Assalamualaikum WHB dan Salam Sejahtera buat semua sahabat di alam maya daripada saya Salina Johari – Blog saljohari.com . Lebih mesra dipanggil Sal , suka bersederhana dalam apa jua yang dilakukan . Dunia blogger merupakan platform sampingan dan bukan keutamaan . Tidak mahu minat membatasi segalanya dan adakalanya di sinilajh tempat mencurahkan segala idea atau bakat yang terpendam dalam dunia penulisan . Semua orang mungkin boleh menulis tapi tak semua yang mampu jadi penulis . Betul tak ??
Blogger Picisan Blog saljohari.com
Dunia penulisan sememangnya tak pernah luput dari dalam diri ini sejak di bangku sekolah lagi . Mula terjebak dalam dunia blog seawal tahun 2009 . Bertatih terlebih dahulu , kemudiannya merangkak sambil mencari kenalan dalam dunia sealiran – DUNIA BLOGGING
Syukur Alhamdulillah , rupanya Sal tak keseorangan sebab dalam dunia blogging ni pun kita akan jumpa komuniti yang sekepala dengan kita . Bila dah jumpa geng , memang best la . Tambah masa Sal mula berjinak dalam dunia blogspot , meriah betul dengan Give Away atau lebih dikenali sebagai GA . Tak ketinggalan jugak la buat GA . Seronok bila kawan kawan dapat hadiah dari kita walau tak seberapa tapi tanda kenangan dan yang pasti ikatan ukhuwah itu semakin erat
Info & Ilmu Parenting saljohari.com
Bermula dari sekadar berkongsi kisah Keluarga (Parenting) dan Gaya Hidup (Lifestyle) , Sal mula aktif menulis dalam arena review atau memberikan maklum balas terhadap sesuatu produk . Produk tu Sal gunakan terlebih dahulu untuk tengok sejauh mana keberkesanan , barulah Sal berani dikongsikan . Tak berani nak main komen ok je atau yang indah indah tanpa pakai atau rasa dulu produk tu .
Perkongsian Sal dalam dunia penulisan melalui platform maya ni Sal perincikan sedikit demi sedikit kepada genre Kesihatan , Kecantikan , Resipi dan Travel . Tapi paling top yang terpaling Sal kongsikan adalah berkaitan dengan anak anak . Memang niat asal nak simpan kenangan bersama anak anak . Bila rindu zaman anak masih kecil , boleh jugakla tatap atau baca balik aktiviti yang pernah Sal luangkan bersama . Rasanya ramai geng mak mak yang berkecimpung dalam dunia penulisan maya bermula macam niat asal Sal

Perubahan Zaman Dunia Blog Semakin Dirasai
Masa makin berubah , jika dulu Sal rasa apa yang dikongsikan dalam ni sekadar untuk diri sendiri sahaja . Lama kelamaan baru Sal sedar yang adakalanya perkongsian Sal dapat dimanfaatkan oleh insan lain . Macam contoh tadi Sal katakan melalui maklum balas penggunaan produk , tips kesihatan , kongsi resipi yang kita masak dan banyak lagi . Oh ya !! Bercakap mengenai resipi ni pulak kan , Sal bukan la ‘kaki masuk dapur’ tapi agak banyak jugak la resipi Sal dah try . Jangan kata tak reti masuk dapur tau . Boleh je tengok resipi yang Sal share dalam blog ni dan mana yang Sal share tu Sal dah try masak sendiri .
Nak jugakla kita rasa air tangan sendiri kan ??
-SalJohari.com-
Hampir lupa pulak , Sal ni obses gak dalam dunia breastfeeding tau . Siap masuk kelas dan join gathering . Yelah , demi mencari ilmu penyusuan . Masa tu baru anak sorang .. sure la kena cari gali . Tapi seingat Sal la , zaman mula mula ber’blog dulu .. tak kisah pun nak story pasal apa . Story tak panjang pun tak pe sebab untuk diri sendiri . Macam Sal kata tadi – untuk jadikan kenangan .
