribadi
GB GOLD Malaysia Cipta Kesedaran Golongan Muda Simpan Emas
GB Gold Malaysia sentiasa berusaha menghasilkan aspirasi emas dengan kepelbagaian bentuk yang baharu dalam pasaran semasa . GB Gold bukan hanya mahu dikenali sebagai premis menjual emas , namun berusaha menarik golongan muda untuk mengenali emas fizikal dengan lebih dekat dan menjadikannya sebagai salah satu pelaburan jangka masa panjang

Emas Dinar akan terus mengekalkan nilainya bertahun tahun lamanya . Simpan emas untuk jaminan masa depan . Bukan tiket untuk cepat kaya tapi simpan emas perlu ada ILMU . Faham dengan jelas , barulah simpanan itu menjadi sesuatu yang menyeronokkan
Kempen miliki emas dengan harga yang berbaloi ini akan diteruskan oleh GB Gold mengikut musim seperti sempena Sambutan Hari Jururawat , Sambutan Hari Kemerdekaan , Sambutan Hari Raya Aidil Adha dan banyak lagi . Jangan ketinggalan tau korang miliki emas yang pastinya unik dan eksklusif !!
Jika sebelum ni korang lebih gemar membeli emas dalam bentuk perhiasan , apa kata lepas ni kita tukar sasaran dan mulakan azam menyimpan dalam bentuk Gold Bar atau Dinar . Di sampig itu juga , kita follow rapat GB Gold sebab dari semasa ke semasa kita akan didedahkan dengan pengetahuan menyimpan emas dengan cara yang betul
GB GOLD Malaysia dan Sijil Patuh Shariah
Haaaa , sure korang terlintas jugak tentang Sijil Patuh Shariah ni kan ?? Biasala tu bila perniagaan yang melibatkan emas ni kan . Korang jangan risau tau , Alhamdulillah pihak pengurusan GB GOLD Malaysia dah dapat Sijil Patuh Shariah . Sedikit perkongsian yang korang perlu tahu jugak tentang Patuh Shariah dalam perniagaan emas
Dalam Islam sendiri , Patuh Shariah tu memainkan peranan yang sangat penting agar dapat menjamin kebersihan , keadilan dan kebolehpercayaan dalam setiap transaksi kewangan yang dilaksanakan . Untuk perniagaan emas pulak , setiap transaksi perlu mematuhi prinsip prinsip Shariah seperti larangan riba (faedah atau keuntungan tidak adil) , gharar (ketidakpastian) dan menjaga integriti serta ketelusan dalam semua urus niaga
GB Gold Malaysia berusaha dalam menyediakan perkhidmatan yang memenuhi standard kelayakan iaitu memberikan komitmen sepenuhnya terhadap patut shariah agar para pelanggan GB Gold dapat melabur dan bertransaksi dengan yakin serta amanah
Penyerahan Sijil Patuh Shariah GB Gold Malaysia telah dilaksanakan pada 3 Mac 2024 bertempat di Emerald Concept Hall Petaling Jaya . Penyerahan telah disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif dan Penasihat Syariah Elzar Shariah Solutions & Advisory (lantikan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia) Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Peluang Jana Pendapatan Bersama GB Gold Malaysia
Kepada mereka yang berminat nak jadi ejen atau dealer , GB Gold membuka peluang untuk jana pendapatan . Tak susah mana , korang just beli edisi khas 1 x Dinar Edisi Khas Alif untuk jadi ejen GB Gold Malaysia . Manakala untuk jadi dealer , hanya dengan pembelian 1 x Dinar Edisi Khas Alif & 5 x Gold Bar (1gram) Edisi Khals Alif . Sah sehingga 12 April 2024 .
Untuk maklumat lanjut :
Emas berbentuk huruf alif unik dan ada kelainan..ini mesti ramai tertarik untuk beli. Emas berbentuk huruf rumi dan arab memang terbaik….
Terbaik la