Musim sekolah kembali membuka tirainya dan seperti biasa, golongan ibu bapa yang ter’paling sibuk membeli keperluan sekolah untuk anak anak. Namun , dalam keterujaan untuk membeli , kita sering terjebak dengan pembelian yang tidak berapa penting atau perlu. Oleh itu , perancangan yang bijak amat penting untuk memastikan perbelanjaan buka sekolah tidak terlalu membebankan kewangan – Bijak Belanja Buka Sekolah

Tips Bijak Belanja Buka Sekolah
1. Buat Senarai Perkara Yang Perlu Dibeli
Sebelum keluar membeli, pastikan anda membuat senarai barang yang benar-benar diperlukan. Melalui senarai yang lebih jelas (checklist), anda akan lebih mudah membuat keputusan dan mengelakkan pembelian barang yang tidak perlu. Ini juga membantu menguruskan bajet dengan lebih berkesan.
2. Utamakan Kualiti Berbanding Kuantiti
Apabila membeli barang sekolah, pastikan anda memilih barang yang berkualiti walaupun ia mungkin sedikit mahal. Contohnya, memilih beg sekolah atau kasut yang lebih tahan lama. Ini akan mengurangkan keperluan untuk membeli semula dalam masa terdekat, sekaligus menjimatkan wang. Lebih berbaloi sebenarnya !!
3. Tawaran Promosi dan Diskaun
Banyak kedai dan platform dalam talian menawarkan diskaun besar-besaran semasa musim buka sekolah. Jangan lepaskan peluang untuk membeli barang keperluan seperti buku teks, alat tulis, atau pakaian sekolah pada harga yang lebih murah. Pastikan anda menyemak tawaran ini terlebih dahulu sebelum membeli.
4. Beli Secara Berperingkat
Jika bajet agak terhad, elakkan membeli semua barang keperluan sekolah dalam satu masa. Mulakan dengan keperluan yang paling penting seperti buku atau uniform. Keperluan lain boleh dibeli secara berperingkat, sesuaikan dengan kemampuan kewangan. Ini dapat membantu mengurangkan bebanan atau tekanan dalam kewangan.
5. Pilih Barang Multifungsi
Selain membeli barang yang khusus untuk sekolah, pertimbangkan untuk membeli barang yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Sebagai contoh, pilih beg sekolah yang juga sesuai untuk aktiviti luar atau kasut yang boleh digunakan untuk sukan. Lebih multi purposes dan mengurangkan pembelian barang secara berlebihan.
BACA JUGA : PUSAT PAKAIAN HARI-HARI
6. Pertimbangkan Barang Terpakai
Tidak salah untuk membeli barang terpakai (pre-loved) yang masih dalam keadaan baik, seperti buku rujukan atau pakaian seragam. Barang terpakai yang berkualiti boleh didapati dengan harga yang jauh lebih murah daripada membeli baru dan ini merupakan pilihan bijak untuk menjimatkan kos.
7. Bandingkan Harga Sebelum Membeli
Jangan terburu-buru semasa membuat pembelian. Ambil masa untuk membandingkan harga dari pelbagai kedai atau laman web secara online. Adakalanya harga di tempat yang berbeza mungkin lebih murah dan berbaloi dan anda mungkin dapat tawaran yang lebih baik jika menyemak dengan teliti.
Secara kesimpulannya, dengan perancangan yang rapi dan bijak anda bukan sahaja dapat memastikan anak-anak mempunyai keperluan sekolah yang mencukupitetapi juga dapat mengurangkan pembaziran. Ingat, bijak berbelanja adalah kunci untuk menjaga kewangan keluarga agar lebih stabil.
Semoga tips-tips ini sedikit sebanyak dapat membantu parents di luar sana dalam menghadapi musim buka sekolah dengan lebih tenang dan teratur.