| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sahabat |
Weekend baru ni Sal dan anak anak ke Taman Eko Rimba , Bukit Nenas . Ingat tak sebelum ni Sal penah share tentang pendaftaran Kids Eco Dash Fun Run . 1st time anak anak Sal join Fun Run . Memang dah terniat lama nak join cuma tak berkesempatan lagi . Punya la semangat anak anak pagi Sabtu tu , awal betul bangun . Marah Khalish sebab ibu siap lewat . Biasa laaa , ibu kan perempuan … hehehe. Dari semalam lagi Khalish dok cakap nak join sebab nak dapat Pengalaman Baru Kids Eco Dash 2017 .
Pagi tu Khaleef & Khalaf memberi komitmen yang sangat padu , senang nak dimandikan dan bersiap . Beza betul dengan hari sekolah . Faham je la kan anak anak ni bila kita nak bawak berjalan . Sal kena gerak awal ke lokasi sebab size baju Khalish & Khaleef kena tukar . Rasanya bila follow ukuran yang diberikan oleh penganjur , betul dah . Nasib baju Sal & Mr Hubby as volunteer muat tau !!
Sampai sana terus parking kat bawah , ingat nak naik gak parking kat atas KL Tower tu . Hurmmm … takut lak even habis lewat . Kat atas parking sejam RM4 , belah bawah .. skali masuk RM10 . So bawah je la , lagi pun ada van disediakan untuk peserta . Cumanya kan yang Sal perasan part masa tu agak tak menentu .
Mungkin pihak penganjur boleh set timing kot untuk letak van banyak sikit sebab bila peserta dah mula ramai agak sesak la jugak . Mujur family yang kongsi transport dengan Sal sporting , sesak sikit tapi idak lerr jauh kan dari bawah nak naik ke atas . Dan jangan tak tahu , time nak turun kami anak beranak termasuk beberapa family blogger turun jalan kaki .. tunggu jugak transport tapi tak nampak bayang . Anak anak pun bila dah kepenatan tau la , mula buat perangai . Sal pujuk anak anak sambil tu bagitau kita buat walkathon .. huhuhu pujuk secara revise psychology !!Alhamdulillah , anak anak follow … kalau tak haru jugak .
Excited Khalish , Khaleef & Khalaf waktu sampai . Pandai penganjur attract anak anak dengan Petting Zoo . Teruja anak anak Sal tengok arnab . Bila anak happy , kita mak pak ni tumpang jugak kan . Khalish mintak nak pegang , Sal tak bagi , dibuatnya melompat keluar nanti .. naye gak cuma Mr Hubby pegang dan sua pada anak anak . Khaleef & Khalaf pun bukan berani sangat .


Sebelum larian bermula , ada sesi warming up untuk anak anak . Terhibur jugak la sebab penganjur yakni Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia atau lebih dikenali sebagai MoTAC libatkan penari khas untuk menyerikan lagi aktiviti . Kemain anak anak Sal menari ‘Chicken Dance’ & ‘Baby Shark Dance’ .. comel bila anak anak menari . Khalish paling suka masa ni sebab bff – kembar dia pun join gak . Khalaf pun sama .
Dah ramai ramai tu kan , Khalish asyik hilang dari pandangan Sal cuma Sal takde la risau sebab lokasi selamat dan agak terkawal , kiranya Khalish tak kan ke mana selain dari area Taman Eko Rimba ni je .Tetiba teringat kisah Khaleef & Khalaf yang lost kat LEGOLAND . Sal tak story lagi ni …
Meh jap kita layan gambar yang Sal sempat snap sebelum larian bermula …




Bila larian dah bermula , satu cabaran bagi Sal & Mr Hubby . Anak yang masuk larian , kami yang berkejaran nak follow up , yelah bila dah ramai tu terkadang jadi keliru gak . Bukan apa , takut terlepas pandang . Untuk sesi larian by kategori Kids Eco Dash ni , Sal agak berpuas hati sebab ada diselitkan cabaran cuma part yang paling Sal khuatir bila dilepaskan anak anak secara beramai ramai . Bila buat di jalan tar , mau nyer tak risau . Sure ada yang jatuh , berpusu kan anak anak ni bila dilepaskan . Masing masing nak lari laju .
Sal sempat gak bisik dan bertanya dengan salah sorang kru penganjur , semua anak anak akan dapat ke medal untuk larian ni . Jawapannya semua dapat so ingatkan nak la suruh anak anak Sal tenang je ala ala walkathon . Rupanya tak dan nak bagitau , semua semangat dah lari . Dan Sal memang tak sempat pun nak follow track larian anak anak. Cuma tunggu kat garisan penamat . Lagi pun Sal nak ajar anak anak berdikari dan ada di antara parents yang follow anak anak . Ada la jugak kru dan volunteer yang follow , so pandai la Khalish , Khaleef & Khalaf bawak diri !




Lucu tengok Khalaf , setenang manusia . Sambil lari penat agaknya . Nak sampai ke garisan penamat Sal nampak dah pegang air mineral . Relax & chill . Semakin mengingatkan diri Sal , anak anak ibu semakin membesar . huhuhu .. Apa pun weekend lepas amat menyeronokkan anak anak . Terima kasih pada pihak MoTAC dan diharapkan aktiviti seumpama ini akan diteruskan di masa akan datang dengan sedikit penambahbaikan agar lebih sukses .
Jom tengok anak anak Sal dengan medal masing masing . Bagai gaya ha !!



Ingat tau .. ada masanya , ruang dan peluang yang ada perlu digunakan sebaik mungkin bersama keluarga !!

Nampak seronok anak2 kat sana yea kak. Tak sabar pulak tunggu mikhail ni besar, nak join aktivit camni
Biasalah budak2 kaau dpt chance tuk berlaei.. serinok bukan kemahen lagi kan. Lgi2 ramai2 mcm tu