Setiap wanita yang berkahwin pasti mengimpikan alam kehamilan , cuma sebagai insan biasa ni kita tak tahu bila masa dan ketikanya kehamilan itu berlaku . Terpulang kepada Yang Maha Esa yang lebih Mengetahui akan segalaNya – Bahaya Risiko Selepas Bersalin .
Bila diimbas kembali , zaman pregnant memang best . Rindu pulak Sal dengan rutin pemeriksaan kesihatan – check up , dengar Adik Misi dok story tentang pengambilan makanan yang seimbang dan tak lupa tentang senaman prenatal . Dengar macam remeh je kan tapi part yang diceritakan tu la sangat penting .
Bagi yang baru pregnant , jangan ambil mudah tau dan setiap inci info yang dikongsikan oleh pihak kesihatan kena ambil berat . Tambah dengan situasi pandemik sekarang ni .. kena extra jaga diri dan kandungan .

Penjagaan Selepas Bersalin – Bahaya Risiko Selepas Bersalin
Sepanjang tempoh mengandung , Sal cukup suka kira pergerakan baby dalam perut . Keterujaan tu akan meningkat bila baby dalam kandungan seolah olah memberikan maklum balas bila kita berinteraksi atau bercakap dengan dia sama ada dengan cara tendangan atau pergerakan yang kerap .
Masa Sal dulu , memang nampak la bonjolan di perut setiap kali dia tendang . Baby boy kan .. melasak betul dalam perut !!
Dan tu baru part masa mengandung . Bila tiba waktu penjagaan selepas bersalin , ianya harus diberi perhatian yang lebih ya mommy . Pasangan kena mainkan peranan jugak sebab boleh dikatakan ia merupakan saat yang kritikal bilamana seorang ibu yang telah melalui proses melahirkan akan kehilangan banyak darah dan tenaga .
Para ibu amat memerlukan sokongan dan bantuan dari segi aspek mental dan fizikal dari ahli keluarga atau mereka yang paling hampir . Jangan dibiarkan wanita yang melahirkan seorang diri sebab dalam tempoh ini , seorang ibu itu sangat berisiko mengalami pelbagai masalah kesihatan .
Ketahui Risiko Selepas Bersalin
Ramai antara geng Sal yang waktu ni dalam pantang dan tak kurang jugak yang sedang mengandung . Sal macam biasa .. tumpang happy dan kalau boleh nak je share setiap inci experience yang Sal ada sepanjang tempoh penjagaan berpantang .
Cuma bersalin dalam situasi sekarang ni amat berbeza dengan dahulu . Kita kena patuh dengan SOP rentetan peningkatan jangkitan pandemik yang semakin berleluasa . Kalau dulu masuk labor room masih lagi boleh ditemani suami tersayang , tapi sekarang segalanya berubah .
Sebagai ibu , kita kena kuatkan semangat demi menantikan detik yang bersejarah . Kita nak bersemuka dengan insan kecil yang selama ni kita bawa ke mana sahaja … hehehe .
Tempoh Nifas Yang Panjang
Ibu yang baru melahirkan akan mengeluarkan darah nifas yang panjang dan hampir sama bentuknya dengan darah haid . Apa yang membezakan adalah tempoh nifas lebih panjang dari darah haid . Tapi sekiranya darah nifas berlarutan atau terjadi masalah tumpah darah… ada kemungkinan rahim ibu bermasalah . So dapatkan rawatan segera dan jangan berlengah ya .
Jangkitan Pada Luka
Jangkitan kuman boleh berlaku pada luka jahitan selepas melahirkan sama ada di vagina atau pembedahan . Kena extra penjaga sikit terutamanya dalam aspek kebersihan pada tempat luka untuk kurangkan risiko jangkitan . Sangat penting ya bagi seorang ibu tingkatkan sistem imuniti diri agar kuman dapat dihindarkan . Jangan lupa amalkan pengambilan makanan yang seimbang selain daripada vitamin sebagai tambahan .
Tumpah Darah – Bahaya Risiko Selepas Bersalin
Post – Partum Haemorrhage atau tumpah darah selepas bersalin biasanya berlaku selepas melahirkan anak . Kemungkinan juga berlaku apabila uri terlekat di dinding rahim . Sekiranya pendarahan terlaku banyak boleh menyebabkan kematian pada si ibu . Biasanya melalui info yang Sal baca , kejadian tumpah darah mungkin boleh berlaku dalam tempoh 48 jam selepas melahirkan anak atau seminggu kemudian .
Sekiranya dalam tempoh 48 jam tumpah darah berlaku dan uri telahpun dikeluarkan , puncanya mungkin disebabkan rahim tidak menguncup dengan baik atau terdapat saki baki uri atau selaput bayi yang tertinggal dalam rahim .
BACA JUGA: Panduan Penyusan Ibu Bekerja
Sebenarnya terdapat banyak punca berlakunya pendarahan .. yang mana kalau tak ditangani dengan segera seorang ibu itu bakal berdepan dengan risiko yang membahayakan dirinya .
Lendir Dalam Vagina
Lendir ni biasanya terjadi campuran dengan darah nifas . Kebiasaannya doktor akan bagi rawatan lanjut seperti memberi ubat antibiotik kepada ibu . Ada jugak berlakunya kejadian tumpah darah yang berlaku akibat jangkitan kuman yang serius .
Payu Dara Membengkak

