Farm In The City Malaysian Village Themed Petting Zoo – Baru ni Sal dan #KBBA9 ke Farm In The City yang merupakan Petting Zoo , juga An Eden Nature & Animals . Suka je Sal bawak anak anak ke sini sebab boleh mengenali haiwan dengan lebih dekat lagi .
Bila duduk di bandar ni tau la kan .. bukan mudah nak pelihara haiwan yang jinak macam kat kampung tu . Tapi tak jadi masalah pun sebab boleh je bawak anak anak ke Farm In The City .
Farm In The City Malaysian Village Themed Petting Zoo

Sememangnya Sal tak pernah rasa jemu bawak anak anak ke sini . Tambah yang baru kami blogger – Kelab Blogger Ben Ashaari buat gathering as a Family Day sekali . Meriah wehhh sebab anak anak join sekali . Riuh rendah mak pak ngejor anak anak . Termasuklah Sal .. lucu betul la !
Sal pun tak jemu nak bercerita tentang Farm In The City sebab melayan keletah anak anak yang sibuk bertanya itu ini tentang setiap haiwan yang dilihat . Becok betul mulut terutamanya Khaleef . Mungkin kalini tengok live dan bukan hanya dalam buku teks .
Yang Menarik di Farm In The City Malaysian Village Themed Petting Zoo
Korang jangan risau sebab banyak betul tempat menarik dalam Farm In The City ni . Nampak macam kecik je kawasan dia dari luar tp bila dah masuk ke dalam … tuuu diaaa , puas berjalan dan pelbagai aktiviti menarik disediakan . So bila dah kata banyak aktiviti , pakai la baju dan kasut yang bersesuaian seisi keluarga ya . Jangan kata Sal tak pesan tau ..
Banyak pulak Sal berceloteh , baik Sal story aktiviti yang sempat anak anak terokai di Farm In The City . Tapi best jugak kalau Sal letak gambar kan ? Biar gambar yang berbicara lanjut .. enjoy korang !!





Bila tengok gambar gambar ni kan .. rasa macam nak pegi lagi oii . Best sebab anak anak teruja sungguh .. Sal sempat gak antara haiwan yang boleh korang kenali dengan lebih dekat dan aktiviti Pony Ride untuk panduan korang …
BACA JUGA: Farm In The City Percutian Menarik Area Selangor



See .. harga pun berbaloi tau untuk Pony Ride . Seronok anak anak Sal dapat ride .. ibunyer tumpang sekaki la tengok . Nak story banyak nanti korang boring pulak . Pergi la korang , jangan tidak ya sebab kat sana macam macam haiwan yang jinak ada .
Part makan korang jangan risau sebab di Farm In The City ada makanan yang dijual pada harga yang amat berpatutan . Kawasan persekitaran bersih dan tiap kali bila korang dah pegang haiwan , ada disediakan tempat basuh tangan . Kebersihan amat dititikberatkan !!
BACA JUGA: Khalish Naik Kuda Farm In The City Seri Kembangan

Untuk info lanjut , korang boleh rujuk :
Website: www.farminthecity.my
Facebook: FarmInTheCityMalaysia
Instagram: FarmInTheCityMalaysia
Alamat: Jalan Prima Tropika Barat 1, Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor – No. Tel: 03-89412099


Dekat ngan rumah tp x berkesempatan nak p
Part riuh rendah kejar anak tu memang best. Yg tak payah kejar pun sama, taknak keluar dari station tu
Haiwan lain Dura okey lagi kalau tengok dekat-dekat atau nak sentuh. Kalau ular? Nehi nehi nehi huhu