Umur ialah anugerah ALLAH SWT kepada kita. Ia hanya bekas yang
boleh diisi sama ada dengan pahala atau dosa..Orang yang beriman akan
sangat bimbang mengisi bekas umur ini dengan dosa kerana
takut kesannya pada hidup..
Sebagaimana orang kita… kalau ingin meracun lalang..dibancuh racun di dalam
baldi..Baldi sebelum diguna semula untuk tujuan lain akan dibasuh
sebersih bersihnya…kerana bimbang kesan buruk racun jika
tidak dibersihkan..
Maka sebagaimana kita basuh baldi yang berisi racun…
bimbang akan kesan buruknya…demikianlah bekas umur kita yang wajib dibasuh
dengan amalan soleh jika pernah diisi dengan dosa
– Petikan Kuliah Tok Guru ketika mentafsirkan Surah Al-Asr –
Tapak kaki kita kalau dah keras…pijjak paku atau duri takkan terasa apa sebab
tumitnya dah keras…Tapi kalau tapak kaki yang lembut…terpijak duri sikit saja dah berdarah…
Demikianlah juga hati…kalau ianya sudah keras…tak terasa lagi bersalah kalau buat dosa…
– Datuk Nik Abdul Aiz Nik Mat –
………………………………………
Sabda Rasulullah SAW:
“Daripada Abdullah bin ‘Amru fin al ‘Ash Rodiyallahu ‘anhuma,
aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawasanya Allah s.w.t tidak mencabut (menghilangkan) ilmu itu sekaligus
dari dada manusia, tetapi Allah menghilangkan ilmu dengan mematikan alim ulama.
Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang
jahil sebagai pemimpin mereka, dan apabila pemimpin jahil itu ditanya, mereka
akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Maka mereka sesat dan menyesatkan orang yang lain.”
(Riwayat Muslim)
Jom Singgah;
Kelab BloggerBenAshaari