Aizel Music Academy Ampang Banyak Keistimewaan ..
Sal tak nak terlepas peluang nak tengok akademi muzik ni . Bila lagikan ?? Pagi tu Khalish & Khaleef pun teruja gak nak pegi . Sepantas kilat siap bila bagitau nak ke akademi muzik . Part berjalan memang pantas dyorang bersiap .. hehehe .
Perlu Pendedahan Muzik Pada Anak Anak …
Sal agak teruja nak dedahkan anak anak dengan muzik sebab anak anak dalam lingkungan umur 1- 6 tahun ni sangat cepat teransang kepada bunyi muzik . Melalui muzik juga anak anak akan zahirkan ekspresi dan rasanya pendidikan muzik juga akan ada masa anak anak di bangku sekolah so tak salah rasanya kalau kita dedahkan muzik di peringkat awal ..



Pelbagai alat muzik yang boleh dipelajari di Aizel Music Academy kelas vokal . Belajar teori muzik pun boleh , part alat muzik lagi la . Meh baca senarai alat muzik yang ingin dipelajari :
Ukelele
Violin
Piano
Clarinet
Trumpet
Saxophone
Giutar (Blues, Classical, Modern, Acoustic, Electric, Rock & Roll)
Drum
Flute
Cello
Viola
Er-Hu
Bass
Banyak kan…pilih je nak belajar yang mana satu dan Sal sempat la jugak tanya Teacher Endang . Boleh tak nak mintak Khalish buat trial pianowalaupun masa tu mood Khalish dah ke laut sebab lama sangat kot dok kat Akademi Aizel . Bukan apa seronok dan kagum Sal dengan kemahiran yang dimiliki oleh Teacher Endang ni .
Anak Melayu tulen yang mempunyai skill yang amat mendalam dalam bidang muzik . Masa tengok dia main Er-Hu pun Sal dah terpegun dan Teacher Endang mempunyai kesabaran yang amat tinggi dalam mengajar anak anak kecil , ffuhhhh….respect !!
Seronok tengok Khalish mengadap piano . Jari jemari mulus sambil mulut becok cakap note piano , keletah betul sambil tangan tak reti diam . Sabar je la Teacher Endang…
Di Akademi Aizel ni bukan hanya terhad untuk anak anak ya . Remaja dan dewasa pun boleh belajar sekali cuma jangan malu dan segan . Anda akan diajar sehingga pandai selagi ada kemahuan . Teacher yang ajar semua baik belaka. , jangan risau ya .
Menurut Falsafah Pendidikan Negara (FPN), pendidikan harus memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dari segi intelek, rohani dan jasmani. Penglibatan pelajar dalam kegiatan muzik akan memelihara aspek perasaan, kreativiti, nilai estetika, memperkembangkan kecerdasan mental, psikomotor dan nilai sosiolisasi – Aizel Academyof Music –






Assalam hai sekirannye memerlukn cikgu gtr ukulele drum blh pm sya atau call hp 0173314494…gtr.. Classical.. Eletrik… Akustik.. Bass gtr… Drum… Ukulele…
Hello! Masih buka ke Aizel Academy ni ya?
assalam sis…sya man..kiranye memerlukn cikgu gtr blh calll sya…
call 0172088010 man