| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sahabat |
Salam Maal Hijrah 1439 . Moga untuk tahun baru ini , kita dapat tekadkan keazaman agar perjalanan kehidupan kita menjadi lebih baik dan bermakna daripada sebelumnya . Inshaa Allah . Korang buat ape je cuti panjang ni ? Sal tak kemana pun . Rutin macam biasa , layan anak anak .. masak .. lepaking kat rumah . Sambil rehatkan diri . Dalam pada dok rehat pun dapat gak panggilan telefon dari nombor yang tak dikenali . Geram betul bila ada nombor yang pelik call . Ajaib !! adakah ‘Scam Macau’ Penipuan Melalui Telefon Kembali Aktif ??
Kenapa la ‘Scam Macau’ Penipuan Melalui Telefon Kembali Aktif ??
Nama pun ‘ scammer ‘ .. sampai terlintas di fikiran , jangan jangan ‘ orang dalam ‘ jugak yang sebarkan no telefon kita pada ‘ mereka yang berkepentingan ‘ Dan baru ni jugak Sal ada terbaca Siaran Media dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM . Nah , jelas membuktikan kegiatan Macau Scam atau Penipuan Melalui Telefon kembali aktif !!
Sila prihatin ya korang . Jangan sampai pihak yang tak sepatutnya tahu mengenai info sulit korang macam pengenalan diri ke .. no kad pengenalan atau soalan/jawapan kerahsiaan yang digunakan sewaktu menggunakan internet banking .
Sangat bahaya wooo . Pelbagai cara digunakan dalam pada kita sedar atau tak .. kita telah terpedaya . Scammer ni bijak dan sangat bergeliga otaknya . So berhati hati ya dan seandainya timbul keraguan , sila laporkan terus pada pihak berkuasa . Sesuka hati betul , kadang kita ni banyak lagi keja lain nak dikejar selain dari asyik nak angkat call je . Bila tak diangkat , buatnya ada kes kecemasan lagi la rasa serba salah .
Disini Sal sertakan Siaran Media tu ya . Sila baca dan hadamkan sampai abis . Jangan sampai korang terjerat !!




perghh bahayalah.. hmm kena ignore je unknown call and messages
pernah dapat…tapi tak angkat pun… sebab dah install tru caller kan..
Sekarang saya agak curiga walaupun dah amalkan bersangka baik..
mana-mana nombor yang tidak dikenali saya tidak jawab..
jika ada urusan guna whatsapp..
lebih ‘secure ‘