Assalamualaikum dan Salam Rabiul Awal 1443H . Sal nak tanya sikit pada yang pakai spek mata .. selama korang pakai spek mata kan , pernah tak korang check details condition dalaman mata selain power ?? Maksud Sal check sampai ke saraf mata . Meh nak story sikit harini tentang OPTOM Eye Care Pakar Optometris Bangi.

Sepanjang tempoh takleh rentas Negeri tu Sal dah tanam satu azam . Seandainya boleh je rentas .. Sal memang nak terus ke Optom Eye Care . Sebab yang paling utama nak bawak anak anak check mata dan diri sendiri pun ye jugak . Sepanjang PdPR ni sangat merisaukan Sal kondisi mata anak anak .

Bayangkan dari pagi sampai petang dok ngadap screen komputer . Tu belum campur yang kelas tambahan tuisyen waktu malam . Makanya seharian dah mengadap . Bila lapang sikit pulun tengok fone pulak .. adehhhh .

Lepas je kerajaan kata boleh rentas , berdesup la terus buat appointment dengan Optom Eye Care . Sal memang call dulu sebab anak beranak je dah ramai . Takut nanti clash dengan customer lain. Memang dari dulu seandainya Sal nak bawak anak anak ke sesuatu tempat yang khusus untuk buat something .. sure call dulu . Yelah ..kemudahan dah diberi so kita guna sebaik mungkin . Takdela nanti kita sendiri yang merungut kena tunggu lama masa nak buat pemeriksaan sedangkan perkara boleh dipermudahkan. Haaa ni pun tips untuk korang tau !!
Pemeriksaan Sangat Terperinci di OPTOM Eye Care Pakar Optometris Bangi
Ni bila Sal story , korang jangan tak percaya tau . Sesampai je kami kat OPTOM .. optometris dah standy nak check Sal dan anak anak . Sal dahulu kan anak anak , mulanya risau jugakla takut kebosanan tapi memang tak la sebab dilayan dengan cerita Upin Ipin . Seronok je !
Dengan penuh kesabaran optometris check bahagian mata kami . Sal kagum betul dengan OPTOM Eye Care ni . Bukan kedai spek masa biasa biasa tu ya . Korang jangan silap .

Optom tak boleh disamakan dengan kedai cermin mata sebab kedai cermin mata rata rata menjual spek atau frame . Ada mesin untuk check mata tapi tidak secara details . Contoh macam cermin rosak atau patah .. pihak kedai cermin mata boleh lagi baiki tapi untuk periksa details bebola mata memang kena check dengan optometris .
Antara mesin yang ada di OPTOM Eye Care yang buat korang teruja nak check mata adalah :
Mesin Diagnostic – Untuk check selaput/mata merah dan bagi yang mempunyai sakit kencing manis disarankan untuk buat pemeriksaan secara detail ni sebab kita nak tengok glaucoma yang boleh menyebabkan buta .
Mesin Phoropter – Untuk check rabuh dekat/jauh
Mesin Slit Lamp – Untuk check saraf di belakang bebola mata dan boleh jugak tengok sejauh mana sihatnya mata kita terutamanya di bahagian iris, lensa dan kornea .
Mesin Slit Lamp – Untuk check saraf di belakang bebola mata dan boleh jugak tengok sejauh mana sihatnya mata kita terutamanya di bahagian iris, lensa dan kornea .
Mesin Autorefractor – Untuk check ketinggian power/silau mata
Masa check ni Sal memang berdebar la ..sape tak berdebar bila check secara details . Perasaan takut berbaur dengan excited . Tapi Sal berlapang dada untuk tahu permasalahan mata sebab bila dah rabun ni kena extra sikit part penjagaan tu . Nak kena ambil tahu mendalam tentang mata sendiri . Kalau tak diri sendiri .. siapa lagi kan yang nak care !
Sekian lama pakai spek memang tak terfikir nak check condition mata . Sampai la geng KBBA9 share OPTOM Eye Care . So lepas ni Sal memang akan beralih check secara rutin . Seandainya muka kita boleh jaga .. apatah lagi mata .