Masalah yang kerap dialami oleh ibu yang baru melahirkan kerana saluran susu pada puting tersekat . Bagi mengelakkan ianya berlaku , ibu perlu rajin membersihkan puting susu dan buat urutan pada breast ke arah puting (kaedah menurun) bagi memudahkan pengaliran susu badan .
cara paling selamat adalah , ibu kena kerap susukan baby untuk elakkan terjadinya bengkak susu sebab kalau dibiarkan boleh mengundang jangkitan kuman .
Meroyan
Sesetengah ibu yang dalam tempoh berpantang adakalanya berdepan dengan tekanan emosi yang melampau . Keadaan ini amat berkait rapat dengan istilah meroyan . Tekanan yang dialami ketika proses kehamilan tak kurang hebatnya dan kemudiannya berlarutan sehingga selepas melahirkan .
Tekanan mental dan fizikal ternyata memberi kesan yang kuat terhadap jiwa seorang ibu . Akibatnya ibu akan mudah mengalami kemurungan malahan dalam sesetengah kes pula , terus menjurus kepada masalah sakit jiwa .
Oleh sebab itu , sokongan pasangan amat diperlukan terutamanya golongan suami untuk sentiasa membantu kepada isteri . Motivasi dari sahabat atau kenalan rapat pun sedikit sebanyak dapat membantu agar ibu yang baru lepas bersalin terus bersemangat sepanjang tempoh berpantang .


Walaupun dlm pantang kena sentiasa zikir dan selawat. insyaallah ibu2 ada baby akan dilindungi oleh ALLAH swt.
Bagus perkongsian ni, memang penting untuk semua bakal ibu dan bapa mengetahui dan belajar mengenai perkara sebelum, semasa dan selepas bersalin. Masing2 perlu saling membantu demi kebaikan sekeluarga.
betul la orang tua2 pesan lepas bersalin kena betul2 jaga pantang. banyak efek lepas bersalin ni kan
Huwaaaa sejuk kaki saya baca semua tu. Sebab pernah melaluinya. Tempoh berpantang tu manfaatkanlah wahai wanita walau kits pantang dimana dan perlu menjaga bayi bersama tanpa bantuan orang lain. Pastikan ikut pantang dan makan makanan berkhasiat. InsyaAllah sihat kita nanti. Saya bersalin normal dah rasa, czer pun dah. Terus takmo dah bersalin. Risiko sangat untuk ibu GDM. 😭
ohh woow….thanks so much for this informative sharing from your own personal experiences, absolutely helpful for new mums especially. cheers, siennylovesdrawing
Besar pengorbanan sorang isteri ataupun ibu kan dalam process ni.. adui yang last tue paling takut emosi terganggu lepas bersalin.. meroyan tue bahaya dan time ni la mereka paling lemah! if tak kuat, benda2 yang tak diingini boleh terjadi..
Risiko sebelum dan bersalin memang akan ada, tapi lebih nak di jaga selepas bersalin, boleh meroyan jadi gile atau tumpah darah kann.. takuttt.. tu kadang pelik tengok orang yang tak menjaga pantang, ermmmm
ok baru tau. info untuk khai juga ni walaupun tak kahwin lagi. banyak risiko rupanya itu lah orang cakap biarlah berpantang. ada sebabnya tu kan ? bukan sukas-suka
thanks for your tips and sharings. We mother have to take care especially after give birth to stay sane and healthy!
Thanks for sharing this, I also starting to learn more about pregnancy.