Cara Simple Jaga Tumit Kaki Pecah- Bila cakap pasal kecantikan , bagi Sal bukan hanya terletak pada paras rupa . Ianya perlu menyeluruh dari dalam dan luar tubuh badan seseorang . Jangan lupa titikberatkan tingkah laku yang menerbitkan keperibadian .
Sejauh Mana Korang Tahu Cara Simple Jaga Tumit Kaki Pecah
Dulu mungkin Sal pentingkan muka je tapi salah sebenarnya . Yang dalaman perlu dijaga terlebih dahulu dan secara konsisten kita akan nampak kesan yang berpanjangan .
Bila jaga part muka , yang lain ditinggalkan . Bila dah mula nampak kesan di bahagian lain , barulah terhegeh nak jaga . Harini Sal nak tanya tentang penjagaan tumit kaki korang … korang tekan kan tak penjagaan tumit kaki ? Ke korang tak ambil kisah ..
Rekahan tumit kaki tu sebenarnya bila diperhatikan bebetul agak kureng pada pandangan mata Sal la . Bila dipegang akan terasa kering dan rekahan area tumit kaki tu . Tapi ada yang selamber je buat tak kisah . Nak tutup atau ‘hilangkan’ , pakai je kasut bertutup kan ?
BACA JUGA: Gel Mandian Enchanteur Paris
Masalah tumit merekah boleh je berlaku pada sesiapa seandainya tak jaga kebersihan . Mudah sangat nak jadi rekahan pada kaki so kalau tak nak , korang kena jaga ya !
Bila lapisan kulit kaki mengering , ia akan mengeras dan bila jadi tebal ..kulit akan jadi kasar dan akhirnya merekah . Tu la punca kulit tumit bahagian kaki pecah tanpa korang sedar .
Faktor Utama Rekahan Tumit Kaki
- Berat badan pun boleh jadi punca tumit kaki pecah sebab tekanan yang ditanggung bila berjalan atau berdiri dalam jangka masa yang lama .
- Jangan mandi air panas terlalu lama sebab akan hilangkan kelembapan semulajadi pada kulit kaki .
- Jangan lupa pilih sabun yang tidak bersifat terlalu kuat atau mengeringkan
- Kerap memakai kasut bertapak nipis atau kasut terbuka di bahagian tumit ataumemakai kasut tumit tinggi yang ketat
- Gagal makan makanan yang seimbang seperti kekurangan vitamin , mineral , zink , asid lemak omega-3
Cara Penjagaan Mengurangkan Rekahan Tumit Kaki
Korang boleh je atasi rekahan di tumit kaki secara alami . Bahan pun tak susah mana . Meh nak share :
Ambil sesudu makan garam
Setengah cawan perahan lemon
Dua sudu gel petroleum > Vaseline
Air suam
Batu kecil
Cara – cara
Masukkan garam dan sedikitperahan limau , satu sudumakan vaseline tadi dan air suam dalam besen . Rendam kaki korang selamam 15 – 20 minit . Gosokkan batu kecil tadi pada tumit kaki yang pecah . Bilas kaki hingga bersih . Sapu nipis air lemon yang dicampur dengan vaseline . Yang ni korang akan rasa pedih sikit . Disyorkan pakaimalam masa nak tidur dan lepas sapu pakai stokin ya !!
Korang ulang buat . Insya Allah , lama kelamaan rekahan tumit kaki akan jadi lembut dan beransur pulih . Lepasdah lembut tu korang rajin rajinkan diri sapu losen ya pada tumit kaki . Penat dah kita lebut kan tu .. hehehe



it’s great to take care of our feet.. too dry and dehydrated is no good for our feet… great and simple way to take care of our feet..
kalau tumit merekah memang memalukan dan rasa penampilan diri tu kurang. bab kene kurangkan berat badan tu memang betul sangat dan sejak pakai stokin ni memang lagi tumit nampak cantik. selain tumit, aurat juga terpelihara
Sis tumit tak ada prob sangat tapi tapak kaki bahagian depan memang prob. Keras cam kematu pulak kat bahagian sana. Ada jugak buat pedicure n diorg asah tapi tak lama dtg balik. Nanti nak cuba cara ni lah..mana tahu ok
Kita dulu memang terjadi la masalah kulit kat tumit tu kering. Nak kata pasal berat badan tu tak juga. Sebab masa tu kita dalam kategori kurang berat badan. Yang tahu masa zaman kerja dulu, mungkin kering sebab aircond. Pastu karpet dah keras kematu. Now dah kurang dah.
Tapi kadang syok pulak bila kulit tu kering, dikopek kopek. Hehe
perasan jugak bila berat badan naik ni senang sangat kulit kaki pecah. Lepas ni nak try la scrub yang sis bagi tu, mana tahu boleh cantik balik kaki macam dulu
Eh. Senangnya.
Boleh share ngan adik Rawlins nie – memacam dia nak beli sebab masalah tumit pecah.
Thanks ye
Nice sharing! Balik ni Yaya nak try buat kat kaki yaya dan husband hihi. Memang tak best kalau kita rasa kasar2 kat kaki. Dah lama tak pergi spa sebab tak sempat. Kenalah rajin buat sendiri kan huhu
Saya pun hari ti tumit pecah juga, just guna lotion khas utk tumit, alhamdulillah dah elok tapi it takes time juga untuk kembali elok.
BAGUS LAH TIPS INI KITA PUN ADA MASALAH INI JUGA SEBAB FAKTOR UTAMA TU HEHEHE BERAT BADAN. KITA BOLEH CUBA LAH CARA NAK JAGA APAK KAKI SUPAYA TAK MEREKAH OK THANKS SHARE NGAN KITA…
Terima kasih atas perkongsian ya. Baru tau ada cara rupanya untuk hilangkan tumit merekah ni. Alhamdulillah setakat ni saya punya tumit okay lagi.
Terima kasih dengan info yang dikongsikan. Terutama tentang tips penjagaan tumit kaki. memang menarik
Wah ! Ini sudah bagus! Cx pon skrg tengah alami tumit kaki kering dan merekah. Bagus betul tips ini. Thank you sebab kongsi tips terbaik mcm ni!
mek biasa guna pelembab safi untuk elakkan rekahan tumit. setakat ni memang menjadi sangat dengan mek.
Kadang2 smpai tersangkut tumit kat kainbaju kurung sbb pecah teruk sgt.heheheh
Rekahan ni kadang sebab banyak jalan dekat simen..biasalah rumh kan..huhu..boleh dicuba ni nanti..tengok kalau ade mood rajin
Bagus tips jaga tumit kaki ni, nanti kalau tumit pecah boleh la cuba. Lama plak rasanya tumit kaki tak pecah, biasanya kalau pecah sebab terlampau lama berdiri dekat dapur, lagi2 kalau lantai dapur basah lagi teruk rekahan tu.. anyway, thanks for sharing this info ye..
Vaseline mmg bagus bibir kering pon sapu tu cepat lembab. Hehe cuma tak pernah plak ena cuba kat kaki ni. Boleh ena cuba tips ni
Waa..thanks di atas perkongsian. Walaupun tumit kaki eiza ok, tapi nak cubalah cara ni sebab nak sental seminggu sekali. Iyalah, muka, badan…kita boleh scrub. Kaki pun nak juga kena scrub kan.
dulu masa muda-mudi rasa macam x kesah sangat kalau ada org ckp pasal tumit kaki nie. sebab halus bersih je. tp bila semakin meningkat dewasa nie, rasa sedih tengok tumit kaki sendiri. ahhahaa.