Best Ke Gambang Water Park – Suka tengok gelagat dua beradik Khalish & Khaleef yang dah tak sabar nak ke Water Park Gambang . Ni hari kedua short #kelabbloggerbenashaari . Percutian yang ditaja , sape tak suka kan … Syukur , Alhamdulilah .
Biar Benar … Best Ke Gambang Water Park
Dari hari kami sampai lagi Khalish dah heboh nak swimming tapi tak sempat . Dan hari Ahad tu pulak bila bangun je dari tidur … hujan . Takde rezeki lagi .
Camne nak buat ek , tapi teringat bila sorang kenalan penah cakap kalau hujan berterusan takpe bagi anak anak main hujan . Memang ada niat pun nak bagi anak anak main hujan . Dan inilah masanya kot kan . Bila lagi dan Sal sendiri pun dah lama tak berhujan . Sekali sekala , harap taklah demam . Aamiin ..
Meh kita cuci mata tengok gelagat anak anak Sal :



Korang Kena Tahu Betapa Bestnya Gambang Water Park
Tak banyak gambar yang Sal sempat snap sebab hujan . Nak pantau lagi aktiviti Khaleef dan
takut camera kena air pun ye jugak , hehe . Sebab bukan gopro pun . Khalish pulak dengan Mr Hubby . Inshaa Allah lepas ni nak repeat lagi datang sini .
Tak sempat nak explore semua sebab kekangan masa . Dalam kepala ligat fikir nak check out .Tapi memang best la Water Park Gambang . Sesuai sangat untuk Khalish dan Khaleef … Khalish paling suka Kiddie Slide , berani betul dia naik sorang .
Nextime nak bawak skali Khalaf dan nak sewa Cabanas . Sempat gak beli toup up tapi redeem balik sebab memang tak sempat nak beli pape pun . Masa chek in ke Bukit Gambang Resort City Sal diberi 3 voucher – ada Welcome Drink , Safari Park dan Water Park , bilik penginapan pulak di Carribean Bay Suites . Cukup selesa untuk Sal sekeluarga sebab ada 2 bilik disediakan .
tq Ajeeb…ni la rupa voucher…

Cuma yang kurang sikit kat sini masa breakfast sebab kena beratur panjang . Kita kena tulis no bilik . Kan best kalau ada voucher so boleh by pass je … hehehe . Bila dah ramai sure crowd sikit tempat makan dan paling yang agak mengecewakan adalah menu makanan sebab tak banyak pilihan .
Sempat Sal berborak dengan sorang kakak yang pernah datang sini , kira 2nd time la akak tu datang . Dia kata sebelum ni ok je banyak stall yang ada dan banyak pilihan makanan . Sekarang je dah kurang maybe sebab harga dah naik kot .
Harapnya untuk 2nd time Sal datang sini tak lah berulang lagi dan banyak pilihan makanan . Kiranya berbaloi la dengan bayaran yang dikenakan ataupun next option datang sini kena dok homestay . ..boleh buat aktiviti BBQ….kan..kan – Best Ke Gambang Water Park
Kalau korang nak tahu details tentang Gambar Water Park , meh klik :