Bahaya Cahaya Biru Pada Skrin Gajet – OPTOM Eye Care Pakar Optometris Bangi
Macam Sal kata tadi , kesan dek selalu tengok komputer .. fone dan seangkatan yang mampu mengeluarkan cahaya biru tu sebenarnya sangat membimbangkan . Jangan kira pada usia ya .
Menurut kajian , saraf mata anak sangat berisiko untuk rosak akibat terlalu terdedah dengan cahaya ‘blue light’ yang terhasil pada skrin gajet bila digunakan lebih dari 1 jam sehari .
BACA JUGA: OPTOM Bangi Pakar Optometrik Ada Cermin Mata Kanak Kanak Lindung Dari Gajet
Untuk makluman korang , sinaran ultraviolet daripada matahari boleh ditapis oleh kornea dan kanta kristalin tapi cahaya biru yang terhasil dari skrin boleh menembus sehingga ke bahagian saraf mata. Memang menakutkan !
Perkara ni la yang amat merisaukan Sal . Rasa syukur sangat bila dapat check mata di Optom . So korang jangan berlengah atau bertangguh lagi ya . Jangan takut nak tahu segala kemungkinan yang akan optometris info bila dah selesai check mata . Lebih baik tahu awal sebelum terlewat .

Perkongsian Kesan Pemeriksaan Bersama OPTOM Eye Care Pakar Optometris Bangi
Banyak perkara tentang mata yang kita akan tahu bila optometris start check mata . Alhamdulillah , mata Sal ok cuma ada kesan luka akibat terlalu lama pakai contact lens sebelum ni . Memang tak dinafikan masa pakai lens Sal ada gosok mata tanpa sedar . Tu antara punca yang boleh menyebabkan anak mata luka .
Kalau dengan mata kasar kita tak kan nampak . Hanya melalui pemeriksaan menggunakan nesin slit lamp korang akan nampak jelas . Pesan optometris .. Sal kena pakai spek mata untuk sementara sampai luka pada mata hitam tu sembuh
Untuk anak anak pulak …sure ada jugak pesanan yang Sal terima dari optometris . Kena kurangkan tengok screen gajet sebab mata dah jadi terlalu penat . Jangan kata badan je boleh penat tau . Untuk anak kedua Sal .. optometris pesan suruh datang balik sebab bacaan lari dan tak tetap bila check manual . Kejap dia nampak .. kejap tak . Sabar je la anak anak ni .
Tapi Sal memang akan datang balik untuk tengok condition mata next year . Anak anak pun harus la ikut sekali . Kita jadikan rutin demi penjagaan mata .

Oh ya , antara keistimewaan lain di Optom Eye Care ni .. korang boleh jugak customised spek mata ikut muka korang . Nak bentuk macam mana , color apa .. semua boleh . Panjang lebar dah Sal berceloteh , harap korang tak jemu ya .
Meh nak share video perkongsian pakar optom tentang mata:
Untuk maklumat lanjut tentang Optom Eye Care .. korang boleh rujuk :
Optom Eyecare
No.37, Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan. (Berdekatan Marrybrown)
9AM-8PM
GPS: https://goo.gl/maps/KFs6hsbfRa3551Gj9
Website: https://optom.com.my/
IG: www.instagram.com/optombangi
Fb: www.facebook.com/optombangi
Yang duduk kat Kedah boleh juga berkunjung ke cawangan Optom Eyecare Kedah
No 17-GF,
Taman Bandar Baru Mergong,
05150 Alor Setar, Kedah
Tel: 011-10641167
Better call dulu untuk appointment ya , takut tutup emergency nanti . Zaman sekarang korang kena call dulu .. better dari pegi nanti tutup . Kecewa pulak .. jangan kata Kak Sal tak pesan ya .

