Assalamualaikum dan Salam Zulhijjah 1442H . Nak tanya sikit , muka korang ok tak bila pakai face mask ? Sal tanya ni sebab terperasan sejak zaman pandemik melanda .. kulit muka dah nampak lain . Dengan naik jerawat pasir , agak kusam dan kulit muka naik kering kulit muka . Geram gak maybe sebab terlalu lama pakai face mask dan dalam tak sedar masa pakai tu ade jugak la menggaru pipi yang tak sengaja gatal . Korang pun tahukan face mask diperbuat daripada apa dan sampailah Sal cuba Clay Soap-Free Purifying Gel – pencuci muka Azymacare tanah liat merawat kulit wajah bermasalah

Pencuci Muka Clay Soap-Free Purifying Gel Keluaran Terbaru Azymacare Dari Tanah Liat
Kalau sebelum ni Sal dah pun try mandian Azymacare Body Wash yang mempunyai banyak khasiat , especially dalam membantu menyelesaikan masalah kulit badan . So tak salah seandainya kalini nak try pencuci muka Azymacare pulak kan ?? Pernah jugak terniat gini
Bila la agaknya Azymacare nak keluarkan cleaser muka yang berasaskan tanah liat
Sal rasa korang pun tahu dan mungkin ada yang dah terbaca testimoni keberkesanan Azymacare Body Wash terutamanya yang ada masalah kulit gatal , sensitif atau alergik . Ramai yang bagi maklum balas positif dan ada yang dah jadi pengguna setia mandian Azymacare
So untuk kalini .. mungkin dah ‘berjodohan’ agaknya dapat la Sal pakai pencuci muka Azymacre yang lebih dikenali sebagai Clay Soap-Free Purifying Gel Azymacare . Kesukaan tau bila dapat guna sebab Sal memang suka pencuci muka yang kurang buih , berasaskan tanah liat , ada kandungan royal jelly atau propolis .

Pilihan Terbaik Pencuci Muka Clay Soap-Free Purifying Gel Azymacare
Pertama kali nak cuba pencuci muka Clay ni kan .. Sal dok ralit belek dan baca kandungan yang ada
- berasaskan tanah liat dan ekstrak botanikal
- Koalin Clay
- Lavender
- Aloe Vera
- Cucumber
- Chamomile
Siap ada bonus lagi dengan dua tambahan bahan aktif semulajadi , menjadikan ia pencuci muka yang amat istimewa khusus untuk kulit wajah iaitu Royal Jelly dan Bee Propolis
Korang sure sedia maklumkan yang Royal Jelly dan Propolis ni banyak manfaat dan bila digunakan sebagai bahan untuk merawat kulit muka memang terbaik . Lagipun Clay Soap-Free Purifying Gel Azymacare ni diyakini dari segi bahan yang terkandung dalam proses penghasilan dan telah mendapat sijil dan diuji secara dermatologist serta hypoallergernic oleh pakar kulit
BACA JUGA: AzymaCare Body Wash Yakin Bersih Sepanjang Pandemik
Sal memang yakin nak guna Clay Soap-Free Purifying Gel Azymacare tambah bila takde
- Parabens
- SLES
- SLE
Clay Soap-Free Purifying Gel Azymacare Dijamin berkualiti dengan 100% tanah liat asli tanpa bahan yang boleh memudaratkan kulit muka macam bahan terlarang atau kimia , mendapat pengiktirafan HALAL dari pihak Jakim , mempunyai NPRS – NOT210405478K dan berstatus kilang ISO , US FDA & GMP
Manfaat Royal Jelly dan Bee Propolis Yang Korang Kena Tahu
Royal Jelly
- Rembesan yang menyerupai susu dan terhasil dari kelenjar pharyngeal koloni lebah madu sebagai makanan eksklusif untuk ratu lebah
- Kaya dengan nutrisi seperti protein , air , gula , lemak , garam, vitamin dan asid amino untuk menyokong kesihatan dan tumbesaran , menambah kesuburan , membekalkan tenaga
- Dalam kosmetik , Royal Jelly digunakan untuk membantu menyihatkan kulit dan menjadikannya lebih berseri kerana kandungan nutrisinya yang kaya dengan asid amino, vitamin dan mineral
- Royal Jelly juga dapat membantu mengekalkan kelembapan kulit

