Bila Terpilih Sebagai Blog Pilihan Ben Ashaari .. Tips Nak Jadi Blogger Terkenal

Terkenal kejap je dah rasa ala retis . huhuhu … Sal suka singgah blog Ben Ashaari sebab pelbagai ilmu boleh dapat bila singgah laman santai dia dan untuk berjaya menjadi blogger terkenal , kita perlu usaha ‘extra’ sikit dan kalau dok diam memang tak ke mana laaa . Sape yang nak jadi blogger yang berjaya perlu ‘follow rapat’ Bro Ben ya .
Dari seorang yang berkerjaya , dia sanggup tinggalkan dan jadikan profesion ‘blogger’ sepenuh masa sebagaifokus utama . Kagum betul Sal !! Harap satu hari nanti Sal boleh jadik gak gitu sebab bila dan jadi blogger sepenuh masa , maybe boleh lebih bersama dengan anak anak dan family .
Pernah jugak blog Sal ni usang sekejap , mungkin sebab busy tambah dengan sikap kemalasan . Tapi Sal tak boleh beralah dan Sal akui tak boleh berpisah dengan dunia penulisan . Bila dapat tips dan semangat dari Ben , boleh jer ada idea nak buat entri . Jangan kata takde idea ya !
Persekitaran kita pun ada banyak perkara yang kita alami dan boleh je olah jadi sebahagian daripada cerita . Janji ada kesungguhan dan minat tau .. dan Sal paling bertuah la jugak sebab dapat join Kelab Blogger Ben Ashaari .

