Assalamualaikum dan Salam Zulkaedah1442H . Tadi masa time rehatkan … Sal tertarik dengan infografik berkenaan penjagaan mata semasa guna komputer . Sal memang rabun dan sekarang ni kerisauan timbul bila anak anak kena mengadap komputer untuk PdPR . Serius memang rasa gundah gulana hati ni . Sebab tu bila terpandang info tentang penjagaan mata semasa guna komputer , terus nak buat entry .
Kesan Penggunaan Komputer Berpanjangan – Penjagaan Mata Semasa Guna Komputer
Penggunaan komputer secara berterusan terutamanya dalam jangka masa yang panjang sure akan meningggalkan kesan yang tidak baik kepada penglihatan mata . Setuju tak korang ? Bila dan rabun ni .. nak patah balik memang susah . Tapi zaman sekarang ni penggunaan gajet seperti komputer atau laptop memang tak boleh dielakkan .
Kena akur dengan kecanggihan teknologi terkini . Tapi part penjagaan mata ni Sal memang tekankan untuk anak anak . Sape tak risaukan sebab mata ni nak guna lama .. selagi bernyawa tu . Nak halang terus dari mengadap komputer tak boleh , dan yang mampu Sal lakukan adalah mencegah dan kalau boleh tak nak la sampai kena rawat . Selisih !!
Melalui info yang dikongsikan , dalam tak sedar rupanya sejumlah 25% hingga 93% kebanyakan orang mengalami simptom seperti berikut :
- Kabur mata
- Sakit kepala
- Mata kering
- Berasa sengal pada mata
- Ketidakselesaan penglihatan
- Sakit pada tengkuk dan belakang badan

Sure ramai dari kita yang pernah terasa simptom simptom kat atas ni . Masa mengadap komputer tu terkadang kita snediri tak perasan dah berapa lama . Macam Sal , once dah mengadap .. memang ralit dan leka . Tambah kalau tengah mengadap design ke . Berejam yakmat .
So lepas ni korang jangan amik mudah ya time buat keja . mengadap komputer . Kena rehat gak sebab bila kita gunakan komputer dalam jangka masa yang lama akan timbul beberapa kesan buruk iaitu :
- Penglihatan Lesu
- Sindrom mata kering
- Rabun penglihatan
Perlu Tahu Langkah Penjagaan Mata
Apa kata korang amik tahu lanjut tentang langkah penjagaan mata . Sal share sini sebagai peringatan kepada diri sendiri dan kot ada yang tengah mencari info penjagaan mata ke . Beberapa tips penjagaan yang boleh diambil adalah :

- Lakukan pemeriksaan penglihatan secara menyeluruh
- Pastikan pencahayaan yang sesuai seperti laraskan posisi lampu , gunkan penapis anti-silau pada monitor komputer , laraskan posisi monitor komputer
- Pakai cermin mata khas seperti yang disarankan oleh pakar mata
- Rehatkan mata jika mengadap komputer secara berterusan
- Jarak komputer yang ergonomik adalah 16 – 30 inci daripada mata , 10 – 20 darjah di bawah paras mata
- Kekalkan postur badan yang baik
So … nak jaga ke idak mata korang ? Sendiri nilai ya .. dan Sal pun tengah survey cermin mata yang khusus untuk anak anak pakai sepanjang mengadap laptop . Risau dengan sinar blue light tu ha . Jadinya kena la cari pelindung mata untuk dyorang . Ada dah Sal jumpa satu kedai spek ni , boleh tahan bagus servis yang disediakan tentang penjagaan mata .. area Bangi .
Nanti nak baca lanjut dan dengarnya musim PKP ni still boleh lagi berurusan tuk dapatkan cermin mata anti blue light tu . Memang takmo tunggu lama .. kita order je online . Dapat nanti Sal citer ya

BACA JUGA: Kesan Buruk Tengok Gajet
Setiap yang ada perlu dihargai sebaiknya


betul tu wfh ni memang banyak tengok pc, walaupun keja habis 4pm, tapi kalau ada email masuk masih kena attend huhu nanti share ye
Bagus betul bila akak share pasal penjagaan mata nie. Kadang kadang terlepas pandang, tak terjaga mata. Apatah lagi bila sepanjang masa tengok gadget je.
Rawlins pun rasa Rawlins dah kena lawat Optom nie. Dekat dengan rumah sebab Rawlins duk seksyen 1.
Lagi2 sekarang memang banyak mengadap komputer.
Memang asyik ngadap pc n phone je skrg ni. Mata sis ni mmg dah rabun..ni makin bertambah le lagi power nanti. Risau pulak dibuatnya..memang kena jaga jugak mata ni
Betul Sal , sekarang ni anak2 dah perlu pakai spek khas untuk jaga kesihatan mata sebab dah banyak menghadap gajet lebih dari buku untuk belajar.
Bagus ni.. memandangkan time odpr ni mmg memanjanb menghadao skrin.. penting ada perlindungan nata spt spec
Sis ni tengah nak cari mood pi kedai cermin mata, sebab cermin mata lama semua tibaa semua patah bingkai, lagipun lama dah tu lebih 3 tahun.. kat JB ni ada ke Optom ni?
Kami anak beranak pun guna pelindung cermin mata tanpa power macam kak sal. Terbaik kan