Bee Propolis
- Campuran melekit seakan resin yang dihasilkan lebah madu daripada air liurnya dan juga rembesan yang terkumpul dari tunas atau getah pokok serta sumber botani yang lain
- Digunakan sebagai gam bagi mengukuh , membaiki dan mengisi rekahan pada sarang lebah
- Dalam produk penjagaan kulit , propolis membentuk lapisan pelindung pada permukaan kulit juga menjauhkan perengsa yang mungkin menyebabkan kerengsaan dan noda kulit. Berbekalkan sifat antibakteria, propolis juga telah digunakan sebagai antiseptik semula jadi untuk luka.
- Mempunyai ciri anti-bakteria dan anti-oksida untuk melindungi kulit
- Propolis dapat membantu menghilangkan pori secara semula jadi untuk memberikan kulit yang bersih dan licin.
- Pelbagai vitamin, mineral dan asid amino yang terdapat dalam propolis juga membantu menyuburkan kulit, memberikan nutrien penting yang diperlukan
- Propolis telah digunakan untuk menyeimbangkan masalah kulit dan menenangkan kulit yang bermasalah , melembabkan dan melembutkan kulit
- Antioksidan yang terdapat dalam propolis dapat membantu proses penyembuhan luka dengan merangsang aliran darah dan mengurangkan peradangan
- Propolis terdiri dari nutrien yang mendorong pertumbuhan sel yang membantu mempercepat proses penyembuhan sambil meningkatkan sistem kekebalan tubuh
- Dikenali juga sebagai antibiotik semula jadi dengan sifat antibakteria yang kuat , melawan pelbagai jenis kuman , melucutkan virus dan melawan jangkitan
Banyak betul manfaat Royal Jelly dan Propolis kan ?? Dari segi tekstur dan bau Pencuci Muka Clay Soap-Free Purifying Gel Azymacare ni memang buat Sal jatuh cinta tau . Mengandungi 50ml gel yang berwarna putih krim dengan tekstur gel yang sangat halus dan tidak terlalu pekat . Just nice je masa nak guna sebab Sal pun picit sikit je gel . Serious dah boleh cover area muka dan menjimatkan !!

Kesan Penggunaan Clay Soap-Free Purifying Gel Azymacare-Clay Soap-Free Purifying Gel Pencuci Muka Azymacare Tanah Liat Merawat Kulit Wajah Bermasalah

Korang picitkan sikit tube gel pencuci arah ke tapak tangan dan gosokkan dengan sedikit air sahaja . Sal pulak terus calit tang muka pastu gosok lembut . Sebelum tu tangan dah siap basah dan muka pun dah dap-dap dengan air

Rasa dah yakin kekotoran atau kesan make up dah tanggal dari kulit muka , korang bila la . Takyah beria sangat sebab buih pun tak banyak so cepat je hilang rasa sabun kat kulit muka tu . Hasilnya korang akan rasa kulit muka lembut dan segar .
Nak guna sebagai mandian baby pun boleh . Yang mempunyai kulit muka sensitive , nipis .. sangat recommended !!
Sal suka guna sebab bau citrus nyaman weehhh . Nak pakai banyak kali sayang la pulak .. hahaha . So Sal gunakan 2 kali je sehari . Dah seminggu dua jugakla pakai pencuci muka berasaskan Clay Soap-Free Purifying Gel keluaran terbaru Azymacare ni . So far kulit muka jadi lebut dan jerawat pasir pun beransur hilang . Rasa macam kulit muka berseri dah tak kering lagi . Memang lain dari pencuci muka yang Sal pernah guna di pasaran

Mehla try korang sebab sekarang ni ada harga promosi untuk pencuci muka Clay ni dalam RM29 . Berbaloi sangat dah , kalau tak lepas ni harga dia akan kembali ke RM34. Packaging pun just nice untuk simpan dalam bag keja harian dan guna waktu nak cuci muka untuk solat di office
Nak beli secara online mai siinggah ni
https://www.azymacare.com/beli-produk/
Maklumat lanjut layari:


Yes. Rawlins pun tengah mencari cara menghilangkan jerawat pasir yang bermaharajalela nie. Boleh la nak try this clay soap.
Tanah liat memang elok untuk kulit muka. Ni baru 1st time tgk ada produk guna tanah liat. Memang best! Sejuk je kan
Wahhh dah ada pencuci muka pula ehhhh. Bagus betul jenama ni. Clay Purifying Gel camni sesuai utk oily skin dan semua jenis kulit. Nanti nak cari lah. Hehe. Tq share akak! Semoga bermanfaat untuk semua.
Good product with very affordable price kan! Sangat tertarik dengan ingredients yang digunakan dalam pencuci ni.. natural ingredients lak tue.. (Y)
Memang bagus laaa kalau sabun guna clay gini.. Sis tak pernah guna produk Azyma ni, ingat nanti nak cuba gak laaa