Bila anak anak dah menginjak masuk ke zaman persekolahan .. Sal mula beralih arah berkongsi mengenai kelas kelas pembelajaran secara fizikal dan online . Sebenarnya banyak perkara yang kita boleh perolehi hanya di hujung jari sahaja sehingga ke saat ini cuma kena bijak dan sesuaikan pada situasi
Beralih Dari Blogspot Ke Domain
Bila menulis ni , kita perlu ikut kesesuaian semasa . Dari suka suka , Sal mula serius dalam berkongsi artikel di sini dan sedikit sebanyak penulisan Sal banyak jugak yang dah berubah . Tambah bila dah tukar ke domain , banyak penambahbaikan yang perlu Sal buat . Join Kelas SEO – Search Engine Optimization untuk menambah ilmu dalam word press pulak . Mulanya Sal macam tak ambil kisah tapi rupanya tersimpan seribu satu manfaat bila kita menulis dan utamakan SEO
Korang pernah dengar tak yang ramai dalam kalangan blogger sekarang lebih prefer untuk kejar rating yang mana nak artikel berada di first page carian GOOGLE ? Rasa semangat sikit bila nak menulis untuk kita tengok sejauh mana ranking artikel kita tu . Seronok jugak la bila artikel kita tersenarai di laman pertama carian Google . Pastu kena aktif update tau , tu untuk jaga rating atau pageviews . Tak buat macam tu , blog korang confirm jadi sendu kat carian Google. Macam Sal sendiri pun kadang kelaut nak update .. huhuhu
Dunia Blog Ada Batas Yang Perlu Dijaga
Apapun , korang kena ingat yang dalam apa jua perbuatan kita ni kena ada batasnya . Macam tu jugak dalam dunia blogging . Yang baik diteruskan yang tak baik tu kita simpan kemas dan ikat rapi . Sal selalu cabar diri untuk buat yang terbaik dalam semua perkara demi masa depan diri dan keluarga . Yakinlah kesusahan yang kita hadapi pada hari ini adalah ‘cara’ Allah SWT mendidik kita menjadi insan yang lebih baik . Jangan sesekali menyimpan iri hati dan dendam sesama insan serta perbaikilah hubungan dengan Allah SWT .
Berpegang kepada – berhenti berkeluh kesah sebaliknya lihat kehidupan ini dengan mata hati . Dekatkan diri dengan Yang Maha Esa dan sentiasa bersyukur atas segala nikmatNya . Selagi kita menjaga urusan kita dengan Allah SWT , maka yakinlah Allah akan memudahkan urusan kita dan menjaga hubungan kita dengan insan yang lain kerana Allah memegang setiap hati hambaNya .
Mungkin selama ini ketika kita sedang senang dan bergembira , kita sering lupakan Allah . Ujian yang diberikan ini adalah tanda kasih sayang Allah . DIA mahu kita kembali dekatkan diri denganNya.
Penulisan Dunia Blogger Salina Johari
Segala pandangan yang diutarakan lahir dari dalam diri dan tiada kaitan dengan yang lain . Tiada jua kaitan dengan mereka yang sudah tiada di bumi milik Allah SWT .
Segala pandangan , komen yang membina , idea , pandangan yang positif .. sangat dialu-alukan kerana proses pembelajaran serta ilmu itu sentiasa berterusan ibarat air yang mengalir tiada hentinya .
Sudikan tinggal jejak di komen ya . Buat rakan taulan yang baru singgah .. Salam Perkenalan & Terima Kasih !!
For any collaboration with me please find me here :
Instagram : www.instagram.com/salina_johari
Facebook : www.facebook.com/ct.salinajohari
Twitter : www.twitter.com/SalinaPro
Email : ctsalinajohari@gmail.com
